16 ; The Letter

39 4 0
                                    

" Hah.. Hah..! "

Nafas wanita itu tercungap-cungap setelah berlari jauh ke dalam hutan. Dia membuat keputusan untuk bersembunyi di belakang pokok buat seketika bagi mengambil nafasnya.

Sesekali dia memandang ke arah bayinya yang sedang tidur dalam dukungannya. Dia tersenyum kecil apabila melihat wajah bayi itu. Dia sudah bertekad.

Walau apa pun yang berlaku, dia akan melindungi bayi ini seperti nyawanya sendiri. Oleh sebab itu, dia tidak boleh membiarkan lelaki itu mengetahui keberadaannya-

" Get out, whore. You can't hide from me. I can smell you. "

Suara garau seorang lelaki kedengaran membuatkan jantung wanita bagaikan terhenti buat seketika. Dia terlalu panik sehingga tidak dapat berfikir panjang. Lantas dia berlari sekuat hati untuk meninggalkan tempat itu.

Namun lariannya terhenti apabila... Lelaki itu muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Wanita itu jatuh tersungkur ke tanah lalu mengesot ke belakang apabila jejaka itu mendekatinnya dengan seringai sinis...

Menampakkan gigi taring tajamnya yang tersusun rapi.

" P-Please... I-I'm begging you... D-don't kill m-me... " Wanita itu memohon dengan bibirnya yang terketar-ketar.

" Oh, honey. It would be more easier if you listen to me at the first place. But look at you now. Kau rasa kau boleh lari dari aku, hm? " Ujar lelaki itu. Iris merahnya tajam menikam wajah gadis di hadapannya itu. Terutamanya...

Bayi yang berada dalam dukungannya.

" Ah, tapi aku boleh bagi kau peluang terakhir. " Dia berkata lagi.

" Give me that baby and I will let you go. "

Wanita itu menggeletar ketakutan. Dia menatap wajah bayi perempuannya itu. Sanggupkah dia menggadaikan anaknya sendiri demi melepaskan diri daripada lelaki di hadapannya ini?

" N-No... Aku takkan sesekali biarkan kau sentuh anak aku. "

Jejaka itu hanya tertawa saja dengan pernyataannya.

" Sayang betul. Aku dah bagi peluang, but you're not using it properly hm? "

Pandangan jejaka itu menggelap secara total. Iris ungunya sudah bertukar kepada warna merah. Dia tersengih. Sengaja mahu menunjukkan barisan gigi tajamnya yang bersiap sedia untuk meratah si mangsa.

" I WANT that baby. And in order to get it, I just have to kill you. It's not that hard, huh? "

Dengan kelajuan luar biasa, lelaki itu sudah berada betul-betul di hadapannya. Dia terus mencekik wanita itu sekuat hati.

" A-AH.. HAHH-AH..." Wajah wanita tersebut sudah berubah biru. Dia kehilangan nafas apabila cekikan itu menghalang oksigen daeipada memasuki sistem pernafasannya.

" AHAHAHAHAHA HAHAHAHA! DIE BITCH! "

Dan Keira akhirnya terbangun.

Nafasnya menderu laju, manik-manik peluh mula membasahi dahinya. Keira menghela nafasnya berat. Mukanya diraup perlahan.

Mimpinya kali ini sungguh pelik dan ngeri.

Memang kebelakangan ini dia sudah banyak kali menerima mimpi yang aneh-aneh sebegini. Tapi mimpi yang dia terima kali ini semakin pelik...

Dan kelihatan seperti benar-banar berlaku.

Keira bangun daripada katilnya. Ingin membersihkan diri kerana badannya berbau seperti alkohol.

《SU》SINNER | 에이티즈 Where stories live. Discover now