JIWA

9 0 0
                                    

Ringankan beban bukan menambahkan tekanan.

Kita tidak tahu bahawa ada jiwa yang sedang bergelut dengan diri sendiri.

Saban hari mengalami kemurungan. Ambil pil untuk menenangkan. Luka-luka di tangan menjadi lukisan.

Yang terkadang kelihatan bahagia dan gembira di depan kamu, lukanya berselindung di balik tabir senyuman itu. Memaksa dirinya untuk berpura-pura bahagia.

Mungkin ada di antara aku dan mungkin juga diri kamu sendiri yang sedang membaca nukilan ini. Atau mungkin juga insan lain di luar sana.

Jangan hairan jika dia menghilang dan menjauh daripada kamu hanya kerana kamu tidak mampu menjadi orang yang menenangkan malah menekan.

Bantulah dia. Dengarkan dia. Semampunya.

Jangan biarkan si iblis membisikkan pada telinga anak Adam meminta untuk memudaratkan diri, sehingga si iblis berbangga akan rencananya seraya berkata, "Matilah kau dalam kekufuran."

Nauzubillahiminzalik.

.
.
.
Ya, aku sedang bercerita mengenai aku. Cuma aku tak menzahirkan. Aku tahu, ramai lagi di luar sana yang mengalami masalah sama macam aku. Doakan aku ya!

🥀

𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now