6 ; He's The Danger

116 24 20
                                    

Lelaki kacak di dalam mimpi... Menandakan bahawa ada syaitan sedang memerhatikan anda ketika tidur.

Hal ini kerana syaitan mempunyai paras rupa yang lebih menarik daripada sang malaikat untuk menggoda manusia-manusia agar menuju ke lembah dosa.

Itulah apa yang neneknya selalu berpesan.

Sekarang, Keira nampak dengan mata kepalanya sendiri.

Setiap kali dia bersiar-siar di taman, akan ada seorang lelaki yang memerhatikannya dari jauh. Pada mulanya Keira tidak mengendahkan kehadirannya.

Tapi apabila kejadian itu sudah berlaku tiga hari berturut-turut... Gadis itu membuat keputusan untuk mendekatinya.

Buat pertama kalinya, dia melanggar pantang larang neneknya agar tidak mendekati mana-mana lelaki di alam mimpi.

" Awak siapa? "

Dengan beraninya dia menyoal lelaki itu. Sudah lama dia tertanya-tanya akan idrntiti si dia. Malangnya, Keira tidak dapat melihat keseluruhan wajahnya kerana ditutup dengan mask hitam.

Jejaka itu tidak membalas. Sebaliknya, dia hanya merenung tajam ke arah Keira. Pandangan mereka akhirnya bertaut.

" If I told you who am I, would you be scared? "

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

" If I told you who am I, would you be scared? "

Suara garau yang keluar dari mulut si jejaka misteri sedikit sebanyak membuatkan Keira merinding.

" Why should I? "

Lelaki itu terus tertawa kecil mendengar soalan itu.

Dia... Ialah ketakutan manusia. Semua manusia di muka bumi ini tunduk padanya, gerun akannya. Bahkan ada yang menyembahnya. Menganggapnya sebagai tuhan kerana mempunyai kuasa.

Namun gadis di hadapannya ini? Dengan beraninya berbicara dengannya. Memandang ke arahnya dengan wajah sepolos itu.

Comel.

Gadis polos dan suci sememangnya comel. Membuatkan semangat lelaki itu untuk 'mengotorkan' kesucian yang ada padanya itu... Kian berkobar-kobar.

" Of course you should, kitty. I'm not like you. We're totally different... "

Keira terkedu dengan tindakan lelaki itu yang secara tiba-tiba saja menolak badannya agar bersandar pada sebatang pokok rendang yang berada di situ. Jarak muka mereka hanya beberapa inci. Menyebabkan pipi wanita itu berona merah.

" I am dangerous. I can be your worst nightmare. I can corrupt that pure mind of yours with unholy thoughts. I can touch you whenever I want. "

Keira tidak nampak, tapi dia dapat merasakan bahawa lelaki itu sedang tersenyum sinis di sebalik mask yang dipakainya.

Masing-masing senyap. Memandang antara satu sama lain tanpa bersuara. Keira begitu leka merenung ke arah iris si dia. Gabungan antara warna merah dan biru. Sungguh menawan.

Dengan perlahan tangan Keira mendekat, untuk mencabut topeng yang telah menutup separuh daripada wajah jejaka tersebut. Entah apa yang merasukinya. Dia teringin sangat untuk melihat rupa parasnya.

Namun belum sempat tangannya mencabut mask yang dipakainya, lelaki itu terlebih dahulu memegang lengannya. Seperti menghalang Keira daripada berbuat demikian.

" Close your eyes. Don't open it until I tell you to. "

Pada mulanya Keira agak pelik dengan arahan lelaki itu. Tapi dia hanya menurut. Matanya dipejam rapat sebelum...

Dia dapat rasa seulas bibir menempel pada bibirnya. Keira kaget. Dia ingin membuka mata. Namun lelaki itu seperti tahu akan tindakan yang seterusnya. Lantas mata Keira ditutup dengan tapak tangannya. Ciuman itu diteruskan.

" Park Seonghwa... Please, remember that name."

Keira hanya membisu. Masih keliru dengan apa yang berlaku. Sehinggalah... Jejaka itu menurunkan tangannya.



" Now open your eyes. "



Lantas Keira membuka matanya. Tak, dia bukan berada di taman itu lagi.

Dia kini berada di dalam biliknya. Lelaki yang bertopeng itu juga sudah lesap entah ke mana. Menyedarkan Keira bahawa semua yang berlaku tadi... Hanyalah mainan tidurnya semata-mata.

Tapi... Kenapa semuanya terasa seperti benar-benar berlaku?

Bibirnya tadi disentuh. Ini kali pertama bibirnya dikucup oleh seseorang. Lelaki yang bernama Park Seonghwa itu... Biarpun hanya berlaku di alam mimpi, ianya terasa begitu realistik.

Mukanya diraup dengan frustasi. Dia tahu ini bukannya mimpi sembarangan. Pasti ada makna di sebaliknya sehinggakan dia kerap mendapat mimpi sebegitu.

Keira terus bangun dari katilnya. Dia menuju ke arah cermin. Namun... Refleksi dirinya pada cermin itu mengejutkannya.

Kesan lebam pada lengannya bertambah banyak. Bukan setakat lengan, malah di bahagian pahanya juga.

" Ish, macam mana boleh jadi macam ni? "

Sungguh. Tiada penjelasan yang logik di sebalik semua ini. Keira menjaga kesihtannya dengan baik. Doktor juga telah mengesahkan bahawa tidak ada apa-apa yang abnormal pada badannya.

Namun ada satu perkara yang bermain-main di fikiran gadis itu sekarang. Setiap kali dia bermimpi tentang lelaki itu... Kesan lebam ini akan muncul.

Adakah semuanya saling berkait?



《SU》SINNER | 에이티즈 Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz