14

48 4 0
                                    

Setelah Aisha mengambil baju , dia terus keluar dari butik tersebut bersama - sama dengan Ghibran.

Dia mengeluh.

Ujian apa lagi lah.
Tadi mama
Ni Roxic pula.

Malu Aisha dibuatnya bila si Roxic ni tak habis malukan dia dengan Ghibran.
Mana dia nak letak muka!

Aku ni dalam fasa merajuk lagi tahu tak?
Nanti terlepas kegedikan aku..
Mampus.

" Ada nak beli apa-apa lagi ke ? " Tanya Ghibran sambil memandang Aisha yang memegang beg baju dress yang diambilnya tadi.

" Takde dah kot " Aisha sibuk mengangkat beg tersebut dengan susah payah supaya tidak meleret.

Ghibran terus mengambil beg baju dress tersebut.

" Meh la aku bawa "
Terkejut Aisha melihat tindakan drastik Ghibran.
Bikin Aisha cair buat kali ke 100 malam ni.

" Thanks " ucapnya ringkas.

Mereka berjalan tanpa arah tuju.

" Kau lapar tak? Nak pergi makan ? " Tanya Ghibran prihatin.

Ghibran kau ni kenapa hari ni.
Banyak cakap pula.
Selalu dingin.
Ni ...
Jangan begitu jantan
Aku ni rasa nak peluk je.

" Boleh juga. Tak makan lagi " jujurnya. Dah memang lapar weh.
Tak makan dari tadi sebab sibuk buat kerja.

" Kau nak makan mana ? "

" Mamak okay juga. Nak makan maggi goreng " Ujar Aisha beriak biasa.

Ghibran di sebelah terus menoleh memandangnya.

" Sumpah la kau nak makan mamak ? " Tanya Ghibran seolah tidak percaya.

Aisha kerut dahi dan mengangguk.
Aku ada salah cakap ke ?
Pelik sangat kenapa?

" Okay "

Pelik sungguh perempuan minat makan mamak ni.
Ingat perempuan class macam Aisha ni makan restoran je.High-taste katakan.

Sesampai sahaja mereka di hadapan Taj , mereka berhenti.

" Kau masuklah dulu. Aku hantar ni jap kat kereta . Boleh kan? "

Aisha Kassandra mengangguk.

" Awak nak apa? " Tanya Aisha. Spek mata hitamnya sudah letak di atas kepala.
Nanti orang kata dia gila pakai spek mata .

" Nancheese and teh o ais " pesan Ghibran sebelum pergi.

Aisha mencari tempat kosong di dalam.
Mujurlah ada walaupun masih ramai orang disini.
Makanan dan minuman diorder.

Beberapa belas minit kemudian , Ghibran baru muncul. Aisha dah start makan pun. Lama betul Ghibran.

Ingat dah lari tadi.
Daripada pintu masuk lagi dia sudah nampak si tinggi Ghibran sedang berjalan sambil bercakap telefon.

Memang kacak sungguh jantan ni kan?

" Alright " ucap Ghibran sebagai kata terakhir bercakap di telefon.

Dia duduk berhadapan Aisha.

Aisha Kassandra sudah hampir selesai.
Ghibran pun mula makan .

Pinggan yang sudah kosong itu diletakkan di tepi dan ais kosong diminum.

" So, kiranya kita dah kawan lah ni ? " Tiba - tiba sahaja Aisha mengeluarkan suara dengan sengihan.

Amboi. Tadi kemain muncung.

Ghibran yang sedang makan terus memandang Aisha di hadapan.
Makanan ditelan sebelum bersuara.

" Bila aku kata kita kawan? "
Sheet.
Terus mati senyuman Aisha.

Tercipta UntukkuWhere stories live. Discover now