❄️02❄️

241 25 0
                                    

Perasaan kekok mula bertandang apabila aku berada di gelanggang ais ini. Ini semua angkara Park Sunghoon.

Lelaki itu akan berlatih meluncur ais bersendirian selepas habis sekolah. Jadi aku akan gunakan peluang ini untuk berduaan dengan lelaki itu.

Terpesona aku melihat gerakan yang sedang dilakukan oleh Sunghoon di atas gelanggang ais.

Park Sunghoon digelar putera ais kerana dua sebab salah satunya adalah disebabkan dia sangat mahir meluncur ais dan sentiasa memenangi pertandingan meluncur air. Keduanya adalah disebabkan sikapnya yang terlampau dingin dengan semua orang.

Aku menepuk tanganku apabila Sunghoon berjaya menamatkan latihannya. Hampir tiga jam jugalah aku melihat dia berlatih. Entah perasan atau tidak lelaki itu akan kehadiranku.

Ini pun tepuk tangan supaya Sunghoon tahu aku berasa di sini, menemaninya sejak tadi. Ceh, teman konon!

Sunghoon perlahan-lahan meluncur di tempat duduk penonton lebih tepat lagi ke arahku. Tersenyum senang aku dengan perbuatan lelaki itu.

"Kau buat apa dekat sini? "

"Orang luar tak boleh masuk sesuka hati. "

Erk! Perasaan berbunga yang datang tadi terus hilang. Ingat nak cakap terima kasih rupanya lain yang dapat. Tak apalah Jaerim nak buat macam mana dah nama pun putera ais.

"Saya cakap dekat pak cik pengawal saya nak tengok buah hati saya berlatih. " riak wajahku sengaja dicomelkan.

"Siapa buah hati kau? "

"Sunghoon oppa! " jawabku tanpa malu. Nak pikat orang memang perlu tahan malu lelagi dengan putera ais ni!

Sunghoon berdecit perlahan. Tanpa mempedulikanku dia terus meluncur membelakangiku dan berjalan keluar daripada gelanggang ais.

"Oppa, dah habis berlatih ke? " soalku dengan lantang supaya Sunghoon dapat mendengar pertanyaanku dengan jelas dari jauh.

Tetapi pertanyaanku tidak dibalas oleh Sunghoon. Terus sahaja aku keluar daripada tempat penonton dan menuju ke arah Sunghoon yang sedang membuka kasut luncurnya.

Dia merengus perlahan apabila aku mendekatinya.

"Kau nak apa? " soalnya sambil bangun daripada duduknya.

Dan tidak aku sangka aku berdiri sangat dekat dengan lelaki itu. Nasiblah tinggi ku hanyalah paras bahu lelaki itu.

Keadaan mula sunyi. Aku dan dia sama-sama tidak berganjak. Perlahan-lahan aku meletakkan tanganku di dadanya.

Terus sahaja Sunghoon menepis tangan mulus ku.

"Kau dah kenapa? "

"There's only one person who shares the same heartbeat as you. It's your soulmate. Shall we listen to our hearts to see if we are soulmates or not?"

Aku mendongak ingin melihat reaksi lelaki itu.

"Nonsense! " terus sahaja dia mengambil barang-barangnya di atas bangku dan berlalu pergi.

Aku tersenyum sinis sambil memeluk tubuhku.

"Oppa tolong mimpikan saya malam ni! " pesanku kepada Sunghoon.

[C] Ice Prince Where stories live. Discover now