zombie | gempa

288 25 17
                                    


Assalamualaikum semua!

Seperti yang anda tahu, saya akan buat buku Boboiboy oneshot disini. Ada yang direquest orang, dan ada yang mungkin saya buat suka-suka je hehe.

Jadi kalau korang nak request cerita, boleh request disini ya?

Tapi ada syarat-syaratnya, jangan request cerita yang berunsur LGBT atau 18+ okey? Kalau nak cerita cinta genderbend, atau pun tah apa apa, boleh bagitau mana satu perempuan mana satu lelaki. OwO

Dan saya akan limit jika full okey? Tengok status kat des UwU

Terima kasih, dan maaf kalau saya lambat buat untuk korang ^^

Sekian, itu saja dari saya.


Req by: SanPaDonesulo

: 'Zombie'





''Arghh!''

Punggung Gempa terhentak kuat pada dinding. Dia meringis kesakitan sebelum memandang beberapa zombi dihadapannya. Argh, dia tak kuat nak melawan orang-orang dengan badan mereput tu!

Bukan saja fizikalnya kian melemah, malah mentalnya sekali. Ahli keluarga dan kesemua rakannya semua telah diserang oleh zombi dan hanya tersisa dia seorang saja manusia disitu.

Tidak... dia tak yakin yang dia akan mengalah. Dia kena hadapi dan lawan zombi-zombi durjana tu!

Tapi apakah daya, badannya telah pun cedera teruk. Mana mungkin dia dapat menangani zombi-zmbi dihadapan yang memandangnya dengan tatapan lapar. Kalau boleh, rasa nak sepak je muka hodoh diorang. Haih, sabar jelah Gempa.

''Grawrrr... grawwwrr..''

Kedengaran deraman lapar keluar dari mulut salah satu zombi yang berkerumun dekat dengan Gempa. Gempa pula mengundurkan langkah, tapi malang apabila badannya terbentur semula pada dinding. Bermakna, sekarang dia berada di jalan mati.

Zombi-zombi itu mula mendekati Gempa dengan perlahan, tapi ganas. Gempa pasrah, mengetahui bahawa ajalnya akan tiba.

''Ya Allah, aku berlindung pada mu...'' ucap Gempa menitiskan air mata.

Namun, tiba-tiba ada satu tangan menarik tangan kirinya, mengeluarkan dirinya dari kerumunan ramai zombi-zombi itu. Gempa kaget, tapi membiarkan saja.

Dia bersyukur kerana dirinya terselamat lagi dari bahaman 'mereka'. Terasa seperti ada cahaya matahari menyinari cuaca mendung yang diliputi awan-awan tebal.

Tetapi tak semestinya akan berjaya, apabila empunya tangan yang menarik tangan Gempa tadi terjatuh di dalam lubang parit yang besar.

Gempa tercongo seketika.

Krik krik.

Krik krik.


TAMAT

lol [ boboiboy oneshoots ]Where stories live. Discover now