❄️09❄️

204 20 0
                                    

Masuk-masuk sahaja perpustakaan, mata milikku disajikan dengan wajah kacak Sunghoon. Rambutku disisir dengan jari. Bajuku yang sedikit berkemut aku gosok dengan perlahan.

Dengan lagak yang paling ayu, aku berjalan ke arah Sunghoon. Buku yang berada di rak buku aku ambil tanpa melihat tajuk buku tersebut.

Tak naklah nampak dia terhegeh-hegeh mencari lelaki itu. Biar pertemuan mereka di mata Sunghoon adalah kebetulan!

"Oppa? " soalku sambil melihat wajah Sunghoon. Sunghoon tidak menoleh. Mungkin kenal dengan suara milikku.

Terus sahaja aku mengambil tempat duduk berhadapan dengan Sunghoon. Wajahku ditongkatkan merenung wajahnya yang sedang kusyuk menulis sesuatu di atas buku.

"Kau nak apa datang sini? " soal Sunghoon tanpa melihat wajahku. Aku berdecit perlahan.

"Orang datang perpustakaan buat apa oppa? Macam tak tahu pula. " jawabku sambil memerli.

"Kalau orang lain aku percayalah. Tapi kau ni... " Sunghoon menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Oppa tak baik tau buruk sangka! "

"Kau datang sebab aku tak ada dekat kantin kan? Bukan sebab nak buat kerja sekolah atau baca buku. " soal Sunghoon lagi. Terus sahaja aku membuka buku yang dicapaiku sebentar tadi lalu berpura-pura membacanya.

Buku itu pula sengaja aku dirikan supaya Sunghoon dapat membaca tajuk buku yang sedang dibaca olehku.

"Buku tu pasal apa? " soal Sunghoon. Dia menutup perlahan bukunya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadapku. Aku membalas renungannya.

"Oppa sibuk kenapa? " soalku semula. Sengaja jual mahal.

"Buku tu agak unik macam kau... "

Aku sudah tersengih-sengih apabila mendengar perkataan unik. Memang saya unik pun oppa!

"Buku terbalik pun boleh baca. Otak dah terbalik ke Han Jaerim? " soal Sunghoon lalu mengetuk kepalaku dengan perlahan. Sunghoon mula bangun dan mengambil bukunya. Bersiap untuk keluar daripada perpustakaan.

Segera aku meletak buku yang dipilih olehku sebentar tadi dan mengejar langkah Sunghoon.

"Oppa! "

"Yes Han Jaerim. "

"Saya tak makan tengah hari lagi sebab oppa. " aku mula memuncungkan bibir.

Sunghoon memeluk tubuhnya. Dia melihat aku atas bawah.

"Aku tak suruh kau ikut aku pun kan? Kenapa kau asyik nak melekat dekat aku? Jangan jadi perempuan murah boleh tak?! " suara Sunghoon sudah naik seoktaf. Kecut aku dibuatnya.

Semalam kemain ambil berat, hari ni dah pandai jerkah aku!

Aku cuba untuk memaniskan mukaku. Sedangkan hati sudah menyumpah seranah si Sunghoon ni.

Malu beb!

Ramai orang tengok drama percuma. Sudahlah diriku ini memang popular mahu jadi bahan gosip!

"Oppa sampai hati! " perlahan air mataku mula menitis menagih simpati daripada Sunghoon.

Jangan salah faham, Jaerim bukanlah hati tisu jadi dia tidak mudah menangis. Itu semua hanyalah lakonan semata-mata!

Tanpa berkata apa-apa Sunghoon berjalan melalui ku. Sakit hati? Memang sakit! Dasar ais batu, huh!

Luna menoleh ke arah Jaerim yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luna menoleh ke arah Jaerim yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja. Dia meneguk liur dengan kasar apabila melihat perbuatan gadis itu.

"Luna kejutkan Jaerim tu! " arah Jang Songsaenim buat kali yang ketiga. Tanpa berlengah gadis itu menggoncang tubuh badan milik Jaerim dengan kuat.

"Jaerim bangun. Kau tak bangun kita dua mati! " tubuh badan Jaerim perlahan-lahan bergerak. Wajahnya juga diangkat melihat ke arah hadapan.

Luna sudah tersenyum senang.

Lain pula dengan Jaerim, gadis itu sedang berkerut-kerut menahan kesakitan. Tangannya juga menggosok perutnya yang mula kepedihan.

Penyakit gastriknya sudah kembali menyerang! Ini semua sebab dia tidak makan tengah hari tadilah ni.

"Saem, saya nak ke tandas. "

Kata Jaerim selepas mengangkat tangannya. Jang Songsaenim hanya menganggukkan kepalanya memberikan kebenaran.

Tanpa berlengah, Jaerim terus berjalan dengan keadaan sedikit bongkok. Kesakitannya tidak dapat ditahan lagi! Mindanya sekarang ini sudah set ingin mahu ke bilik rawatan. Alasannya ke tandas pun kerana tidak mahu sesiapa pun risau akan dirinya.

Sedari tadi dia bukan tidur tetapi dia menahan kesakitan di perutnya. Dia dengar dengan jelas Jang songsaenim menyuruh Luna mengejutnya tetapi hanya menghiraukan sahaja kejutan Luna.

Sesekali Jaerim mengerang kesakitan. Dia cuba untuk berjalan dengan laju malangnya kesakitannya tidak membenarkan dia melangkah dengan besar. Akhirnya, perjalanannya mengambil masa yang panjang.

Jaerim mengeluh perlahan. Kenapa kau perlu datang sekarang? Menyesal pula dia tidak makan sewaktu rehat tadi. Lain kali memang tidaklah dia utamakan Sunghoon daripada makan!

Dahi milik Jaerim sudah dipenuhi dengan peluh dingin. Bilik rawatan sudah berada di hadapan mata tetapi kesakitan menguasai diri Jaerim.

Buk!

Dan akhirnya dia tewas melawan kesakitan.

"Yah Han Jaerim?! "

Itulah bunyi terakhir yang didengari oleh Jaerim sebelum pandangannya menjadi gelap.

[C] Ice Prince Where stories live. Discover now