Bab 24

2.9K 246 8
                                    

(Keesokan harinya)

Ayra mula memandang ke kiri dan ke kanan dengan tangannya ditekap pada dadanya. Terasa debaran yang kuat hingga berdetak didada beliau. Jam di dinding ditatap seketika. Ada lagi dalam 1 jam lagi dia akan dihalalkan oleh lelaki yang tidak pernah disangka sangka olehnya yang bakal menjadi suaminya.

"Hey, kau... Wow, look at that dress!? Stunning as hell!"ucap Carl yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu biliknya.

Ayra mula tersenyum kecil sebelum mengucapkan terima kasih. Carl mula mengarahkan Aleeya, pembantu rumah Azriel membawa Ayra keluar ke arah kereta di luar rumah.

Aleeya mula menggulingkan bebola matanya, menyampah. Dia mula menarik sedikit kasar lengan Ayra sambil berkata dengan penuh perlian,

"Menyusahkan aku betul ah kau ni! Jangan ingat bila kau kahwin dengan tuan aku, aku akan hormat kau! Not even once."

Ayra memandang wajah Aleeya terkejut. Dia yang mahu berkata sesuatu terbantut niatnya kerana dirinya ditarik ke arah keluar rumah begitu sahaja oleh Aleeya.

Karina, dia yang perasan akan kelakuan kasar daripada Aleeya terus menarik tangan Ayra sehingga tubuh Ayra kini berada dibelakangnya. Aleeya yang terkejut akan tindakan tersebut terus memandang siapakah gerangan yang menarik Ayra daripadanya.

Karina memberikan sebuah senyuman sinis sambil berkata,

"You memang tak reti bawak bride elok-elok ke!?"

Aleeya pula hanya menjeling diri Karina apabila mendengarkan kata-katanya. Dia mula berkata dengan perlahan tetapi tetap didengari olah mereka berdua,

"Menyusahkan aku je dua ekor ni.. dulu kecik kecik tak nak mampo-"

"PANG!" Satu tamparan yang kuat mengenai tepat pada wajah Aleeya. Karina mula melangkah kehadapan Aleeya dengan mata yang tajam menikam diri beliau dan mula berkata,

"You memang dah melampau, I bukan Ayra sampai I takut dengan you! Anyway, I'll report it to Azriel Mikael after this marriage was done!"

Aleeya yang masih tercengang akibat ditampar oleh Karina ditinggalkan begitu saja manakala Ayra yang ditarik tangannya hanya menurut saja gerak geri daripada Karina.

Carl yang perasan seakan bunyi bising di dalam rumah tersebut terus bertanya,

"Apa yang bising sangat dalam rumah tu,hm?"

Dengan wajah yang selambanya Karina menjawab sambil membukakan pintu kereta buat Ayra Natasha ketika itu,

"Bunyi gagak je tu, dah lah! You pergi drive sana! sibuk je.."

Terus mencebik bibir Carl seakan akan mahu merajuk tetapi tidak diendahkan langsung oleh Karina kerana beliau sibuk menguruskan diri Ayra. Sebelum pintu kereta Rolls Royce Phantom ditutup, Karina mula menggenggam erat tangan Ayra sambil berkata,

"Ayra, trust the progress okay? Don't worry, everything will be fine if Azriel Mikael was there.. by the way, get ready to know anything about your life later. Terima je dengan apa apa yang terjadi lepas ni no matter what and one more thing, jaga diri elok-elok."

Ayra mula melemparkan senyuman terharu, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Karina sebelum dia memulakan perjalanan ke arah sebuah villa yang dijadikan tempat untuk dia bakal diakadkan.
.
.
.

Ayra yang baru menjejaki ke dalam villa tersebut tersentak hebat apabila melihatkan ramai tetamu yang hadir ketika itu. Tiba-tiba saja tangan dan lututnya mula menggeletar hebat. Dia melihat tubuh Azriel sudah pun berada di hadapan tok kadi seakan bersedia untuk menghalalkannya.

Sedang dia berdiri dihadapan pintu tiba-tiba ada satu tangan mula menyeluk ke dalam tangannya. Dengan pantas Ayra berpaling kearah sisinya.

"Aw-Awak buat apa ni!?"ucap Ayra terkejut apabila melihatkan gerangan yang menyentuhnya sebegitu ialah Zafirul Daniel. Daniel pula hanya memaparkan wajah selamba sambil berkata,

"Shh! Ayra ikut je Abang Daniel eh?"

Ayra tercengang disitu. Abang Daniel!? Sejak bila ber abang abang ni!?

Daniel mula memimpin pengantin perempuan ke arah tempat duduknya membelakangkan pengantin lelaki. Carl yang perasan akan diri Ayra sudah berada ditempanya terus menepuk sekali bahu Azriel Mikael sambil berkata dengan wajah yang penuh makna,

"Tu, bini kau dah sampai dah tu.. hehe"

Azriel pula hanya mengabaikan sahaja diri Carl. Malas mahu melayan kelakuan bodoh anak buahnya yang sorang ni. Dia mula memandang ke arah tok jadinya dan diberikan dengan sekali anggukan.

Imam Shah, tok kadi yang akan melakukan akad perkahwinan Azriel mula bertanya kepadanya,

"Err.. Tuan Azriel.. mana wali ya-"

"Uncle Darren, here."

Uncle Darren, dia mula mengambil tempat disisi Azriel manakala Ayra masih terkapai-kapai di tengah majlis tersebut.

Apa semua ni? Siapa uncle Darren!?

Daniel yang masih berada disisi Ayra mula menegur apabila melihat akan wajah keliru Ayra,

"Stay focus. I'll explain to you later."

Ayra mula memandang wajah Daniel lama. Sebenarnya, apa yang diorang nak sampaikan ni!?
.
.
.

(TBC)

MY TRAVIESO HUSBAND (OG)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora