IS ALLAH IN OUR HEART AND SOUL?

6 1 0
                                    


Assalamualaikum..hai semua. Sihat ke tu? Aku harap kalian baik-baik saja.

Harini aku macam nak share sikit apa yang aku dapat daripada pembacaan aku harini.

Aku rasa kisah perjalanan penulis mencari hidayah ni agak menarik sebabnya dia flashback kisah hitam yang mana dia tak rasa kewujudan Tuhan dalam hati dan sanubari dia.

Selama ni rukun iman yang dia semata-mata hafal, akhirnya dia faham konsep rukun iman itu bagaimana. Ia mudah untuk kita mengaku beriman kerana merasa ia ringan di lidah, tetapi untuk memahami sepenuhnya rukun iman tersebut memerlukan mujahadah yang tinggi.

Masa aku baca part ni, sedikit sebanyak menjentik hati aku yang dikelilingi dengan biah yang baik, adakah aku mampu untuk faham setiap satu rukun iman sebagaimana yang telah diceritakan oleh penulis kat atas tadi.

Kenapa ramai orang Islam gagal untuk memahami spirit keimanan pada Allah SWT itu sendiri? Iman itu adalah sesuatu yang menghubungkan antara kita dan Allah SWT dan antara kualiti utama dalam agama Allah ini bilamana kita mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Allah SWT.

Jadi penulis ada sebut di sini mengapa kita tidak lagi berdoa pada Allah SWT.

Ini kerana terdapat satu pemikiran bahawa, jika mereka yang tidak mengikut apa yang Allah perintahkan, Allah tidak akan menerima sebarang ibadah sehinggakan satu masa penulis merasa dia sudah ditakdirkan sebagai hamba yang derhaka dan tiada peluang untuk dia berubah ke arah yang lebih baik kerana apa yang terjadi sudah ditakdirkan Allah SWT. Dosa yang dilakukan terlalu banyak dan dia rasa Allah tak akan mengampunkan segala perkara mungkar yang dilakukannya. Pemikiran sebegitu menyebabkan dia hidup sebagaimana yang dia mahukan.

Dia menceritakan bahawa dia melihat ramai yang berhijab tetapi masih melakukan benda yang haram. Merokok, mengumpat dan sebagainya. Masyarakat kini hanya melihat pada hijab tersebut sahaja, bilamana mereka menutup aurat, segala permasalahan boleh diselesaikan walhal ia tidak selesai. Sebab itulah penulis terus meninggalkan ibadah kerana menganggap ia malu untuk meminta pada Allah kerana diri sudah 'kotor' dan 'tidak berharga' pada pandangan Tuhan. Menyebabkan bila dia sedaya upaya untuk berdoa, Allah tidak akan mendengar doanya.

Penulis terus hidup dalam kebobrokan. Adakalanya dia menang dan adakalanya dia kalah. 

Ada hari yang dia rasa hebat seperti mendapat skor tertinggi dalam peperiksaan dan cemerlang dalam kelasnya. Diri merasa sombong apabila segala kejayaan yang diperolehinya berkat usaha keras dan bantuan daripada guru-gurunya. Tiada rasa langsung rendah diri atau memikirkan bahawa segalanya diberi oleh  Allah SWT.

Apabila badai menimpa, dia percaya bahawa ianya karma atas perbuatan buruk yang dia lakukan. Beranggapan bahawa Tuhan 'menghukum' untuk menjauhkan  dirinya daripada Penciptanya. Dia mula melarikan diri daripada belajar semudah-mudah perkara tentang Islam kerana tidak mahu dihisab di akhirat kelak. Betapa jahil dirinya dahulu bahawa dia berfikir  dia mampu menjawab 'aku tidak tahu' pada hari pembalasan nanti. Tidak pernah sesaat dia terfikir untuk muhasabah bahawa perkara buruk tersebut merupakan ujian dan peringatan untuk dirinya kembali ke jalan yang benar dan menjadi muslim yang lebih baik.

Soo, apa yang kita boleh dapat daripada part kisah yang pertama ni?

First, peluang untuk kita perbaiki diri dan bertaubat masih ada sehingga waktu matahari terbit daripada sebelah Barat.

Second, manusia memang tidak sempurna kerana yang memiliki kesempurnaan itu hanyalah Dia Yang Maha Esa. 

Third, overthinking boleh menyebabkan kita tersesat semasa menjemput hidayah. Tatkala hidayah ingin menjelma, fikiran yang salah menghalang kita mencari kebenaran itu sendiri.

Thank you for today! Till we meet next time.




𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now