❄️03❄️

231 23 0
                                    

Day 02—

Tersenyum-senyum aku apabila melihat Sunghoon sedang melangkah ke arah ku atau lebih tepat lagi pintu pagar sekolah. Maklumlah, sejak tadi aku menjadi penunggu di pintu pagar sekolah semata-mata ingin menunggu Sunghoon.

Guru yang bertugas di pintu pagar pun asyik bertanya mengapa tidak masuk ke dalam kawasan sekolah. Sedangkan boleh sahaja aku menunggu Sunghoon di hadapan pagar cuma di dalam kawasan sekolah.

"Kalau buah hati lambat dan didenda saya rela didenda dengan buah hati saya saem. " itu sahaja alasan yang aku gunakan untuk menjawab pertanyaan guru yang bertugas.

Manakala guru lelaki tersebut hanya mampu menggeleng kepala dengan perlahan mendengar maklum balas daripada ku.

"Oppa! " panggilku kepada Sunghoon dengan pendek. Sudah biasa memanggil lelaki itu dengan 'oppa'

Sunghoon berdecit perlahan diikuti dengan langkahan laju serta besar bagi menjauhkan diri daripadaku. Apabila menyedari tindak-tanduk Sunghoon yang cuba menjatuhkan diri daripada ku, terus sahaja aku mengejar langkah Sunghoon.

"Oppa mimpikan saya tak malam tadi? "Soalku apabila aku berjaya berjalan beriringan dengan lelaki itu.

Dia tidak menjawab.

Jual mahal nampak.

"Oppa nak nombor telefon boleh? Lebih senang untuk kita berdua berhubung selepas ini. "

Sunghoon terus memberhentikan langkahnya. Aku pun sama.

"Kenapa tak boleh ke? "Soalku lagi tetapi kali ini aku menunjukkan muka kesian kepada Sunghoon.

Dia menarik nafas dengan kasar sebelum menjawab, "tak boleh dan tak akan! "

Kemudian, Sunghoon meneruskan langkahan meninggalkan aku keseorangan.

Huh, tak boleh dan tak akan eh.

We will see. This is Han Jaerim. Kalau aku nak kan sesuatu aku akan pastikan aku dapatkan semua yang aku ingin kan!

 Kalau aku nak kan sesuatu aku akan pastikan aku dapatkan semua yang aku ingin kan!

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"Alaaa... Sunbae bolehlah bagi nombor telefon Sunghoon oppa. " berkelip-kelip mataku apabila memujuk Sunoo.

Hanya dia seorang sahaja yang tahu nombor telefon Sunghoon selain guru di sekolah ini. Tak kan dia nak tanya guru kelas lelaki itu pula untuk meminta nombor telefon Sunghoon. Nanti dirinya dijadikan bahan gosip pula.

"Pwelease... " meleret aku meminta tolong daripada Sunoo.

Ini Jaerim lah! Kalau buat aksi comel semua lelaki akan mengikut kemahuannya kecuali Park Sunghoon.

Sunoo menggigit bibirnya. Dia merenung ku dengan perasaan serba-salah. Teragak-agak barangkali untuk memberikan nombor telefon Sunghoon kepada diri ku.

Sesaat kemudian, lelaki itu menghembus nafas dengan kasar. Dia mengeluarkan telefon pintarnya.

Ting!

Beberapa saat kemudian, telefon pintar ku berbunyi menandakan bunyi notifikasi.

"Tu nombor Sunghoon. Jangan bagitahu dia pula saya yang bagi awak. "Pesan Sunoo berbisik kepada ku.

Aku tersenyum riang apabila melihat skrin telefon pintarnya. Aku mendongak menjadi wajah Sunoo.

"Terima kasih sunbae! " ucap ku diikuti dengan pemberian pelukan kegembiraan kepada Sunoo.

Habis memerah pipi lelaki itu dibuatnya. Dalam aku lihat pipi Sunoo bertukar warna apabila aku melepaskan pelukan.

Tersengih-sengih aku sambil membalas renungan Sunoo. Alaa..
Setakat berbalas pandangan tidak mampu membuatkan Jaerim jatuh cinta kepada lelaki. Maklumlah dia digelar sebagai heartbreaker kerana berjaya mematahkan hati lelaki yang menyukainya.

Nasib Park Sunghoon pun akan menjadi seperti lelaki yang pernah dipikat olehnya.

Itulah, siapa suruh sombong sangat!

[C] Ice Prince Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora