PATAH UNTUK TUMBUH

22 0 0
                                    

Assalamualaikum,

Hai semuaaa..sihat ke tu? Rasa mcm dah lama tak menulis kat sini even previous story kita baru released 2 hari lepas, but story tu kita dg tulis lama dah..cuma baru published.

Harinie kita takdelah nak story banyak sangat, cukup sekadar memori utk kita kenang kembali dan menulis utk cerita dan share je ( walaupun tak tahu siapa yg baca story nie ). Banyak benda jadi harinie actually.

Harinie kita pickup pasport baru kat kedutaan malaysia after kita renew masa bulan 4 yg lepas.

After pickup pasport, terus gi darrasah teman kawan amik borang umrah kat belakang masjid al-azhar.

Kita dengan sorang lagi kawan pulak gi cari kain utk buat tali barut utk newborn kak syada x lama lagi. Dah nak duedate dah tu. Moga pasangan tersebut dipermudahkan urusan, aaminn.

Dan harinie juga kita dapat tahu yang kawan yg teman cari kain tali barut dah ade plan utk berumahtangga next year. Rasa happy sgtt, x tau kenapaa. Dia minta utk rahsiakan so kita keep it as secret sampai jadi. Soo, tadi teman dia survey lace utk akad nikah nnti.

Dalam masa yang sama, dekat ws ada satu no tak dikenali masuk. Rupanya dia memberi kalam terakhir sebelum masing-masing mengikut haluan sendiri. Alhamdulillah dia dah boleh terima dan cuba hormati keputusan yang telah dibuat. Kita pun akhiri dengan sepatah dua kata, meminta maaf dan mendoakan supaya semuanya dipermudahkan terutama urusan di Malaysia bersama keluarga di belah sana. Dan paling penting sekali, butang BLOCK itu wajib utk membantu masing-masing kosongkan hati dan cuba utk move on.

Lepas semua dah selesai, rasa satu beban tu dah lepas, kepala rasa kosong hanya sekelip mata daripada masalah yang berusia hampir 2 tahun tu.

Rasa lega sangat sebab dapat settlekan dengan cara yang baik tanpa ada rasa dendam dan iri hati. Soo, after this kita cuma hanya perlu fokus improve diri dan mulai cintai diri sendiri dahulu.

Kita masih pegang dengan kata-kata yang membuat kita kuat bertahan sehingga hari ini walaupun tahu terlalu banyak air mata menitis sepanjang perjuangan tu.

"Bantu diri hanis sendiri dulu untuk sembuh."

Terima kasih kamu. Tanpa bantuan kamu, kita tak mampu berdiri seteguh ini.

Potret bulan penuh di screen phone masih menjadi pilihan. Setiap kali ada gambar baru, kita akan save dan kita akan guna tanda kita hargai effort seseorang. Terima kasih kerana sudi memenuhi permintaan yang x seberapa.

Oh ya, memandangkan khamis nie kita dah start kelas dengan ustazah arab, so kita singgah darussalam utk beli kitab nie.

Doakan la diri ini mencari semangat baru dan membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Mencuba untuk menjadi yang terbaik buat diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

After kita beli kitab, kita singgah masjid azhar utk solat zohor. Dapat masuk masjid tu adalah nikmat yang tidak terkira, apatah lagi dapat berjemaah sekali. Satu rasa yang tak dapat digambarkan. Rasa sebak dan sayu bila duduk di dalam rumah Allah nie.

 Rasa sebak dan sayu bila duduk di dalam rumah Allah nie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Doakan natijah dah nak keluar. Agak nervous sebenarnya utk natijah yang terakhir ini. Mohon doanya.

Setakat nie itu dulu rasanya. Lain kali kita sembang lagi okay.
.
.
17082022
12.17 a.m.





𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now