18 ; Deceiving Voice

48 5 0
                                    

Bangun saja daripada tidurnya yang lena, Keira berada di satu tempat yang dia juga tidak pernah melihatnya.

Keseluruhan Bilik itu berwarna merah... Seperti darah. Di dalam bilik itu terdapat hanya satu lorong. Keira menelan air liurnya payah. Bulu romanya menegak dan jantungnya berdegup laju. Dia berasa tidak sedap hati mengenai bilik ini.

Tapi, mahu tidak mahu dia terpaksa juga melalui lorong itu. Mungkin itu saja jalan untuk keluar daripada bilik ini.

Dia berjalan menelusuri lorong yang semakin lama semakin sempit. Bukan itu saja, Keira juga dapat menangkap bau hanyir... Seperti bau mayat mereput.

Akhirnya, di hujung lorong itu terdapat satu pintu. Lantas tombol pintu itu dipulas.

Sebaik saja pintu itu dibuka, Keira dapat menangkap bunyi tanggisan seseorang yang bergema di dalam bilik itu.

Hampir tercabut jantungnya apabila ada wanita yang berpakaian serba putih sedang menangis di tengah-tengah bilik. Keira tidak dapat melihat wajahnya kerana wanita itu duduk dalam keadaan meringkuk.

Pada mulanya Keira tidak berani hendak menegur. Namun, suara tanggisan yang kedengaran sayu itu agak familiar pada pendengarannya.

" Irene? "

Kini barulah Keira berani hendak menegur apabila menyedari bahawa pemilik suara itu ialah Irene. Perlahan dia menapak ke arah Irene yang sedang menangis itu.

Secara tiba-tiba, wanita yang dianggap Irene itu senyap. Tiada lagi tanggisan yang bergema kedengaran.

Dengan perlahan Keira mendekati gadis itu. Tangannya menyentuh bahu Irene perlahan.

" Irene- "

Tiba-tiba gadis itu menjerit membuatkan Keira terkejut lalu tanpa sengaja jatuh terduduk.

Gadis itu bangun lalu berpaling ke belakang. Keira menekup mulutnya rapat. Air mata secara tak langsung bergenang di tubir mata. Dia cuba mengesot ke belakang untuk menjauhi wanita tersebut.

Pemandangan yang tersaji di hadapannya kini sungguhlah ngeri. Irene berdiri di situ... Dengan mukanya yang kelihatan seperti dirobek sehingga menampak daging. Sebelah matanya hilang dan lidahnya yang terbelah dua terjelir keluar.

Tidak cukup dengan itu, kulit di bahagian betisnya disiat sehingga menampakkan tulang femur yang retak. Pakaiannya yang putih, berubah merah disebabkan darah yang mengalir deras.

Pemandangan yang begitu mengerikan sehingga membuatkan Keira ingin muntah melihatnya.

Lebih mengejutkan apabila 'makhluk itu mencengkam bahunya kasar, membuatkan Keira seriau. Bau hanyir darah dan bau mayat reput menusuk hidung.

" K... Keluar... Keluar.. D-Dari... Sini... "

'Irene' berkata dengan suara garaunya.

Tiba-tiba dia menggoncang bahu Keira dengan ganasnya.

" KAU KENA LARI!! "

" KAU KENA BERAMBUS DARI NERAKA TU! "



" HAAHHH! "

Akhirnya Keira terjaga daripada mimpi buruknya.

Keira seperti mengalami tachycardia. Degupan jantungnya begitu laju, terdapat beberapa titik peluh di kawasan dahinya. Air matanya deras menuruni pipi.

Semuanya... Terasa seperti sangat nyata. Dia masih dapat merasakan cengkaman kuat 'Irene' pada bahunya.

Tidak mungkinlah Irene sudah mati- Bukan?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

《SU》SINNER | 에이티즈 Where stories live. Discover now