Bab 27

2.9K 247 12
                                    

Hari pun sudah semakin gelap, semua orang sudah mulai lena tika ini tetapi tidak pada Ayra. Dia masih mengerdipkan beberapa kali matanya kerana dirinya masih tidak berasa mengantuk.

"Haish.. kenapa susah sangat nak tido ni!?" Ujar Ayra sendiri. Dia yang sudah serabut akan dirinya sendiri mula bangkit daripada baringannya dan mula berjalan ke arah tingkap biliknya yang dihiasi dengan kerusi kecil yang panjang lantas dilabuhkan punggung padanya. Sempat dijeling diri Azriel yang masih terlena dibuai mimpi.

"Haih, sedapnya lah tengok orang tidur.. kita ni pulak mata payah nak tidur.. hmm" katanya sendiri sambil memandang ke arah langit yang sedang dihiasi oleh bintang yang bersinar indah.

Sedang dia ralit memerhati, tiba tiba terdapat satu laser merah memancar tepat ke arah dahinya. Dengan wajah yang penuh kebingungan, dia mula melutut sedikit di atas kerusi kecil tersebut seakan mengintai ke arah gerangan yang berbuat sebegitu. Sedang dia ralit memerhati tiba tiba...

"UMPH!!"

Mulutnya ditekup oleh seseorang daripada arah belakangnya lantas ditarik ke dalam pelukan. Earphones disarung kepada dua telinganya bersama lagu yang sangat kuat membuatkan dia lagi teekejut akan tindakan tersebut. Dia mula memandang ke arah wajah yang berani berbuat sebegitu.

Tengku Azriel Mikael, tangan kirinya mula menolak kepala Ayra kedadanya lantas dipeluk erat manakala tangan kanannya mula mengeluarkan pistol dari dalam kocek seluarnya lantas..

"BANG! BANG!"

Tembakan tersebut tepat mengenai dua lelaki yang mahu menembak isterinya tadi. Apabila semuanya kembali reda, pistolnya mula dicampak keluar tingkap lantas menolak tubuh Ayra perlahan sehingga Ayra terduduk di atas kerusi kecil tadi. Tangan kanannya mula mencengkam bahu Ayra erat manakala tangan kirinya mula menggapai tingkap dan ditutup erat olehnya. Langsir ditarik pantas dan begitu juga dengan matanya yang begitu pantas ditikam mata Ayra. Earphones di telinga Ayra ditarik sedikit kasar dan itu membuatkan Ayra sedikit tersentak.

"Look what you done, axel. I told you to stay beside me everytime and anywhere! Kenapa degil sangat ni, hm? And why dont you sleep yet?"

Ayra mula ketakutan sehingga menggeletar tangannya. Dia takut. Dia takut jikalau dirinya diseksa kembali seperti dahulu. Dia mula memaut lengan kanan Azriel sambil merayu ketakutan,

"Aw-Awak! Sa- Saya minta maaf!! Semua ni salah saya! Tapi tolong... tolong jangan marahkan say-"

Terhenti rayuannya apabila terdengar keluhan berat yang keluar daripada mulut Azriel, tangan kiri beliau mula menolak tangan Ayra yang sedang memaut lengan kanannya. Dia mula menapak sedikit dekat dengan diri Ayra lantas menarik kepala Ayra sehingga ke dalam pelukannya. Tangan kirinya mula naik kearah kepalanya dan mula mengusap lembut kepala Ayra.

Dengan suara yang mendatar tetapi lembut, dia mula berkata,

" you made me worry for a while you know... now, shut your mouth.. aku tak marahkan kau lah, i'm just scared that something will happen on you, axel."

Wajah Ayra mula dioandangnya lama. Ayra pula mula mengesat air matanya. Dahlah semalam baru kahwin alek alek harini dah berderai air mata dia..

Tanpa disangka sangka tubuhnya dicempung Azriel begitu sahaja. Ayra mula panik. Dia mula memandang wajah Azriel yang sedang mencampungnya ke arah katil mereka.

Ya, katil mereka.

Azriel mula menarik comforter tebal tersebut sehingga menutupi dada isterinya. Sempat dicium di antara dahi Ayra sebelum beliau kembali semula ke arah tempat tidurnya yang terletak disamping Ayra. Lampu bilik ditutup olehnya. Dan malam itu, mereka berdua kembali tidur dengan tenang tanpa sebarang gangguan.
.
.
.

Daniel, dia yang baru mahu menuju kearah bilik tidurnya terhenti apabila seakan bunyi detuman  pistol mula kedengaran. Dia yang berasa curiga mula menuju ke ara belakang penthouses tersebut dan mula mencari apa yang bunyi sebentar tadi.

Tiba tiba matanya seakan menangkap seakan seseorang sedang berbual dengan telefon bimbitnya dengan nada yang berbisik perlahan. Dia mula mencapai pisau rambo yang terdapat pada poketnya. Dia mula mengangkat pisaunya tinggi untuk menikam gerangan tersebut. Baru sahaja dia mahu menghayunkannya terbatal niatnya apabila gerangan tersebut berpaling memandangnya. Dengan penuh hairan, dia mula bertanya dengan tangan yang mula menurun kembali,

"Emir? Kau buat apa dekat sini malam malam buta macam ni!?"

Emir kelihatan seakan sedang berfikir tetapu dalam masa yang sama dia mahu menjawab soalan berikut,

"Err... aku.. ha! Kau buat apa kat sini?"

"Aku ada dengar something tadi kat sini.. yang kau ni pehal?"

Emir mula ketawa kecil lantas berkata sambil menunjuk nunjukkan kearah kawasan tersebut,

"Oh, aku pun sama dengan kau jugak! Aku dengar ada gunshot malam malam buta macam ni.. itu yang aku boleh sampai sini tu.."

Daniel terus mencebik. Dia mula memaut leher Emir sebelum mereka beejalan keluar daripada kawasan tersebut lantas berkata,

"Lah kau ni, aku ingatkan apa tadi.. kau ni, kawasan ni selamat je lah.. lagipun Killer tak bagi lalu kat sini.. ala maklumlah, member baru kahwin.."

Emir mula meraup wajahnya sekalu sebelum ketawa kecil. Ye tak ye jugak enn?

Mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah tersebut tanpa berfikir lebih panjang. Kini, yang penting bagi mereka berdua  hanyalah selamat.
.
.
.
.

(Tbc)

MY TRAVIESO HUSBAND (OG)Where stories live. Discover now