KEMBALI MEKAR

23 1 0
                                    

" Yang dah berlalu biarlah berlalu dan kita yang menentukan sejarah akan datang. Jadi, kenapa tidak untuk terus tersenyum di hari mendatang?"

Itulah sejarah," Let bygone be bygone." Sudah tiba masanya untuk menutup buku lama, mengambil pena di bucu meja dan menarikan di atas lembaran baru. Mencatit di hujung diari '4 Ogos 2021'.

Cinta yang paling agung itu adalah cinta kepada Pencipta. Dia yang memegang dan membolak-balikkan hati sekalian manusia.

Meminta peluang dan memberi peluang.

Soal hati yang ikhlas mahupun tidak.

Menghargai atau tidak mengambil peduli.

Kadang hanya melihat pilihan di depan mata, walhal masih punyai pilihan di belakang.

Kau yang tentukan.
Kau yang nilaikan.
Kau yang putuskan.

" Boleh ke saya dapat peluang tu one day? ", pertanyaan itu tiba-tiba ditanya oleh Adam.

Saat ucapan itu keluar, seolah-olah Hawa berada di dalam mimpi. Dia mencubit pipinya.

" Auch, sakitnyaa. Memang betul la ni realiti, bukan mimpi la oiii. Aduhhh.", Hawa mengerang kesakitan.

Mawar yang dulu layu kini kian memekar. Dirinya terasa begitu berharga. Perkenalan Adam dan Hawa tanpa melihat kepada rupa, bahkan budi pekertinya sedikit sebanyak mengagumkan Hawa untuk memberi peluang kepada Adam.

Di dalam kepekatan malam, di bawah sinaran rembulan, Hawa menadah tangan, menceritakan segalanya pada Tuhan.

" Ya Tuhanku, jika ini yang terbaik buat diriku, agamaku dan kehidupanku, Kau permudahkanlah segalanya. Sungguh aku tiada daya melainkan Engkau, Ya Rabb."

𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now