TERUSKAN HIDUP YA!

11 0 0
                                    

" Teruskan hidup yaaa."

Tiga patah perkataan yang bermakna ini sedikit sebanyak menaikkan semangat hidup yang luntur sebelum ini.

Walau berulang kali Hawa menyatakan bahawa dia sudah lelah dengan dunia, dia berfikir bahawa lenyap dari dunia ini adalah solusinya. Sudah tidak tahan dengan ujian yang menimpanya saban hari

" Allah tidak akan uji melebihi kemampuan hamba-Nya ", bisik Hawa sendiri. Itu lah pesanan seorang bonda yang sering diberikan kepada anak puterinya.

Tiga patah perkataan keramat bagi Hawa itu pertama kali didengari oleh dirinya. Tidak semua orang akan memberi sebegitu rupa. Hanya Adam yang memahami setiap perjalanan kisah silam Hawa.

Hawa telah melalui satu perjalanan yang panjang dengan ujian yang berbeza. Tetapi dia merasakan yang kini dia lebih tenang. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Semuanya berlalu dengan sekelip mata. Perkenalan yang singkat tetapi memudahkan.

Hawa mengangguk perlahan seakan mengiyakan bahawa penantian itu satu perjalanan yang menarik. Ya, kuncinya adalah sabar. Menikmati suatu perjalanan dengan tabah.

𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now