CORETAN RAMADAN 1442H

9 0 0
                                    

29 SYA'BAN 1442 H

Aku berjalan menuju ke rak bukuku yang tidak jauh dari meja belajarku. Setiap hari, planner biru kegemaranku menjadi pilihan pada setiap pagi untuk aku memulakan hari-hariku. Aku mencoretkan list-to-do yang perlu diselesaikan bagi mengisi waktu supaya tidak terbuang begitu sahaja. Jari jemariku menari-nari di atas kertas bersama pen mata bola Roto berwarna biru.

Tiba-tiba,

" Ermm..rasa macam nak buka satu kitab ilmiah tentang Ramadan. Tapi..aku tak nak baca seorang diri. Kalau boleh, nak ada kawan barulah semangat," bisik hati kecilku.

Ya, aku lebih suka perbincangan yang melibatkan dua hala. Aku kira-kira itu lebih efektif berbanding membaca seorang diri.

-------------------------------------------------------------------

1 RAMADAN 1442 H

Mataku mengerling pada satu paparan skrin komputer riba yang terletak di sudut rumah. Beberapa ahli beit berkumpul di situ bagai gula dihurungi semut. Tangkas mata menyambar tulisan 'ماذا نريد من رمضان' ( Apa yang Kita Mahukan daripada Bulan Ramadan ).

Hatiku terdetik untuk merapati mereka. Dengan bersahaja, aku sengaja memecah kesunyian dengan bertanya soalan kepada mereka walhal aku sudah tahu kitab itu merupakan karangan Dr. Majdi Al-Hilali.

" Mungkin ini adalah wasilah ( jalan ) yang Allah mahu beri atas niatku yang terdetik 2 hari lepas," hatiku berseloroh lagi.

" Akak, boleh ke kita nak print juga pdf kitab tu?" pantas aku bertanya untuk mendapatkan keizinan daripada tuan badan sendiri.

" Boleh dik, ahlan. Kita banyak je lagi pdf kitab-kitab dalam lappy ni." jawab akak dengan penuh mesra serta senyuman yang tidak pernah lekang di bibir.

Seperti biasa pada setiap petang sebelum iftar, kami akan berkumpul di ruang tamu dan mentadabbur Surah Al-Furqan bersama-sama bagi menjayakan aktiviti yang telah disusun oleh peringkat program.

" Alhamdulillah, selesai aktiviti tadabbur kita pada hari ini. Kalau tiada apa apa, kita tangguh majlis kita dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr," kata musyrifah sambil memandang jam di dinding. Waktu itu lebih kurang 5 minit berbaki sebelum waktu iftar. Kebiasaannya, kami akan melapangkan sedikit masa untuk berdoa dan bermunajat. Peluang sebegini di bulan mulia memang tidak akan disia-siakan.

" Akak, boleh ke kita nak ada satu slot dengan akak untuk baca kitab Maza Nurid Min Ramadan tu? Hanis teringin tapi nak ada kawan baca sama-sama," ujarku.

" Jom kak hanis, okay juga cadangan tu," sahut adik junior yang setahun muda daripadaku.

" Haaa..eloklah tu, nanti kita susun tarikh dan masa," cadangku dengan penuh semangat.

Dalam hati bermonolog, meluah rasa syukur kerana niat telah tercapai.

Bersambung....

𝓚𝓪𝓱𝓮𝓻𝓪𝓱, 𝓜𝓮𝓼𝓲𝓻
16 April 2021
4 Ramadan 1442 H

𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now