Bab 30

2.8K 222 20
                                    

Sebulan sudah pun berlalu manakala kehidupan Ayra dan suaminya Azriel Mikael kembali seperti biasa. Tiada apa-apa gangguan mental atau fizikal setakat ini cuma Azriel agak sibuk dengan kerjanya dua tiga menjak ini.

Dia terfikir sendiri apakah yang patut dia masakkan untuk suaminya itu? Sebenarnya, dalam masa sebulan ni jarang sekali Azriel Mikael makan masakan miliknya. Dia tidak terasa cuma tertanya-tanya, suaminya makan ke tidak? Kadang-kadang lewat malam baru balik. Isteri mana yang tak risaukan suami dia?

Azriel Mikael, dia yang baru turun daripada tingkat atas rumahnya itu mula menggapai kunci kereta Aston Martin DBS Superleggera miliknya itu lantas menuju ke arah Ayra Amanda. Ayra Amanda, dia yang melihat akan diri Azriel yang ingin mendapatkan dirinya itu segera diletakkan telefon yang berada di genggaman beliau ke atas meja makan yang berada di sisinya.

Azriel Mikael, beliau terus saja menarik lengan Ayra sehingga jarak mereka agak dekat dengan dirinya lantas dikuncup sekali hidung mulus milik Ayra. Ayra mula terkejut akan tindakan daripada Azriel tersebut. Rambut beliau dielus elus lembut oleh tangan kiri Azriel manakala tangan kanannya yang digenggam kunci tadi mula memaut dan menggenggam erat tangan kiri Ayra.

"Aw-Awak nak pergi dah ke? Tak nak makan pagi dulu?"

Azriel Mikael, dia hanya menatap saja wajah indah Ayra itu tanpa sebarang reaksi. Ayra yang dari tadi menanti saja terkejut akan tindakan daripada Azriel Mikael sekali lagi iaitu menguncup lama belakang tapak tangan Ayra, lembut lantas berkata sambil menatap mata isterinya tajam tetapi penuh dengan kasih,

" Peonis.. Perfection... Delusional.. Hard to find.. but it's all was easy when I got all of them in your perfect eyes."

Pipi Ayra mula membahang merah. Tak sangka tindakan drastik daripada Azriel sebegitu.

"Err... Jadi, awak nak makan tak pagi ni?"

"I will but not here and now, pergi bersiap. I'll wait for you at outside. Don't be ravenous, just calm."
.
.
.
Sebuah Aston Martin DBS Superleggera sudah pun mendarat pada parking istemewa yang tertulis disitu ' CEO OF XTREME EMPIRE '. Ayra Amanda, dia yang terkejut akan nama syarikat tersebut terus bersuara dengan penuh terkejut,

"Sekejap! Awak jangan kata ni syarikat awak!?"

"Hard to say no on your hard work."

XTREME EMPIRE, siapa je tak kenal. Kalau sebut je bab bab jual barangan bahagian penembakan atau pakaian dan aksesori lelaki pasti syarikat ini yang disebut dahulu.

Ayra yang masih tercengang itu dilihat sekilas oleh Azriel Mikael. Hampir saja terletus tawanya melihatkan wajah pucat isterinya itu.

"Why, Axel? Tak percaya? Sini aku buat kau percaya."

Azriel segera keluar daripada keretanya lantas menuju ke arah bahagian pintu kereta Ayra. Dia mula membukakan pintu untuk isterinya lantas di hulurkan tangannya kepada Ayra. Ayra pula hanya menyambut sahaja huluran daripada Azriel tadi.

Mereka perlahan Lahan mula menuju ke arah lif milik syarikat tersebut. Terlihat Azriel Mikael menekan pada tingkat 98.

Ayra pula menanti saja apa yang Azriel Mikael cuba untuk sampaikan kepadanya. Apabila pintu lif dibuka, alangkah terkejutnya Ayra apabila mendapati bahawa ramai pekerja beratur di sepanjang jalan daripada hadapan lif sehinggalah ke bilik CEO sambil tersenyum ke arah dirinya dan suaminya.

MY TRAVIESO HUSBAND (OG)Where stories live. Discover now