18

52 4 0
                                    

Akad sudah , sarung cincin sudah , makan sudah , berkenal-kenalan dengan keluarga pasangan sudah jadi sekarang tibalah masa untuk bersanding pula.

Acara akad yang tamat pada pukul 10 setengah pagi itu membolehkan semua ahli keluarga dapat berehat beberapa jam di tempat penginapan masing-masing kerana pada jam 3:30 petang akan ada pula majlis persandingan.

Aisha Kassandea menoleh memandang Adam Kidran yang sudah lena di atas katil.

" Ma , kasi chance la Aisha tidur kejap. Ngantuk lah ma "

Panas hati dia tengok Adam tidur.
Aku nak tidur juga !

" Tak payah mengada Aisha. Kalau awak tidur masa ni , jawabnya tak bangun lah jap lagi "

Ya. Puan Aeliana melarang sekeras-kerasnya dia tidur.

" Aisha bangun ma Aisha bangun. Kasi chance la ma. Nanti Aisha takde energy kat sana ha " macam-macam alasan Aisha bagi. Tolongla kalini bagi. Tidur sekejap pun jadi.

" Ikut awak lah Aisha. Mama kejut kalau tak bangun mama tinggal je. Awak tu nak siap dah la lama "

Terbuntang mata Aisha. Sengihannya sehingga ke telinga.

" Yes ! " Dia terus melompat atas katil.

Puan Aeliana hanya mampu menggelengkan kepala.

Bantal empuk yang dibawa tidurnya semalam ditarik dari pelukan Adam.
Sesuka hati kau je amik bantal aku.

Rengekkan Adam yang sudah lena itu membuatkan dia meremang.

" Aku tibai kang rengek macam babi ni " geli geleman dibuatnya. Apo gedik sangat si Adam ni.

Adam buka mata bila dah kena sound.

" Kau kenapa gila kacau aku "
Mata usah dikata. Berat macam ada batu atas mata. .

Aisha menjeling lalu memejamkan matanya dan menghadap ke arah bertentangan dengan Adam.
Tak kuasa aku tidur dengan dia.


" Aisha Kassandra , Adam Kidran bangun !" Puan Aeliana menjerit mengejut mereka dari lena.

Melihatkan tiada respon dari anak-anaknya , dia berura memanggil sekali lagi. Sumpah dia kata, kalau bebudak ni tak bangun aku siram dengan air panas.

" Ai- "

" Dah bangun " Aisha bangun dari baringan dengan menayangkan sengihan di bibir. Fuh terkejut mak nak.
Seram pun ada.

Mimpi apa sampai kejut sekali terus bahagia je muka.
Selalunya nak tambah masa waktu tidur.

Puan Aeliana tergelak suka.
Macam - macam lah si anak daranya sorangni.
Tak boleh bayang kalau dia kahwin.

" Gerak si Boy tu " pinta Puan Aeliana sambil mengemas apa yang patut.

" Boy bangun ! " Bantal di baling-baling beberapa kali ke atas kepala Adam Kidran yang degil untuk bangun.

" Jangan kacau aku la setan ! " Jerit Adam yang berada di dalam selimut.

" Siapa setan , setan ? " Aisha Kassandra menarik selimut.

" Aisha ! Jangan kacau aku lahh ! "
Ha marah , marah !

" Mama suruh bangun lah anak anjing ! " Aisha menolak pula tubuh Adam Kidran yang diselubung selimut itu.

Adam Kidran bangun lalu membalingkan bantal kepada Aisha dan menolak nolak tubuh Aisha kuat.

" Wei sakit lah Boy ! "

" Jangan ganggu aku jangan ganggu aku !! " Adam Kidran membelasah Aisha dengan bantal.

Tercipta UntukkuWhere stories live. Discover now