❄️10❄️

218 21 0
                                    

Perlahan aku membuka mata ku. Siling putih mula menghias pandangan mataku.

Penglihatanku beralih di sebelah tanganku. Tangan milik ku dipegang dengan erat oleh seseorang. Terus sahaja aku mencari wajah individu tersebut.

Aku agak terkejut melihat wajah tersebut. Wajah lelaki yang menengkingnya sebentar tadi.

"Oppa buat apa dekat sini? " soal ku lalu menarik tanganku daripada pegangan Sunghoon. Perbuatan lelaki itu tidak seperti biasa.

Aku memerhatikan mata milik Sunghoon pula. Mata lelaki kelihatan sedikit berair. Dia menangis sebab aku ke?

"Aku jumpa kau terbaring dekat koridor. Itu yang aku bawa kau ke sini. " jawab lelaki itu. Dan masih dingin.

Aku mula tersenyum senang. Yalah, dia dah buat baik kenalah tunjuk kita rasa bersyukur.

"Sweet juga oppa ni. " aku mula tersengih-sengih di hadapan Sunghoon. Lupakan perasaan marah serta kecewa waktu rehat tadi. Misi memikat masih berjalan.

Lagipun hanya kami berdua di sini, jadi aku tidak boleh melepaskan peluang! Hehehe...

Sunghoon berdehem perlahan.

"Makan bubur tu. Lepastu makan ubat. " arah Sunghoon sambil menyerahkan semangkuk bubur kepadaku.

Laju sahaja aku menyuap bubur tersebut ke dalam mulutku menggunakan sudu. Manakala Sunghoon hanya memerhatikan sahaja perbuatanku.

Secara tiba-tiba dia mengelap bibirku dengan jarinya. Tersentak aku dibuatnya.

"Kau ni makan pun comot. Tahulah lapar. " sambil itu dia mengelap jarinya yang kotor dengan tisu.

"Oppa boleh je cakap yang bibir saya comot! " aku menjeling Sunghoon dengan manja. Malu sebenarnya dengan perbuatan lelaki itu sebentar tadi.

Sunghoon mula tersenyum sesaat. Buat kali keduanya aku tersentak. Tak pernah lagi aku melihat lelaki itu tersenyum. Dan senyuman lelaki itu sungguh menggoda sekali dan membuat aku ketagih.

"Oppa boleh senyum lagi? " pintaku apabila Sunghoon tidak lagi tersenyum. Aku memuncungkan bibirku.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Dah cepat habiskan. Kelas masih berjalan. Sudah aku nak gerak dulu. "

Wajah milikku sudah cemberut.

"Sampai hati nak tinggalkan saya sendiri. Saya sakit sebab oppa tau tak?! "

"Kau sakit sebab tak pandai jaga diri. Aku dah bagitau cikgu kau ada dekat sini. Kalau dah rasa okay pergi masuk kelas kalau tak duduk sini sampai balik. "

"Nanti boleh hantarkan saya balik? " soal ku lagi.

Dapat dilihat Sunghoon menarik nafasnya dengan dalam sebelum mengangguk. Mungkin dia sedang bersabar dengan karenahku. Nak buat macam mana oppa, semuanya sebab idola kesayangan saya oppa jadi macam ni.

"Gomawo oppa! " ceria aku mengucapkan terima kasih.

Day 06—

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Day 06—

"Woah Han Jaerim apsal kau sengih-sengih hari ni. Risau aku semalam Sunghoon sunbae kata kau ada dekat bilik rawatan. "

Aku mengenyitkan mataku ke arah Luna.

"Tak sia-sia aku sakit semalam. Dah dua hari Sunghoon hantar aku balik rumah. "

Terbeliak biji mata Luna mendengar kata-kataku. Dia mungkin tidak percaya bahawa lelaki ais itu akan menghantar kawannya ini balik ke rumah.

"Daebak! " Luna menepuk kedua tangannya dengan teruja.

"Macam mana kau boleh buat dia—"

"Caranya sangat mudah. Kau hanya perlu menagih simpati. Buat dia berfikir tak ada siapa yang akan tolong kau melainkan dia. " jawabku dengan bangga.

"Nampaknya ada juga perubahan putera ais tu. Ingat beku sangat sampai susah nak dicairkan tapi apabila berhadapan dengan Jaerim lima hari sudah nampak dia sedang mencair. "

Aku hanya tersenyum sinis mendengar pujian Luna. Datanglah seribu lelaki sekalipun, dia pasti akan membuatkan seribu lelaki tersebut jatuh padanya.

Kerana dia seorang pemusnah hati!

[C] Ice Prince Where stories live. Discover now