53

35 5 0
                                    

       " Aisha boleh rest dulu kat bilik. Nah kunci. Sementara tu kami semua nak set up dulu tempat , petang sikit nanti ada MUA akan datang bilik Aisha and baru kita boleh mula sesi penggambaran. "

" Alright kak, boleh boleh . "
" Bel, bilik i sebelah Aisha ke ? " Farhan datang ke arah mereka berdua secara tiba-tiba.
" ish kau ni. Asyik nak berhimpit dengan Aisha je eh?" Usik Bel. Aisha di situ hanya tersenyum.

" bukan nak berhimpit. Kita panggil nak rapatkan silaturahim.You tau apa Bel"
" banyak lah silaturahim bagai. Nah kunci " Bel mencampakkan kunci dan Farhan pantas menyambut.

" Bye pretty , kita jumpa sekejap lagi tau "
Aisha tersenyum. " okayy "

Aisha Kassandra selamat sampai ke Port Dickson di mana tempat penggambarannya.
Kali ini, Aisha akan berkolaborasi dengan company swimming suits. Dia akan menginap di sini selama tiga hari dua malam . Jauh dengan keluarga buat sementara waktu. Sedih? Sedih juga.
Pada awalnya, mamanya setuju untuk mengikutinya ke sini tapi tiba-tiba sahaja ada kerja. Maka dia pun keseorangan lah.

Farhan. Do you remember him? The one yang tegur Aisha waktu dia mula terlibat dalam dunia kemodelan. Tak sangka Farhan akan menjadi partner dia untuk shooting kali ini. Bagi dia Farhan adalah seorang lelaki yang suka bergurau , suka senyum dan ketawa. Hal tersebut membuatkan staff lain senang dengannya.

Langkah diatur ke bilik. Kad bilik discan sebelum mendapat akses untuk masuk. " Wow. Nice " Bag diletakkan di tepi katil yang bersaiz queen. Dia mengambil tempat di atas katil.
' Contacts ' ditekan sebelum mencari nama mamanya di skrin.

" Assalamualaikum halo mama ku sayang helo si gadis yang maniss " Aisha membetulkan posisinya dari duduk ke baring. " Aisha da sampai ma. Sekarang Aisha tengah rest kat bilik sementara dia set up tempat . " " haah ma. Okay ma. Bye bye " panggilan telefon di matikan.

What should i do next ?

Idea nakalnya singgah ke benak fikirannya. Laju butang 'Whatsapp' ditekan. Chat Ghibran yang dari awal sudah dipin , ditekan. Tak online.

Me
Hi baby. Guess where am I?
Aisha kat PD. Harini Aisha collab dengan company swimming suits. Diorang nak launch new products. Jangan rindu k😘.

Aisha tersenyum sendiri setelah menghantar beberapa mesej kepada cinta hati kesayangan pengarang jantungnya. Telefon dimatikan lalu dia memejam mata untuk berehat.

Setelah shooting selama sejam setengah, Aisha diberikan rehat. Tin yang berada di atas meja kayu berdekatan lokasi penggambaran diambil lalu dia bergerak sedikit jauh dengan lokasi tersebut. Dia meneguk air tersebut sambil melihat Farhan yang sedang in action.

" Hey." Suara garau yang menegurnya membuatkan dia pantas melihat gerangan itu. Aisha terkejut . Hampir sesak nafasnya.

" Ghibran!" Jeritnya lalu dengan spontan memeluk tubuh lelaki itu. Ghibran macam biasa, masih dengan raut wajah tiada perasaannya.

" macam mana awak ada kat sini?" Tanya Aisha dengan wajah yang sangat gembira.

" ada meeting kat sini tadi. Pastu aku nampak kau kat sana" ujarnya. Sebenarnya sudah lama Ghibran memerhatikan Aisha dari jauh. Mana tidaknya, dia bertemu kliennya di kafe dan kafe tersebut terletak di sebelah lobby dan pemandangannya adalah pantai.
Aisha mengangguk tanda faham dengan penjelasan Ghibran.

" Kau dah habis ke?" Tanya Ghibran.

" Sekarang tengah rehat setengah jam." Ujarnya.

" lapar tak? nak makan?" Tanya Ghibran lagi.

" Hauslah. Panas." Jujur gadis itu.

" Jomlah minum kafe ". Aisha mengangguk laju.

Mereka berdua bergerak ke kafe.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang menghantar bayangan mereka sehingga ke kafe hotel.

    " Lupa nak cerita. Tahu tak, Adam tu ada girlfriend?"

Aisha menumpahkan tea. Ghibran hanya mendengar cerita kedua dari Aisha. Dari tadi dia hanya diam dan mendengar sahaja apa yang gadis itu ingin ceritakan. Sekali-sekala dia hanya menunjukkan reaksi dengan riak wajahnya sahaja. Panjang lebar Aisha Kassandra bercerita, Ghibran hanya jawab sepatah, mengangguk, dan mengerutkan dahi sahaja. Nak marah pun tak guna, lelaki pujaannya itu memang bersifat begitu. Terima sahajalah.

" Meeting kat sini sampai bila ?" Tanya Aisha.
" Eh lepasni aku baliklah. Sekejap je kat sini." Aisha mengangguk faham.

" Kau?"
" 3 hari 2 malam." Ghibran mengangguk sebelum satu suara yang asing, yang entah datang dari mana menegur.

" Kat sini rupanya Aisha ". Farhan.

" Eh, hi Farhan. Ni Ghibran, Ghibran ni Farhan " Aisha memperkenalkan mereka berdua.

" Boyfriend Aisha ke ni?" Tanya Farhan. Aisha hanya tersenyum sumbing memandang Ghibran. Namun, pandangan Ghibran bukanlah kearahnya tetapi ke arah Farhan.

" Bro" Farhan menghulurkan tangannya ingin bersalam. Ghibran menyahut malas.

" Kenapa Farhan?" Tanya Aisha ingin mengambil tahu tujuan lelaki itu datang ke sini.

" Oh tak, Bel dah panggil. I nak beli air kejap" Aisha mengangguk faham lalu Farhan masuk ke dalam kafe untuk membeli air minuman.

" nampaknya macam dah jumpa laki baru." Entah bagaimana ayat itu terkeluar dari mulut Ghibran setelah Farhan pergi dengan ditemani mata Aisha yang memandangnya pergi.

Aisha tersengih. " jealous eh?" . Ghibran membuang pandangan ke arah pantai. Panas pula hati ni.

" mana ada, Ghibran je laki Aisha. " ucapnya sebelum dia menoleh memandang pantai. Ghibran dengan hati yang berbunga, menahan diri dari tersenyum. Kantoi nanti.

" Aisha, jom " ajak Farhan.
" Aisha pergi dulu. Bye handsome !". Ghibran mengangkat tangan dan memandang Aisha yang sudah pergi meninggalkannya.

" Amboi amboi. Untunglah ada boyfriend teman" usik Farhan.

" Dengki ke?"
Farhan tidak membalas , namun dia bertindak untuk menarik rambut Aisha dan berlari meninggalkannya. " Eiii Farhan!"
Aisha pun mengejar Farhan.

Ya. Ghibran nampak.
Kedua - dua tangannya telah pun menunjuk bentuk penumbuk. Cemburu?

Tercipta UntukkuWhere stories live. Discover now