10

15K 109 4
                                    

First date rasmi kami sangat menyeronokkan bagi aku.Lama sudah aku tak dating seperti ini,terakhir 3 tahun dahulu bersama first love aku,itu pun tak seseronok ini.

Banyak tempat kami pergi termasuk shopping mall,banyak jugala barangan yang Danish beli untuk aku termasuk baju tidur,pakaian kerja dan pakaian casual.Beberapa botol perfume dan juga skin care dia belikan untukku.Aku tertanya-tanya sendiri,apa pekerjaan Danish sebenarnya,beribu-ribu sudah dia habiskan duit untukku hanya satu hari ini saja.Malah makan juga dia tak di sebarang tempat.Banyak kali juga aku tegur dia supaya tak perlu beli yang mahal-mahal,tapi dia menjawab takkan dia nak belanja anak datuk dengan barang cincai.Aku tak kisah pun murah ke mahal,yang penting si pemberi tu ikhlas,dah cukup buat aku bahagia.

Dari segi pakaian yang dia pakai sekarang hanya simple,dan boleh di jumpa di pasar malam pun.Kereta yang dia guna pun biasa-biasa,hanya jenama Malaysia,myvi hitam.Kira okayla ada myvi,boleh jalan sana-sini,aku ada kaki je huhu.Mampu jenguk jalan raya dari tingkat apartment je.Nasib baik dindingnya semua cermin,boleh jugak nampak view sekeliling.

Semasa di dalam kereta ketika hendak menuju ke pantai,sebab Danish nak dating dengan view sunset katanya romantik sikit.Aku bertanya tentang pekerjaannya."Danish,awak kerja apa?"Soalku,tangan kananku yang setia didalam genggaman tangan kekar Danish aku pandang.

"Kenapa you nak tau?"Soalnya kembali sambil memandangku sekilas,yela kalau lama-lama memang booking kuburla kan.

"Sebab tadi awak belanja saya banyak sangat.Membazir tau.."Ucapku.

Kebetulan ketika itu lampu isyarat bertukar merah,dia memandangku lama."I akan buat apa je untuk you baby..Walaupun buat pulau untuk you pun i akan buat."Macam melampau.Betul ke dia ni?Aku iyekan je dulu.Hubungan kami masih baru kot,tak nak percaya lebih-lebih.

"Why?"Soalnya lagi,ketika ini kereta sudah bergerak."Tak dela,papa pun tak bagi saya banyak ni tau tiap bulan."Terangku.

"I kerja biasa-biasa je pun..Macam you.."Tergelak dia di hujung ayatnya.

Sedikit Ragu-ragu hatiku.Tapi aku diamkan saja,malas nak membunuh suasana romantik yang sedang tercipta.

************
Kami duduk beralaskan pasir putih di tepi pantai,menghadap ke arah lautan yang luas.Menikmati dinginnya bayu senja.Menanti matahari menutup tirai hari.

Banyak soalan yang aku ajukan pada Danish,ada yang dia jawab dengan jujur dan ada yang dia jawab dengan hanya senyuman.Daniah berahsia orangnya,hanya sedikit yang aku dapat korek dari dia.Selebihnya dia banyak bergurau.Itu sudah cukup untuk date pertama kami.Lain kali aku akan korek lagi.

"Sweety,kahwin jom..."Terdiam aku menatap wajahnya.Biar betul,bercinta pun tak lama mana terus nak kahwin.

"Danish..Awak serius ke?"Laju dia mengangguk.

"Tapi kita baru je lagikan..Lagipun kita tak kenal betul-betul lagi."Lagipun aku setuju nak jadi teman wanita dia pun sebab nak tau dia siapa.Bukan sebab ada perasaan ke apa.Dan mungkin juga untuk mengisi rasa sunyiku.

"But i dah kenal you dah lama."Berkerut kening aku.Kalau setakat sebulan dua tu tak dikira lama Danish oi..

"Danish kalau setakat sebulan dua bulan awak kenal saya tu tak di Kira lamala.."Tersenyum dia memandangku.

"I rasa lebih lama lagi dari tu.."Semakin berkerut dahi ku.Kenapa dia susah sangat nak berterus-terang ni..

"Danish..Awak tak boleh cakap terus ke?Susahla nak teka awak ni,berahsia sangat."Misterius betul.Pandangan aku larikan kembali ke arah laut yang sudah semakin gelap.Hampir-hampir nak merajuk aku.

"That why...i ajak you kahwin.Biar semua persoalan you terjawab.Kalau tunggu i cerita tak habis satu bulan ni.."Jawabnya tanpa mengalihkan pandangan dari ku.Dia aku jeling dari ekor mata.

Terasa tangan kiriku dia ambil dan dia letakkan di atas pahanya.Jari manis aku dia elus lembut.

"Jangan marah i please.."Dia aku pandang.

"Saya rasa macam tak yakin je dengan awak.Awak berahsia sangat."Jawabku jujur.

"Yes i know.Tapi tolong percayakan i.."Belakang tanganku dia kucup lama.

"Tapi..Danish awak kena faham saya jugak.Kahwin bukan benda main-main tau."Dia mengangguk.

"I know...i tak pernah anggap pun berkahwin tu main-main,lagi-lagi dengan you.I serius nak kahwin dengan you."Serius benar nadanya kali ini.

"And you tak perlu kenal i pun..Asalkan i kenal you,tu pun dah cukup kan...."Dia menyambung selepas lama berjeda.

"Danish awak tak faham perasaan saya macam mana.."Ujarku juga serius.Terasa suasana yang awal tadi romantik kini bertukar sedikit tegang.Pandangan Danish dari lembut kini bertukar tajam.

"Apa?Apa lagi yang i tak faham?"Tanyanya dalam nada sedikit meninggi.

"Danish..Saya perlu tahu awak siapa,keluarga awak macam mana.Semua..Saya nak tau semua.Biar saya lebih yakin dengan awak.Saya tak nak awak berahsia macam ni."Dia aku pandang.

"What...Kalau i orang miskin you tak nak terima i ke?"Nafas aku hembus.

"Danish bukan macam tu..Saya tak kisah awak miskin ke kaya ke..Bukan itu maksud saya.Saya nak awak lebih terbuka,bukan macam sekarang ni."Sekali lagi aku menghembus kan nafas berat.Dia buat-buat tak faham ke betul-betul tak faham.

"Dahla Danish,balik la."Punggung aku angkat dan berlalu,meninggalkan dia yang masih duduk di situ seperti memikirkan sesuatu.Beberapa saat kemudian,terasa tanganku di tarik kebelakang.Automatik terhenti langkahku tadi,badanku terpusing ke belakang dan terlanggar dada Danish.

Aku dia peluk,dahiku dia cium lama.Terasa hangat dalam pelukannya.Tidak terasa tiupan angin malam yang mendingin.

"Sorry.."Tuturnya dalam berbisik.Mendongak aku memandang wajahnya.

"Jom balik.."Katanya sambil memandangku,aku hanya mengangguk.

Sampai di apartment ku, Danish membantuku membawa barangan yang dia belikan siang tadi.Aku mempelawa dia masuk.Selepas meletakkan barang-barang tadi di atas meja kopi di ruang tamu, punggung dia jatuhkan di sofa.

"Sweetheart you tak makan ke?"Soalnya sambil tangan bermain phone.Perut aku gosok sambil berfikir.

"Hmm tak kot,dah lewat dah ni..Saya nak mandi jap.."Tanpa menunggu jawapan Danish,bilik air aku tuju untuk membersihkan diri setelah di luar seharian.Apabila selesai aku keluar menuju ke arah Danish.Aku lihat ada satu kotak pizza di atas meja bersama dua cawan teh hijau.

Apabila sampai di depan Danish,dia perhatikan aku atas bawah dan tersenyum.Melihat dia begitu,aku juga turut tunduk memeriksa diriku sendiri.Okay je,baju pun tak terbalik bisik hatiku.Aku mengenakan singlet yang sedikit ketat di padankan dengan seluar pendek paras paha je.Baju biasa aku pakai untuk tidur.

"Kenapa?"Soalku kehairanan.Kepala digelengnya dengan senyuman.

"Nothing..You cantik sangat..Come.."Katanya sambil menepuk sofa di sebelah tempat duduknya.Aku yang tadinya ingin duduk berhadapan tak jadi dan mengambil tempat di sebelah Danish.

Dia menarikku rapat melekat dengan sisi tubuhnya.Bahuku dia peluk.Bibirku dia pandang sekejap sebelum dia lumat lembut.Terbuai aku seketika sebelum membalas.Apabila tautan bibir kami terlepas,wajah dia jarakkan sedikit."I love you baby..."Ucapnya dengan lembut sambil menatap mataku.Rambutku yang sedikit basah dia larikan dari menutup tepi muka.

"You don't know how much I love you.."Ujarnya.Masih seperti tadi,aku masih di dalam pelukannya.Dan dia masih merenungku,ucapannya masih lembut dan romantis seperti tadi.Aku hanya diam,tak tahu hendak memberikan reaksi yang bagaimana.

Betul ke dia cintakan aku?Ahhh betul-betul misterius lelaki ni.

Vote and comment please ♥️











Misterius ManWhere stories live. Discover now