13

12.9K 100 7
                                    

Seharian Danish di rumahku,saat ini kami bersantai-santai di sofa sambil menonton television,kami duduk bersebelahan dan dia memeluk bahuku.Kepala aku letakkan di dadanya.Aku tanya kenapa dia tak balik office je."Tak best you tak ada.."Itu jawapannya."Tak best apanya..Kalau saya kerja bukan boleh jumpa pun."Balasku.Timbul rasa pelik di hati ketika ini."Awak kerja mana ehh Danish?"Soalku.Dia merenungku sekejap."Kenapa?"Soalnya kembali."Tak de saja tanya.Dulu saya macam pernah nampak awak kat office encik Haris..Awak kat situ ehh?"Teringat aku masa aku naik tingkat 13 untuk berjumpa dengan encik Haris,aku ternampak figura seperti dia masa itu.

Tersenyum Danish mendengar soalanku tapi tidak terus di jawab.Dia mengensot sedikit menjarakkan tubuh kami dan menjatuhkan kepalanya di pangkuanku.Tanganku dia ambil dan dia mainkan jemariku.Sesekali matanya memandangku dan jemariku yang ada di tangannya.Aku menunduk melihat wajahnya.Anak siapala yang hensem sangat ni, tapi perahsia ya ampun..Aku tunang dia pun masih tak tahu banyak soal dia."Danish...."Seruku,tangan aku goyangkan.Terhenti jarinya memainkan jariku."Kalau i jujur,you masih nak kat i ke?"Dia menatap mataku mencari kepastian.

"Saya tanya awak pasal tempat kerja kan..Kenapa perlu takut..Kenapa awak penjenayah ke?"Soalku pula.

"Ish no la..i sekarang orang baik tau.."Jawabnya laju."Sekarang awak orang baik..Kalau dulu?"Soalku ingin tau,jawapan Danish membuat aku curious sangat.Berubah sedikit wajahnya seperti orang yang terlepas cakap.

Kring kring kring!

Deringan telefon menyelamatkan Danish dari soalan mautku.Dia bingkas bangun dari baringnya dan mencapai Telefon yang ada di atas meja kopi di hadapan kami.Sempat aku tangkap nombor orang yang memanggil.Tiada nama.

Panggilan dia jawab,aku dia pandang sekejap sebelum berdiri dan berlalu ke balkoni.Sempat aku menangkap suara si pemanggil adalah wanita,kenapa harus lari?Aku bukan cemburu okay,aku cuma pelik kalau bukan siapa-siapa kenapa harus lari.Selalunya dia jawab sambil berkepit dengan aku je.Malas berfikir banyak aku kembali fokus ke siaran television.Setelah agak lama Danish berborak dengan pemanggil,dia kembali duduk di sisiku."Sweety,i terpaksa pergi airport ambik orang.Esok kita jumpa okay.."Dia berlalu tanpa sempat aku memberikan respon.Dan dia juga tak cium dahi aku seperti yang dia lakukan setiap kali keluar dari rumah aku.Sedikit terasa hatiku.Dia pergi pun tak toleh atau tunggu aku hantar dia ke pintu.Tak macam selalunya.

Terus tak baik mood aku selepas Danish keluar.Mungkin family dia kot.Atau kawan ke,saudara ke,fikirku sedapkan hati sendiri.Bilik tidur aku tuju,malas aku fikir soal makan malam.Tak makan untuk malam ni je takkan mati kot.

***********

"Woii minah..Kenapa you suka termenung hari ni?Tak macam you je.."Tanya si Amir kepoh.Ketika ini kami sedang menikmati makan tengah hari di tempat biasa.Aku tak ada mood dari malam tadi kot.Harapan pagi tadi aku bangun aku akan dapat pesanan selamat pagi Danish,tapi hampa.Sampai sekarang satu pesanan pun aku tak dapat.Aku tak dapat mesej pagi tadi aku masih berfikiran positif,mungkin dia lupa fikirku.Masa aku beli kopi pagi tadi aku tunggu juga haruman dia dari belakang tapi sekali lagi hampa.

"Gaduh dengan misterius man ke?"Teka Siti,aku geleng.

"Bukan apa-apa la korang..Aku tak sihat lagi sebenarnya."Tipuku.Malas kena soal siasat macam ni huhu.

Selesai lunch,kami bertiga kembali ke pejabat.Sambil berjalan kami berborak kosong dan yang paling rancak adalah Amirla.Apabila kami hampir tiba di pintu utama A.D. Holdings,terhenyak rasanya hatiku bila terpandang Danish dan seorang wanita cantik bergaya seperti modal,rambut pendek lurus separa bahu berwarna coklat gelap.Bahagia tawa si wanita di samping Danish yang juga sedang tersenyum.Elok je tangan wanita itu memeluk lengan sasa Danish sambil bergurau.Ada kalanya wanita itu mendongak memandang wajahnya seperti pasangan kekasih yang tengah hot bercinta.Mereka berjalan bertentangan dengan arahku.Sengaja aku lambatkan langkahku supaya di sedari Danish kewujudan ku di situ.

Misterius ManWhere stories live. Discover now