4 ; Untold Legend

95 23 27
                                    

" Cikgu. Cikgu pernah dengar tak cerita istana terbiar yang ada dekat tepi jalan tu? "

Terus terhenti tugas Keira yang sedang menanda buku-buku pelajar itu. Dia mendongak, memandang ke arah budak lelaki yang berusia enam tahun itu. Sunwoo dan Younghoon.

" Cerita apa? "

Soal Keira berminat. Sudah lama dia tertanya-tanya akannya. Nak tanya Irene, tapi gadis itu terus mengubah topik perbualan setiap kali dia bertanya.

" Dulu kan, ada raja dengan permaisuri pernah duduk situ. Dia orang jahat sangat. Suka bunuh orang sesuka hati, ambil duit rakyat. Tapi satu hari tu... "

Younghoon menggantungkan ayatnya. Membuatkan Keira penasaran, ingin mengetahui cerita yang seterusnya.

" Semua dalam istana tu kena bunuh. Raja dengan permaisuri, termasuklah pekerja istana. " Sambung Sunwoo. Mata Keira membulat.

" Dibunuh? "

Kedua-duanya mengangguk serentak.

" Iya! Ada makhluk penghisap darah yang bunuh dia orang! Mayat pun hilang entah ke mana. "

" Orang yang masuk situ untuk cari mayat-mayat penghuni istana tu pun hilang. Sejak daripada tu, tak ada siapa pun yang berani masuk dalam istana tu. Takut hilang. "

Tiba-tiba suara lantang guru yang memanggil murid untuk berkumpul kedengaran.

" Okaylah. Bye cikgu. Cikgu hati-hati tau. Dan yang paling penting... "

Keira agak terkejut apabila wajah comel budak Sunwoo itu berubah serius secara tiba-tiba.

" Jangan percayakan sesiapa. "

Terus dua budak itu berlalu pergi, meninggalkan Keira dalam keadaan terpinga-pinga.

Patutkah dia mempercayai cerita yang disampaikan mereka berdua? Biasalah bidak-budak. Mungkin cerita tadi direka ataupun hanya sekadar imaginasi mereka semata-mata.

Tapi, cara mereka bercerita tadi... Langsung tidak menunjukkan bahawa mereka main-main.

- - - -

Di sebalik kekusutan yang melanda Keira, ada 'sesuatu' yang meraikannya. Gembira apabila gadis itu akhirnya sudah mulai sedar akan kewujudan 'mereka'.

" Dia dah tahu. So, what's the next step? " Jejaka dengan pakaian serba hitam itu tersenyum sinis. Cecair merah pekat yang berada di dalam gelas wine itu disisip sedikit untuk membasahkan tekak.

Oh tidak. Cecair merah yang dimaksudkan bukanlah champagne, wine atau cecair memabukkan yang lain.

Sebaliknya ia adalah darah manusia.

" Next step what? Just take her tonight, can't we? Don't you know how much I'm craving for her body, her blood... "

Lelaki seterusnya menjilat bibirnya sendiri. Oh, memikirkan tentang gadis Keira itu saja sudah mampu untuk membuatkan dia khayal. Apatah lagi jika gadis itu sudah menjadi hak milik 'mereka' nanti-

" Be patient. Di mana keseronokkannya kalau kita tangkap macam tu je? Let's play with her a little bit. Corrupt her mind... Until she forgot her own God. "

" And all she can remember is just us. " Seorang lagi lelaki menyampuk.

Kelapan-lapan lelaki yang berada di sini hanya rersenyum sinis. Merancang pelbagai muslihat dan tipu helah...

Agar gadis itu jatuh ke tangan mereka.

" Let's start the game, bae. "



《SU》SINNER | 에이티즈 Where stories live. Discover now