Ting!Ting!
Ting!
Ting!
Lenaku di ganggu dengan dentingan mesej yang masuk,telepon bimbit yang terletak di atas meja kecil sebelah katil aku angkat,skrin aku nyalakan.Baru pukul 6.01 minit."Eee siapala yang awal sangat mesej ni..."Rungutku sambil mengeliat.
Kekunci teleponku aku buka.Mengeluh aku melihat nama yang mengganggu lenaku.kenapa semalam aku tak block je.Siapa lagi kalau bukan 'misterius man' puffff..
Misterius man: Morning Sweety Rosey 🌹.
Misterius man:Mimpi i ke semalam?
Misterius man:i mimpi u 🥰 mimpi kiss lips u..
Misterius man: can't wait to see ur face today..
Betul-betul psiko dia ni.Pesanan itu aku abaikan.Bilik air aku tuju untuk membersihkan diri.
**************************
Rutinku setiap hari sebelum masuk ke dalam office adalah pergi membeli kopi di cafe yang berdekatan dengan pejabat.Sedang aku berdiri didepan kaunter untuk menunggu secawan kopiku siap,terasa seperti seorang sedang berdiri betul-betul dekat dibelakang ku.Terasa hembusan nafasnya mengena di rambutku.Bau perfum yang dia pakai agak gentleman.Suka aku dengan bau ini.
Aku tak hiraukan seseorang yang bersentuhan dengan belakang badanku kerana di fikiranku mungkin banyak kot orang berbaris dibelakang.Setelah kopiku siap,aku seperti biasalah,berjalan melenggang menuju ke bangunan A.D. Holdings sambil air kopi aku hirup perlahan.
Ting!
Emm ni mesti Siti ni,tersenyum aku.Semalam dia janji nak bawa sarapan dan minta aku dan Amir bersarapan di pantry office.Tapi telahanku salah,terpadam senyumanku yang aku rasakan manis semanis gula tadi.
Misterius man:Eemm sedap coffee ni..Ptt u suka..
Eehhh..Nak tersembur rasanya kopi yang tak sempat aku telan.
Misterius man:And ur hair smell nice too🥰
Keliling aku pandang.Terdapat beberapa orang yang ada disekitar situ.Dan kebanyakan dari mereka sedang memegang telepon bimbit.Satu-persatu wajah mereka aku perhati diam-diam.
Misterius man: I'm not there pretty..
Urrrgghh serius aku stress..Langkah aku lajukan memasuki bangunan gah itu.
Seharian aku langsung tak hiraukan telepon bimbitku.Setelah sampai di apartment ku,aku menaiki lift menuju ke tingkat 8.Butang nombor 8 aku tekan.Belum sempat tertutup pintu lift tersebut,seorang lelaki dan dua orang wanita bersamaku menaiki lift menuju destinasi yang dituju.
Sempat aku terhidu bau perfum yang sama di cafe pagi tadi.Wajah aku pura-pura toleh ke belakang, tapi malang lelaki itu membelakangi ku.Kalau lihat belakang badan lelaki itu,nampak sado.Rambut hitam pekat, disikat rapi.Nampak macam orang mempunyai pekerjaan yang baik.Tak mungkin ini dia.
Misterius man mungkin penganggur,mana mungkin seorang yang bekerja mempunyai banyak waktu terluang fikirku.
Sampai je di tingkat 8,aku berjalan menuju ke arah apartment ku yang berada di hujung sekali.Apabila aku hampir sampai,aku terasa seperti aku diperhatikan,segera belakang aku toleh.Tapi tiada siapa-siapa.
Berdebar jantungku.Cepat-cepat aku menekan nombor password di tepi pintu.Setelah aku berjaya masuk,dada aku urut dan nafas aku hembus lega.
Siapa orang yang mengekori aku?Motif dia apa?Aku bukan orang kaya pun,yang kaya papa aku.
Tak nak dibuai perasaan takut,terus aku menuju ke bilik air untuk mandi.
YOU ARE READING
Misterius Man
Romance❗❗🔞🔞🔞 Rosey Esther seorang gadis yang berjumpa seorang lelaki misterius yang mencintai Rosey dalam diam. Bekerja sebagai seorang akauntan disebuah syarikat terkemuka. Rosey sering didatangi mesej-mesej cinta dari orang yang tak dikenali.Mula-mula...