10 ; Earned It

126 22 15
                                    

" Mama... "

Irene terus berpaling apabila terdengar suara kanak-kanak yang begitu familiar itu.

" Jieun... "

Benar... Itu anak perempuannya. Kelihatan begitu selesa berada dalam dukungan lelaki berwajah pucat itu. Baru sahaja Irene ingin menuju ke arahnya, ada seseorang memegang lengannya. Cuba untuk menghalang Irene daripada mendekati budak kecil itu.

" Lepas, Park Seonghwa. " Irene mendengus geram. Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman nipis.

" Don't you think you're a bit selfish? Dia bukan anak kau seorang, Joohyun. She's our daughter too. Kau nak menidakkan kebenaran? " Sinis sekali Seonghwa berbicara.

" We're his fathers. Not the bastard that you're married to. "

Lelaki yang dia kenali sebagai Yeosang itu menambah. Sesekali tangannya mencubit perlahan pipi gebu Jieun yang berada dalam dukungannya. Anak gadis itu tersenyum. Seperti suka apabila Yeosang berbuat begitu.

" Kita dah ada perjanjian bukan? You promised to let me and my child go if I sold my soul! "

" Aww, jangan buat-buat tak tahu. Yes, kita ada perjanjian. But what did you do after you married? Kau... Kurung kami semua dalam rumah ni. For two years, sweety. "

Kata-kata Hongjoong akhirnya membuatkan gadis terdiam. Bibirnya diketap. Kisah silamnya kembali menerjah ruang ingatan.

Ya. Bae Irene, atau nama sebenarnya Bae Joohyun... Telah melakukan satu kekhilafan yang membuatkan dia kesal sehingga kini.

Dua tahun lalu, Joohyun merupakan seorang gadis naif yang begitu taasub akan lagenda mitos seperti kewujudan vampire. Joohyun sanggup mencari makhluk itu di merata tempat semata-mata untuk membuktikan kewujudan mereka. Ibu bapanya juga sudah menganggapnya gila kerana ini.

Sehinggalah suatu hari... Joohyun akhirnya berjumpa dengan mereka. Ya, lapan jejaka yang kelihatan seperti manusia biasa tapi sebenarnya bukan. Wajah pucat, gigi taringnya yang panjang dan... Penghisap darah manusia.

Dan tanpa memikirkan akibatnya terlebih dahulu, Joohyun secara membuta tuli menjalinkan hubungan persahabatan bersama mereka semata-mata untuk mengkaji tentang mereka.

Hubungan persahabatan, akhirnya dinaiktaraf menjadi hubungan percintaan. Ya, Joohyun sudah gila. Dia telah menjadi kekasih kepada lapan orang jejaka penghisap darah.

Pada mulanya semua berjalan dengan lancar. Joohyun mula menganggap bahawa hubungan di antara mereka dengan dengannya adalah cinta. Joohyun sanggup buat apa sahaja demi mereka. Malah dia juga rela darahnya dijadikan santapan mereka berlapan... Semata-mata ingin memenuhi keinginan mereka.

Namun akhirnya Joohyun sedar bahawa itu bukannya cinta. Ya, dia telah dipermainkan. Dirinya sudah jatuh ke dalam jerat mereka. Makhluk-makhluk itu... Sebenarnya sedang mengambil kesempatan ke atas dirinya dalam diam.

Ketika itu, kehilangan gadis perawan di kampung mereka kian meningkat. Namun akhirnya, kesemua gadis yang hilang itu ditemui satu persatu dalam keadaan yang ngeri. Wajah mereka pucat, mata mereka terbelalak dan badan mereka kurus... Seperti darah mereka sudah disedut sehingga ke titisan yang terakhir.

Pelakunya tidak lain tidak bukan... Sudah semestinya lapan makhluk itu. Joohyun sudah memberikan amaran. Namun syaitan tetaplah syaitan. Mereka makhluk yang keras kepala dan tidak suka mengikut arahan.

Akhirnya, kesabaran Joohyun telah sampai ke penghujungnya. Tidak pernah dia menyangka... Bahawa ibu bapanya sendiri akan turut menjadi mangsa kerakusan mereka.

Pada malam yang kelam itu, mereka bergaduh besar. Joohyun telah membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan toksik yang dijalinkan di antara mereka.

Tapi siapa sangka... Keputusan Joohyun itu akhirnya memakan diri sendiri. Pada hari itu, Joohyun telah diperkosa beramai-ramai. Kesucian diri yang bertahun-tahun dijaganya, punah dalam masa satu malam sahaja. Jeritan, pekikan dan tanggisan... Semuanya bergema di dalam istana yang menjadi saksi pemerkosaan kejam itu.

Gadis itu berasa jijik. Dia jijik dengan dirinya sendiri. Dan kehadiran satu nyawa baru di dalam perutnya itu... Semakin mengeruhkan keadaan. Ya, dia akhirnya mengandung.

Dipendekkan cerita, setelah bayi perempuan yang diberi nama Jieun itu lahir, Joohyun membuat keputusan untuk membawa anak dan juga dirinya jauh daripada mereka. Dia tahu Jieun takkan selamat berada berdekatan dengan mereka. Walaupun mereka ialah ayah kandungnya.

Joohyun bernasib baik apabila mereka semua bersetuju untuk melepaskannya... Dengan satu syarat.

Wanita itu perlu menjual jiwanya kepada mereka.

Gadis itu sudah terdesak, jadi dia bersetuju. Perjanjian itu termeterai. Dia berjaya melepaskan diri daripada jejaka-jejaka itu.

Lebih kurang seminggu dia tinggal berduaan bersama anaknya yang masih kecil... Sebelum ada seorang lelaki yang hadir ke dalam kehidupannya. Mengaku bahawa dia menyukai Joohyun dan ingin berkahwin dengannya. Malah dia sanggup menjadi bapa tiri kepada Jieun.

Mereka akhirnya berkahwin. Joohyun menceritakan semua yang berlaku kepada suaminya. Secara kebetulan, suaminya itu merupakan seorang paderi yang begitu patuh pada ajaran agama.

Suaminya membuat keputusan untuk 'memagar' istana itu dan mengurung mereka semua di dalam. Ayat-ayat suci dibaca dan dipagar sekeliling istana tersebut.

Nampaknya cara itu berkesan apabila makhluk tersebut tidak lagi keluar daripada istana itu. Joohyun menukar namanya kepada Bae Irene untuk melupakan segala kisah silamnya itu dan membina kehidupan baru.

Namun tidak dia menyangka setelah dua tahun lamanya...





Mereka akhirnya terlepas.







《SU》SINNER | 에이티즈 Where stories live. Discover now