9

14.5K 105 3
                                    


Aku menunggu kereta grab yang aku sudah pesan tadi di pondok bas.Sambil menunggu,aku melayan instagram.Sedang aku kusyuk melayan video artis korea,sebuah kereta hitam berhenti di depanku.Tanpa menoleh dan memeriksa kereta itu terlebih dahulu,aku membuka pintu dan terus masuk.Sehingga aku menutup pintu kereta pun aku tak mengalihkan pandanganku,betapa minatnya aku dengan artis korea 🤦🏻‍♀️."Hai sweety."Terhenti tanganku yang seronok scroll atas bawah teleponku tadi.Laju pemandu aku pandang,terkejut aku melihat tepi wajah itu,Danish!Macam mana dia boleh jadi pemandu grab ni..."Danish,awak ke grab yang saya order tadi?"Tergelak dia mendengar ayatku."No..."What....

"Habis tu kenapa awak berhenti depan saya?"Geram betul aku.Erk walaupun aku yang sah-sah salah.Tapikan dasar perempuan yang always right 🙄.

"Saja nak jemput girlfriend i..Tak boleh ke?"Hmmm boleh...

"Boleh je..Lagi banyak saving duit saya.."Kedengaran ketawa Danish,apa yang lawak ntahla.

"Jujur you kan.."Dia berkata setelah habis ketawanya."Dan awak nerd.."Komenku pula.."Hell no.. Girlfriend i tak suka orang nerdkan..Never,i takkan jadi nerd okay.."Dalam ketawa,tegas dia berkata.

Dalam otak aku sudah merencana sesuatu.Buat sesuatu supaya dia menoleh ke belakang,dari tadi aku try curi-curi intai dari cermin pandang belakangnya.Tapi dia lagi bijak,dia tinggikan cermin itu mana aku boleh tengok.

"Danish.."Panggilku,sengaja aku lembutkan suara memanggilnya."Tapi dia hanya tersenyum tanpa menoleh.Pipi kirinya bergerak menandakan dia tersenyum itu aku sentuh."Sweety please don't tease me..Tunggu sampai apartment you okay.."Mision fail.Lain yang aku nak,lain yang aku dapat.

"No..Awak tak perlu datang dah.."Cermin tingkap aku pandang dengan bertongkat dagu.

"Why?"Sebab saya rasa tak perlu la..."Sweety.."Sampai ke bangunan apartmentku aku terus diam.Tanpa mengucapkan terima kasih aku terus blah macam tu je,macam tak belajar sivik je gayanya.Berkali-kali Danish memanggil namaku,tapi aku langsung tak layan.Tak mungkin aku merajuk fikirku.

Malam itu,awal dari biasa aku tidur mengelak dari Danish.Sedang aku sedap-sedap beradu,terasa badanku dikalihkan.Haruman yang biasa aku hidu menerpa di rongga hidungku.Tapi aku rasa sangat mengantuk,mungkin agak letih siang tadi.Dahiku terasa dilekap dengan benda basah dan lembut lama dan hangat.

********************

Terasa silau mata terkena cahaya matahari yang masuk melalui celah-celah langsir bilik tidurku.Agak lambat aku bangun hari ini kerana hari sabtu.Bestnya dapat rehat.Mengeliat aku bagi meregangkan otot-otot badanku,tapi terganggu oleh sesuatu dipinggang.Benda yang mengganggu itu aku lihat, tangan?Terkejut aku melihat ada tangan asing melingkar di tubuhku dari belakang.Laju empunya tangan itu aku toleh,terkejut aku melihat lelaki asing yang sedap berdengkur halus dibelakangku.Macam pernah nampak.Matanya aku tutup dengan tangan,aku cuba bandingkan dia dan Danish,sama!Jadi inila rupa Danish tanpa mask ye.Hensem.

Hensem

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






"Surprise.. Morning Sweety.."Ujarnya dengan senyuman,suara yang serak dan rambut yang serabai membuatkan dia nampak seksi.Ahh bangun pagi pun seksi 🙄.Tadi sedap tidur siap berdengkur,dah bangun dah,mungkin tersedar sebab aku duduk mengejut tadi.

"Awak tak lupa pakai mask awak ke Danish?"Macam perli je..

"No,i tak nak girlfriend i merajuk lagi.."Sambil berbaring dia menatap aku yang sedang duduk.Tangan kiriku dia capai lalu diletakkan di mulutnya,kemudian dia bawa ke dadanya.Matanya tetap memandangku yang hanya memerhatikan perlakuannya.

"Jom pergi date.Our first date.."Tanganku dia tarik menindihnya."Dengan tak mandi macam ni ke?"Soalku sambil menilik diri.Aku dengan baju tidur nipis nak keluar dating macam ni?Ketawa Danish mendengar soalanku."Okay je..Tak pun tak perlu keluar,dalam bilik je..Nak?"Amboiii.

"Tak romantik betul"Komenku,hanya aku yang mendengar nya."What.?"Tersengih aku memandang Danish,terlupa yang aku sangat dekat dengannya.

"You cakap i tak romantik?"Terjerit aku bila dia menggeletek pinggangku.Sedaya upaya aku mengelak dari digeletek,apabila aku hampir berjaya turun dari katil,badanku kembali ditarik dan dibaringkan ke atas katil semula,berombak dadaku akibat ketawa dan menahan geli.Aku dikunci di bawah badan sasa Danish,bibirku dia pandang.Apabila kepalanya hendak turun, cepat-cepat aku kiss dia lebih dulu sekilas.Kepalanya aku tolak ketepi."Baby I can't feel it..."Tergelak aku mendengar katanya.




Okay..Last for today..Sambung esok ye..Jangan lupa Vote and comment

Misterius ManWhere stories live. Discover now