24

45 3 0
                                    

Usai sahaja solat Asar, murid - murid yang melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan diminta untuk ke dewan makan untuk makan petang.

Adam, Rian dan Nash berjalan bersama-sama menuju ke dewan makan. Masing-masing hanya mendiamkan diri sehingga mengambil makanan dan tempat duduk.

" Kau memang nak ignore Ell ke? " Rian menyoalnya sambil meletakkan pinggan yang berisi dua biji karipap dan satu tiga biji onde onde hijau serta air sirap.
Mereka duduk dengan posisi Adam ditengah, Rian di sebelah kanan dan Nash di sebelah kiri.

" Bila pula aku ignore ? " Adam duduk. Air sirap itu disisipnya.

" Macam aku tak tahu pula la dari semalam lagi kau orang tak bertegur " Rian mengambil karipapnya lalu dimakan.

" patut lah Ell tanya aku tadi " ujar Nash sambil mengunyah onde-onde.
Adam menoleh ke arahnya.

" Tanya apa?"

" Kau marah dia ke ? " Nash bertanya . Onde onde diambil lagi lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Adam diam lalu menyuapkan onde onde ke dalam mulutnya.

" Ni kes dia satu group dengan anjing tu la ni ? " Rian pula bersuara.
Macam lah dia tak tahu kenapa Adam berang dari semalam. Cakap pun tak banyak.

Manakan tidak , semalam waktu sesi beri kumpulan, semua aktiviti yang dijalankannya semua tak sama kumpulan dengan Ellyssa.

Dia tak hairan pun kalau Ellyssa tu lain kumpulan dengan dia. Yang dia marah sangat tu bila Ellyssa sama group dengan Haikal si musuhnya.

Haikal tu daripada form 3 lagi cari pasal dengan Adam. Benda yang dia dengki pun tak tahu dengan Adam ni. Ellyssa pun dia nak caras.
Itu yang dia risau tu.
Peristiwa hari tu pun masih segar diminda.
Ini kan pula kat sini.
Tak sama group pula tu.
Itu yang dia marah sangat tu.

" Jangan risau la Dam, ramai kawan dia satu group tu. Insya-Allah tak ada apa apa, adik Rian pun satu group dengan dia " Nash menenangkannya.

Adam Kidran hanya mendiamkan diri. Makin dia fikir, makin tak sedap hati dia ni.

" Dah ah jom. Cikgu panggil dah " Rian berdiri dan mengambil pinggan dan air sirapnya tadi untuk meletakkannya ke dalam besin.
Tanpa banyak kata, Adam dan Nash juga menurut.
Mereka keluar dari dewan makan.

" Abang "
Entah datang daripada mana, Raisya mendekati mereka yang baru sahaja berjalan keluar dari dewan makan.

" Hm ? Kau nak apa ?"

" Ada powerbank tak? Powerbank adik habis battery " Raisya menunjuk telefonnya yang sudah blackout.

" Kau makan battery powerbank kau ke apa gila ? Baru guna seharu dah habis. "
Takkan satu hari tu asyik guna powerbank?
Dia powerbank pun tak pakai lagi.
Kuat sangat ni main telefon.

Raisya angkat bahu dengan muka tak bersalah.

" Powerbank tak ada dengan aku sekarang. Nanti jelah aku bagi "

Raisya mencebik lalu mengangguk.

" Nanti tengok-tengokkan sikit Ellyssa tu. Apa apa bagitahu abang, tak pun dua ekor beruk ni " Raisya memandang ketiga-tiga mereka lalu mengangguk sebelum senyum dengan penuh makna.

" Kenapa ? Abang Adam kita ni jealous ke tak sama group dengan awek ? " Raisya tergelak. Lihat sahajalah wajah masam Adam hahahaha.

" Kau diam la budak " Adam bersuara. Raisya hanya gelak.

" Dah dah blaa " halau Rian.
Raisya mencebik lalu berjalan ke hadapan , tempat mereka berkumpul.

" Okay semua , kita berkumpul pada petang ini adalah untuk meneruskan aktiviti - aktiviti yang seterusnya. Jadi, saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti yang akan dilaksankan sekejap sahaja lagi.

Tercipta UntukkuWhere stories live. Discover now