17

12.7K 196 14
                                    

Kelibat Danish aku cari.Aku keluar dari bilik sambil memanggil namanya."Danish."Kaki aku bawa ke arah dapur, kalau-kalau Danish ada di situ.Kedengaran bunyi air dari bilik air yang ada disitu."Situ rupanya.."Aku berbicara sendiri setelah apa yang aku cari aku jumpa.Aku duduk di salah sebuah kerusi meja makan sambil menanti Danish menyelesaikan bisnesnya.

Tidak lama kemudian,muncul Danish dengan mengelap wajahnya dengan tuala kecil.Baju kemeja putihnya basah di bahagian dada membuatkan Danish kelihatan seksi di mataku.Bibir aku gigit.'Gatal kau kan Rosey..'Hatiku berbicara nakal.Aku berdehem menyedarkan diri -sendiri dari terus hanyut.

"Danish.."Aku menegur Danish yang masih sibuk mengelap wajahnya tanpa sedar kehadiran aku di situ.Mungkin dia fikir aku masih di biliknya.Apabila mendengar suaraku,tangannya secara automatik berhenti bekerja,wajah dia paling memandang aku.Bulu kening dia naikkan."Why?"Soalnya.

"Awak marah saya ke?"Soalku pula.Danish memandang ke arah lain sebelum menarik dan menghembus nafasnya.Aku dia pandang semula.Tuala kecil dia sangkutkan di bahu kirinya.Perlahan dia melangkah mendekatiku tanpa mengalihkan pandangannya dari mataku.

Aku sangka dia akan duduk di kerusi sebelah aku,tapi sangkaanku silap.Dia mencangkung dengan sebelah kakinya seperti berlutut di hadapanku (korang bayangkan la sendiri ye 😂).

Tangan kiri dia letakkan di paha kanan aku.Tangan kanannya pula memegang tangan kiriku.Matanya tepat menikam mataku.Maksud pandangannya tidak dapat aku pastikan."Sweety..You malu ke ada boyfriend macam i?"Ooo masih merajuk rupanya.Kenapa aku rasa nadanya seperti tak ada keyakinan.Macam mana dia boleh manage syarikat besar macam ni kalau sikap dia macam ni ekk..Pertanyaan itu hanya aku pendam.

"Danish..Saya bukan malu ada boyfriend macam awak lah..Saya malu sebab orang pandang-pandang kita.Lagipun awak tu bos kita orang.Awak tak takut ke pekerja awak pandang rendah kat awak sebab bercinta dengan pekerja rendahan macam saya ni?"Aku menjelaskan sekaligus menduga Danish.

"No..I tak perlu malu dengan siapa pun.Malah i bangga you girlfriend i."Hangat sentuhan jari Danish dapat membuat hati aku semakin yakin.Walaupun jawapannya sederhana,tapi jawapan itu menembusi hatiku.Dapat aku rasa hatiku terbuka lebih lebar lagi menerima Danish di hidupku.Genggaman tangannya aku balas.Beberapa saat kami masih bertatapan.

Aku termalu sendiri bila bibir Danish mengoyak senyuman yang boleh membuatkan kulit wajahku panas.Haihs..Kalau senyuman kecil tapi manis seperti itu pun boleh buat aku cair,apa lagi kalau senyuman lebar.Ohhh mama help me..

Untuk menutup rasa maluku,aku bangkit dari duduk.Danish juga turut berdiri.Tubuh aku dia tarik ke dalam pelukannya.Tangan aku menahan dadanya.

"You blushing ehh?"Senget kepalanya mencari mataku.Aku larikan pandanganku dari terpandang mata Danish,Sengaja dia seksa akukan.

"Dah tau kenapa tanya.."Soalku geram.Dia tak tahu ke kulit muka aku sekarang ni boleh bakar ayam.

"You sweet sangat bila blushing like this."Bisiknya dengan senyuman.Dadanya aku cubit kuat.Err tak lah kuat mana,tapi bolehla menyebabkan kulit putih bertukar merah.

Puas hati aku bila muka hensem yang tadinya senyum sengaja buat aku malu kini berkerut menahan sakit.

"Baby.. It's hurt..."Berkerut dia memandangku.

"Sakit sangat ke?Awak saya minta maaf.."Aku jadi serba salah.Aku taklah cubit kuat sangat aku rasa.Dada yang aku cubit tadi aku sentuh sambil mataku menatap matanya yang masih terpejam.

Kerisauan aku terus padam apabila tersedar akan senyuman senget Danish."Tau takut.."Ucapnya.Saat itu,aku sudah berjalan menuju ke ruang tamu.Oh ya..

"Danish..Macam mana awak boleh tiru rumah saya sebijik?"Pertanyaan yang ingin aku tanyakan dari saat aku masuk tadi akhirnya terluahkan.Badan aku pusing memandang Danish dibelakangku.

Misterius ManWhere stories live. Discover now