21

58 4 0
                                    

Its already 8pm o clock.
Aisha Kassandra teramatlah bosan.
Dia tak tahu nak buat apa sampaikan semua benda dia dah buat tapi masih... bosan.

Aiden dengan Kak Ayra tak ada.
Balik kampung Kak Ayra rasanya.
Mama pula lambat betul baliknya. Work tak habis habis work.
Aku seorang je kat rumah ni.

Kenapalah aku tak kerja je kan senang.
Tapi aku malas lah nak kerja.
Nak rileks je.

Seketika aku berfikir, biasanya malam - malam macam ni , mesti Ghibran ada kat hutan hujung sana kan?

Aci tak kalau aku cari dia?
Iyalah. Aku bosan do.
Nombor dia aku tak ada, susah nak contact.
Aku yakin mesti dia ada kat sana punya.

Pergi hutan memang kerja gila.
Takut tu memang..
Tapi ada penyelamat nanti yang akan bantu sekiranya ada sesuatu yang terjadi.

Haritu aku terserempak dengan dia kat sana .. jadi dia mesti ada juga.
Lagipun rumah dia area ni juga ,tapi tak tahu kat mana.
Dan aku tak rasa bahaya sebab hari tak ada lah larut malam sangat kan.

Lek la guys. Aku perlukan teman untuk berborak guys. Lonely ni. Hukhuhuk kesian.

Satu je jalan yang aku boleh buat untuk bertemu dengan Ghibran.
Yang lain semua tak membantu langsung.
Nampak macam aku beria but itsokay.
Tu bakal suami aku juga nanti.
Ceh.
Berangan..

Aku naik ke bilik untuk menukar pakaian sebelum keluar dari rumah.
Abang Jef ada juga tegur tadi nak pergi mana.
Aku cakap nak pergi kedai depan je.
Aku tak bagi dia hantar .
Aku bagi alasan aku nak ambil fresh air gitchu.

Kasut sport hitam disarung ke kaki.
All black dia today.

Hoodie oversized,
Seluar tight,
Kasut nikey .

Aku jalan ke luar rumah.
Woah angin dia segar yamatt.

Aku jalan melangkah ke hadapan dengan tenang.
Hirup udara malam ni sedap juga.
Tenang je. Tak bising pun.

Earphone dipasang ke telinga.
Fuh dengan ada lagunya , memang mantopla. Jarang-jarang dia dapat keluar macam ni.
Asyik kena kurung je kan.

Ok aku nak jujurlah sikit.
Sekali ni je.
Ok aku cakap tau..

Aku rasa macam sunyi pula Adam takde... Tapi weh jangan bagitahu dia.
Aku tak sanggup nak tengok muka annoying dia. Tolong lah. Nak mampus je budak tu.
Biasa ada je gaduh malam-malam ni. Alek alek camping pula dah.

Sibuk-sibuk mengelamun , akhirnya dia sampai ke sebuah lorong berhadapan dengan kedai-kedai serbaneka.

Kau sure ke Aisha nak redah kawasan ni ? Entah - entah pakcik miang haritu ada lagi tak. Aisha memandang sekeliling.
Macam tak ada orang je.

Cap hoodie ditarik agar menutup kepalanya. Aku dah macam spy dah ni.

Aku redah hutan yang tak berapa nak tebal ni. Masih cerah dengan adanya lampu jalan serta kedai-kedai di seberang jalan.

Mata mencari susuk tubuh yang hendak dicarinya.
Mana lah dia ni.

Jangan kata dia memang tak ada sudahlah.
Memang sia-sia jelah aku.
Memang sia - sia.

Dia berjalan sehingga melihat satu lorong gelap atau terowong kecil berdekatan dengannya.
Segera dia mendekati lorong itu.
Dia masih berjalan berhati-hati.

Makin dekat , makin busuk.

" Puii. Bau apa ni ? " Dia menutup hidungnya.

Kelihatan seorang lelaki yang terhuyung-hayang berjalan keluar dari terowong. Aisha pantas menyorok di sebelah terowong.
Fuh nasib tak nampak.

Tercipta UntukkuWhere stories live. Discover now