❄️11❄️

202 19 0
                                    

"Saya suka awak Sunghoon sunbae! "

Aku tak salah dengar bukan? Ada orang meluahkan perasaan dekat Sunghoon! Ini tidak boleh terjadi!

Cepat-cepat aku mengintai kelakuan Sunghoon serta pelajar perempuan tersebut. Memandangkan kawasan di tepi tangga pada ketika ini sunyi, pasti saja pelajar perempuan itu berani meluahkan perasannya.

Kalau tidak, pasti dia akan dimalukan di hadapan semua orang.

"Sunbae... "

Pelajar perempuan tersebut menyerahkan sepucuk surat kepada Sunghoon sambil menundukkan kepalanya. Aku memerhatikan reaksi Sunghoon pula.

Lelaki itu sedang menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Perkara yang paling pelik sedang berlaku...

Dia blushing ke tu?

Aku mengerutkan keningku lalu memfokuskan pandanganku pada pipi milik Sunghoon.

Memang sah lelaki itu sedang blushing!

Apa maksud pipi dia yang kemerahan itu? Dia malu atau—

Jangan kata dia suka perempuan tu pula?!

Aku menggenggam kedua tapak tanganku dengan erat. Rasa kurang enak mula bertandang.

Terus sahaja aku meneliti wajah pelajar perempuan tersebut. Ingin melihat ideal type Sunghoon.

Itu...

Park Sanghee, rakan sekelas ku!

Aku meneguk liur dengan kasar. Ini tidak boleh terjadi! Kalau mereka berdua bercinta, rosaklah misinya!

Apabila Sanghee sudah beredar laju aku berjalan ke arah Sunghoon.

"Siapa tu oppa? "Soalku bernada cemburu. Aku mencebik bibir dan menjeling Sunghoon sekilas lalu melirik ke arah surat yang sedang dipegang dengan erat oleh Sunghoon.

"Peminat aku. Kenapa cemburu? "

"Mwo, cemburu? " aku tergelak kecil sebelum mengangguk dengan laju.

Fuh, memang tak tau malu betul kau ni Jaerim.

"Pendam sahajalah perasaan cemburu tu Jaerim. Aku tak akan jadi milik kau. Lupakan perasaan kau terhadap aku. Lagipun, aku suka dia. Tak salah aku nak mulakan hubungan dengan Sanghee. "

Panas hati aku apabila mendengar jawapan Sunghoon. Sinis serta mendalam sekali kata-kata lelaki itu.

"Oppa milik saya. Tak ada sesiapa yang akan memiliki oppa selain saya! " aku menghentak kedua kakiku dengan kuat.

Wah, gedik juga kau ni Jaerim!

"Tubuh aku, badan aku adalah milik aku. Siapa kata aku milik kau. Gila betul budak ni! "

Terus sahaja Sunghoon mengatur langkah meninggalkanku.

Secara tiba-tiba dadaku berasa sebak. Layanannya terhadapku semakin lama semakin kasar dan dingin. Aku inginkan Sunghoon yang prihatin terhadap diriku....

Aku mula tersedar daripada lamunan apabila termenung dengan lama.

Yah Han Jaerim!

Jangan kata kau dah suka putera ais tu!

"Apsal kau monyok je ni? " soal Luna kepadaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apsal kau monyok je ni? " soal Luna kepadaku. Riak wajahnya jelas kelihatan risau.

"Aku cuma hilang motivasi nak pikat putera ais tu. " jawabku pendek.

Pandangan mataku fokus kepada pemandangan di padang sekolah. Walaupun lengang, tetapi dapat menenangkan perasaan tidak senang hati dalam diri.

Tidak senang dengan perbuatan Sanghee meluahkan perasaan terhadap Sunghoon. Apabila mengenangkan peristiwa tersebut, semakin sakit hati aku dibuatnya.

Tanpa sedar, aku menjeling belakang Sanghee dengan tajam.

"Jadi apa rancangan kau hari ni? " soal Luna lagi ingin tahu. Tidak prihatin langsung akan perasaanku yang sedang patah hati ini!

Aku berdecit perlahan. Asyik-asyik soalan yang sama ditanya kepada Jaerim. Muak tahu tak?! Sudahlah sakit hati dengan Sunghoon masih tersisa!

"Aku nak biar satu sekolah tahu yang dia milik aku. Biar dia tahu, Han Jaerim mampu melakukan apa-apa sahaja untuk merealisasikan segala impian! " semangatku secara tiba-tiba menjadi membara.

Bersinar mataku apabila mindaku yang cilik ini berjaya memikirkan rancangan yang terbaik dalam masa yang singkat.

"Jadi apa dia? "

Aku mengecilkan sebelah mataku.

"Sebelum aku menjawab pertanyaan kau. Aku nak tanya siapa yang bertugas untuk penyiaran waktu rehat pada hari ni? "

"Jangan kata yang kau—"

Tanpa sempat Luna menghabiskan ayatnya, aku sudah mengangguk dengan perlahan diikuti dengan senyuman penuh makna.

"Weh... Agak-agaklah! "

"Aku tak boleh teragak-agak kerana masa mencemburui aku! "

Luna hanya mampu memberikan pandangan yang sangat resah apabila memikirkan rancangan gila ku.

Kau kata aku gila kan tadi, aku akan memberikan pengalaman mengendalikan perempuan yang tergila-gila kan kau. Kau tunggu Park Sunghoon!

[C] Ice Prince Where stories live. Discover now