17 ; Fallen Angel

49 5 0
                                    

" Mana cikgu Irene eh? "

" Cikgu Irene bukan dah pindah ke? "

" Ish, bukanlah. Kau orang tahu tak, mak kita cakap, cikgu Irene dah kena sorok dengan syaitan! "

" Eh?! Tipulah. Tak baik tau takutkan orang. "

" Betullah. Takkan mak kita nak tipu pulak? Ramai dah orang cakap, cikgu Irene tu sebenarnya main ilmu hitam! Ha, sebab tu semua syaitan suka dekat dia. "

" Haahlah. Mak kita pun cakap macam tu. "

Panas pula telinga Keira apabila mendengar gosip-gosip yang datangnya daripada mulut anak-anak muridnya sendiri. Tak, dia tak menyalahkan anak muridnya kerana kebanyakan daripada mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Tapi Keira menyalahkan ibu bapa mereka. Perlukah mereka memberitahu tentang perkara dahsyat begitu kepada anak-anak mereka?

Kalau ya pun bencikan Irene, tak perlulah sampai memburukkan nama dia dengan menuduhnya macam-macam.

Tapi kalau betullah Irene buat perkara terkutuk itu, perlukah mereka menguar-uarkan kekhilafannya macam nak bagi satu kampung tahu?

" Excuse me? "

Keira lantas berpaling apabila bahunya dicuit daripada belakang.

" Yes? Can I help you, sir? "

Soal Keira. Dia mengagak bahawa lelaki di depannya itu mungkin bapa kepada salah seorang murid di tadika ini. Tapi jika diteliti mukanya, dia kelihatan terlalu muda pula untuk memegang gelaran bapa.

" Jung Keira? Am I right? "

Keira mengerutkan dahinya sebelum mengangguk. Membuatkan lelaki itu tersenyum ramah.

Nice to meet you, saya Lee Heesung."

" Saya ganti Irene. "

Membulat mata Keira apabila mendengar pernyataan jejaka itu.

" Oh, have a seat. I'm sorry. Saya tak tahu pula ada orang akan ganti Irene."

Heesung masih dengan senyuman ramahnya, mengambil tempat di depan Keira.

" Nah, it's okay. Saya yang kena minta maaf. Sepatutnya saya datang pagi tadi tapi saya baru sampai sekarang sebab tadi ada hal kena uruskan. Mesti susahkan nak handle budak-budak ni berseorangan? "

Keira tertawa kecil. " I'm good. Lagipun budak-budak ni behave. "

Heesung tersenyum kecil. " By the way Keira. Awak orang baru dekat sini kan? How's your life here? Seronok? "

Keira teragak-agak untuk menjawab persoalan itu. Dia juga tidak pasti sama ada dia seronok atau tidak tinggal di sini. Ya, pada mulanya memang dia teruja. Tapi mengenangkan peristiwa-peristiwa pelik yang mula menimpanya semenjak dia berpindah ke sini, Keira juga keliru.

" Of course. " Keira tersenyum kelat. Dia hanya menjawab agar tidak menimbulkan rasa sangsi dalam diri lelaki itu.

" Tak takut? "

" Maksud awak? "

Heesung merenung ke arahnya buat beberapa saat sebelum melontarkan senyuman pahit.

" Saya yakin awak pernah dengar gosip-gosip daripada orang-orang dekat sini kan? Well, fasal ilmu hitam, sumpahan istana... "

" Dan makhluk penghisap darah...? "

Keira menelan air liurnya sendiri sebelum mengangguk. Sudah semestinya dia tahu. Lagi-lagi apabila cerita-cerita sebegitu sentiasa menjadi buah mulut penduduk kampung.

《SU》SINNER | 에이티즈 Where stories live. Discover now