❄️19❄️

199 20 0
                                    

10 years later—

Anda dijemput hadir ke majlis perkahwinan antara:

Kang Jisung
&
Park Sanghee

Aku meneliti kad jemputan yang berada di tanganku.

"Tak sangka Sanghee kahwin dengan Jisung. Aku ingat dia akan kahwin dengan Sunghoon. " Ujarku kepada Luna yang sedang berdiri di sebelahku. Kami berdua datang bersama-sama ke majlis perkahwinan Sanghee.

"Kau masih tak tahu ke?" Soal Luna sambil menepuk dahinya.

"Jaerim, Luna!"

Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut, suara Sanghee mula kedengaran. Membantutkan perbuatanku untuk bertanya kepada Luna.

Aku memberikan pelukan kepada Sanghee sambil memberikan ucapan tahniah kepadanya.

"Masuklah." Jemput Sanghee kepada kami berdua. Aku dan Luna mula melangkah masuk ke dalam dewan yang akan diadakan majlis sebentar lagi.

Dapat aku lihat hampir kesemua kerusi telah penuh. Nasib baiklah, rakan sekelas kami menyimpan tempat duduk kami berdua di meja hadapan. Terus sahaja aku dan Luna menuju ke arah meja yang sedang rancak berbual tersebut.

"Luna, Jaerim!" Jerit hampir kesemua mereka. Aku tersengih melihat gelagat mereka semua.

"Apa cerita sekarang? Dah ada boyfriend?" Soal Taeil kepada aku.

Aku menggeleng. "Single lagilah. Tak ada masa nak bercinta. " Jawabku dengan tenang. Bukan tak ada masa, cuma aku yang tidak mahu. Ramai sahaja lelaki yang meluahkan perasaan suka kepada ku tetapi aku terus-terusan menolak sehinggakan Luna ingat aku ni suka perempuan!

"Kau tak tau Taeil, ramai gila lelaki minat dekat dia. Sampai datang rumah nak confess. Alih-alih kena reject. " Kata Luna dengan jujur. Memandangkan kami berdua duduk di bawah satu bumbung, jadi Luna tahu apa yang sedang berlaku dalam hidupku.

"Pergi candle light dinnerlah, bagi bungalah, bagi rantailah semua dia dapat. Kau cakap je hadiah yang selalu perempuan dapat bila couple, dia mesti dapat dah." Sambung Luna lagi. Riak wajahnya memang tidak mampu dikawal. Mungkin geram dengan sikapku yang menolak hampir semua lelaki dalam masa sepuluh tahun ini.

Semua rakan sekelasku memandangku tidak berkelip. Mungkin tergamam dengan kata-kata Luna. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, aku telah mendapat hadiah-hadiah tersebut dalam masa sepuluh tahun ini. Aku mahu menolak pemberian tersebut, tetapi mereka yang tidak mahu pemberian mereka ditolak walaupun perasaan mereka ditolak olehku.

"Kesimpulannya di sini, status Jaerim single but not available. Like, kau confess automatik kena reject." Tambah Luna lagi. Aku hanya mengiyakan kata-kata Luna. Rakan sekelas kami yang lain hanya meng oh kan sahaja.

 Rakan sekelas kami yang lain hanya meng oh kan sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

You may kiss the bride

Kucupan di bibir pengantin mendapat tepukan hangat daripada mereka yang sedang menonton momen indah tersebut.

"Dah jom!" Ajak Luna kepadaku apabila hampir kesemua perempuan berjalan menuju ke hadapan.

"Nak pergi mana?" Soalku pula. Yalah, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba mengajakku bangun dari dudukku.

"Lahh, nak pergi tangkap bungalah. Nak buat apa lagi?"

"Eh, aku tak nak join. Lambat lagi nak kahwin." Jawabku dengan polos. Luna bercekak pinggang memandangku.

"Masalahnya ni permintaan Sanghee supaya semua rakan sekelas dia cuba untuk tangkap jambangan bunga yang dia baling tu." Luna menjeling aku dengan tajam. Tanpa menunggu kata balas daripadaku laju sahaja dia menarik tanganku supaya ke hadapan.

Setibanya di sana, kebanyakkan gadis berasa teruja untuk menangkap jambangan bunga yang akan dibaling oleh Sanghee. Aku hanya memerhatikan mereka sahaja.

"Aku baling ni. Satu, dua, tiga!"

Sanghee membaling jambangan bunga tersebut sambil membelakangi kami. Aku memandang bunga tersebut.

Aik!

Apasal bunga ni makin dekat dengan badan aku ni? Aku mulai panik. Gila tak panik! Ada orang kata, kalau kita tangkap jambangan bunga tersebut, kita perlu berkahwin selepas ini. Masalahnya, aku calon pun tak ada tiba-tiba nak kahwin!

Tanpa kusedari, jambangan bunga tersebut sudah selamat berada di atas tanganku. Membulat biji mataku memandang jambangan bunga tersebut.

"Wow, congrats Jaerim!" Ucap Luna dalam nada yang memerli. Aku menoleh ke arah Luna sambil tersengih.

"Kau jelah yang ambil. Gantikan aku." Kataku dengan polos lalu menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada Luna.

"Mana boleh!" Luna menyorokkan kedua tangannya kebelakang tidak mahu menerima jambangan bunga tersebut.

Aku mengeluh sambil melihat jambangan bunga tersebut.

"Kenapa kau perlu pergi dekat aku juga!" Monologku sendiri mengungkapkan perasaan kecewa.

[C] Ice Prince Where stories live. Discover now