mimpi | thornxreader

94 14 23
                                    


Req byChi_chiru3

: 'Mimpi'





[ Perpustakaan Sekolah Pulau Rintis : 4:00 p.m ]


''Err... Yn, boleh Thorn duduk kat sini?''

Yn yang sedang menelaah bahan bacaan, tersentak sebaik mendengar suara yang tiba-tiba muncul dibelakangnya itu. Lantas wajahnya dialih, memandang tepat seorang jejaka comel plus tampan beriris hijau daun yang sedang memegang beberapa buah buku.

Yn memandang segenap ruang di dalam perpustakaan, sebelum menganggukkan kepala tanda bersetuju. Nasiblah masih ada beberapa orang pelajar disini, jadi tidaklah dia dituduh berdua-duaan bersama jejaka itu!

''Oh, tentulah boleh. Tapi....'' ayat Yn terhenti sebelum matanya menunjuk ke arah satu kerusi yang bersebelahan dengan kerusi disebelahnya. ''Boleh tak kau duduk kat kerusi sebelah tu? Aku tak selesalah kalau dekat sangat.''

Seekan memahami, Thorn pantas mengambil tempatnya disebelah kerusi yang berkedudukan disebelah Yn. 

''Sorrylah kalau buat Yn tak selesa.'' ucap jejaka itu, tersenyum manis. Ya, dialah Thorn. Seorang pelajar yang sering saja menjadi bualan mulut orang kerana kecomelannya dan kepintaran yang dimiliki.

Insecure pulak Yn dibuatnya.

''Haha it's okay, bro.'' ucap Yn sebelum membelek kembali buku didalam genggaman tangannya. Dari tadi hatinya sedikit berdebar  selepas kedatangan Thorn, adakah ini dinamakan cinta...? Plakk//

''Emm Yn.'' panggil Thorn disebelah. Yn pantas mengangkat wajah.

''Apa?''

''Err... takde apalah.'' balas Thorn sambil menggigit bibir. Dia kembali memandang layar telefon yang terletak elok atas meja.

Yn sekadar menjongketkan alis kening, sebelum membaca semula bukunya.

''Yn...'' sekali lagi suara halus itu memanggilnya. Tapi nasib jelah kesabaran Yn masih ada hadnya.

''Ye Thorn?'' 

''Ehh tak ada apalah.'' Thorn memainkan dua jarinya, sebelum memandang ke hadapan semula. Yn pula mendengus sebal, dah pehal pujaan hatinya itu? Plakk//

Buku yang berada dipegangan Yn diletakkan semula ke dalam rak, sebelum tangannya lincah mencari bahan bacaan baharu. Setelah menemui buku yang diingini, terus dia melabuhkan punggungnya bersebelahan-- dua meter dari Thorn.

''Yn....''

''YES? APA LAGI NI?!'' kali ini suara Yn kedengaran menderam marah.

''Tak jadilah...'' Thorn menunduk ke bawah, tidak berani bertentangan mata dengan gadis disebelah.

Haih! Sabar jelah Yn dibuatnya oii... Yn pun terus menegakkan badan, bertekad tidak akan menyahut apa-apa panggilan dari jejaka idamannya itu. Wait, idaman?



[ Perpustakaan Sekolah Pulau Rintis : 6:00 p.m ]


''Akhirnya... selesai pun projek Thorn!'' ucap Thorn ceria, sebelum mengalihkan pandangannya dari laptop dihadapan ke wajah Yn yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi.

What? Perempuan ni tidur rupanya? Patutlah takde suara langsung!

Kerana hari hampir lewat, Thorn segera memasukkan beberapa bahan yang dibawa ke dalam beg galasnya. Sebab syok sangat buat projek, sampaikan dia tak sedar hari hampir senja. Nasiblah tadi dia sempat menunaikan solat Asar.

''Yn... bangun...'' ucap Thorn sambil memandang tepat wajah Yn yang masih terbuai mimpi indahnya. Ikutkan hati, mahu saja Thorn menggoyangkan bahu si gadis yang masih terlena, tapi dia masih tahu apa itu ikhtilat.

''....'' 

Tiada balasan dari Yn. Thorn tidak berputus asa, mencucuk pipi Yn menggunakan mekanikal pen miliknya.

''Bangunlah Yn....''

''Uuuu....'' kali ini, ada balasan dari Yn, tetapi selang beberapa saat saja, dia kembali terlelap. 

''Ynnnn...!'' pekik Thorn geram. Apa liat sangat si Yn ni nak bangun?

''Hmm... mamaaaa... jangan ganggu Yn tidur....'' ngongoi Yn yang masih mamai.

''Ynnn, Thorn bukan mama Yn!''

Yn masih juga dalam mamainya. ''Thorn? Oh itu Mama... bakal menantu mama... ye, Yn suka sangat kat Thorn maa... Yn nak kahwin dengan dia...'' racaunya tidak jelas.

Thorn tertegun sebaik mendengar kata-kata si Yn itu. Wajahnya jelas dalam kebingungan, sebelum telefon dicapai lalu didail nombor seseorang.

''Assalamualaikum Thorn! Ha, apesal kamu telefon mak tiba-tiba ni? Mengigau ke?''

''Waalaikumusalam. Mak, malam ni Thorn akan balik kampung! Kali ni Thorn bawa bakal menantu mak sekali!'' ucap Thorn teruja.

''Ha? Okey, roger! Malam ni juga Mak akan siapkan rombongan meminang!''

''Cun!''


TAMAT

lol [ boboiboy oneshoots ]Where stories live. Discover now