76

53 2 2
                                    

" Ghibran?"

Laju Ghibran menoleh ke sisi dengan wajah yang cuak akibat sesakan dada. Ghibran tercungap-cungap mencari nafas.

" What happen to you?" Aisha mendekati Ghibran dengan tangan menyentuh lengan Ghibran yang berlapik jaket. Ghibran menjauhkan diri.

" Go away. I'm fine." Ghibran yang menyentuh dada membelakangi Aisha.

Ghibran bengang.Aisha sudah nampak kelemahan dia.

Aisha tergamam melihat keadaan Ghibran yang seperti itu. Kenapa dengan Ghibran? Yang pasti dia memang tidak dalam keadaan baik. Adakah sebab ini hatinya tidak sedap dari tadi?

Aisha bergerak ke hadapan Ghibran. Ghibran mendongak langit. Saat itu, Aisha nampak wajah Ghibran yang sedang dalam kesakitan. Matanya bergenang dengan air mata. Tapak tangan tidak habis menekan dadanya, cuba menenangkan dirinya.

" I'll be fine." Monolog Ghibran sebelum dia memusingkan tubuhnya menghadap tasik. Sekali lagi menjauhi Aisha.

" I-I just need a second." Tangan Ghibran memberi amaran kepada Aisha supaya jangan mendekatinya.

Aisha sedih. Suara getaran Ghibran membuatkannya sedih. Dia tidak tahu apa jadi dengan Ghibran tapi Ghibran sedang dalam masalah. Dia tidak pernah melihat Ghibran dalam keadaan begini. Dia tidak pernah dengar suara Ghibran seperti ini.

Dia bingung. Dia tidak tahu ingin berbuat apa. Dia sangat risaukan Ghibran.

" Is there, Is there anything I can do?" Aisha cemas.

" Say something. Just talk whatever you want to." Ujar Ghibran sejurus mengusap kasar wajahnya dan kemudiannya mengusap lehernya.

" Say something. Okay say something" Aisha cuak mencari idea untuk berbual. Dia menoleh belakang menghadap taman permainan, mencari idea. Mata dia tertancap pada seorang kanak-kanak bermain basikal di taman.

" Um um uh the-the bicycle. The first time you and Dani brought me cycling and I was so freaked out. You and Dani baru balik dari pesta basikal perumahan. You know all these amazing tricks and i was such a little kid who really want to learn cycling ..forbidden by Aiden but you talked to him to give me a chance and you teached me. You stayed in paddle with me till I knew how to ride. We - we rode together at the park. Here. This park. And.. i thought you are the nicest person in the world. "

Entah bagaimana Aisha boleh teringat akan memori kecilnya bersama Ghibran dan Daniel. Buat kali pertama dia menceritakan hal sewaktu kecilnya setelah sudah membesar menjadi wanita. Hal itu membuatkannya agak sebak.

Manakala Ghibran tersenyum sinis. " I guess that was a mistake on your part. " Ghibran menafikan ayat terakhir Aisha.

" Tak. Awak masih the nicest."

Ghibran diam.

Melihat Ghibran yang semakin beransur pulih, dia mendekati Ghibran.

" Slowly." Aisha mengusap belakang tubuh Ghibran.

Tidak lama selepas itu, Ghibran tidak lagi sesak nafas. Nafasnya kembali normal.
Ghibran kemudiannya duduk dengan posisi tangan atas lutut. Aisha turut sama.

Agak lama mereka mendiamkan diri. Walaupun kepala Aisha penuh dengan tanda tanya, dia masih simpan. Takut sekiranya Ghibran belum bersedia untuk disoal. Jadi, dia hanya memberi ruang pada Ghibran.

Ghibran menjeling Aisha yang setia di sebelahnya.
" Im having panic attack." Laju sahaja mata Aisha melirik ke arah Ghibran. Akhirnya, persoalan yang menimbulkan tanda tanyanya dari awal sudah terjawab.

Tercipta UntukkuWhere stories live. Discover now