jodoh | bbbxreader

149 15 14
                                    





Req by: BoyNis

: 'Jodoh'

Boboiboy x Panas Baran!Reader


''Alamak! Aku dah lambat nak ke sana!'' ucap seorang gadis bertudung shawl labuh, yang sedang berlari anak menuju ke satu tempat.

Ya, dialah Yn. Seorang gadis yang boleh tergolong antara perempuan paling 'hot' disitu, sesuai dengan perangai panas barannya.

Sekarang, kakinya asyik melangkah sehingga tak menyedari ada seseorang dihadapan. Alhasilnya, dia dan orang itu saling berlanggaran, lalu membuatkan kedua mereka sama-sama terjelopok jatuh.

''Arghh!'' 

''Ah, maaf cik! Saya tak nampak cik tadi sebab saya nak cepat!'' ucap orang itu. And of course lah dia lelaki.

Yn yang sememangnya jenis mudah marah, mula melenting. Walhal salah dia yang tak tengok hadapan, pastu nak salahkan orang lain pulak. Alahaii...

''Kau ni buta ke apa? Takkanlah nak cepat sampai tak tengok depan?!'' amuk Yn.

Orang dilanggarnya yang memakai topi dino oren, terbeliak biji mata apabila ditengking sebegitu. Wow, first time dia jumpa orang macam ni! Dah tak sengaja, maafkan jelah!

''Kau pulak? Takkanlah tak nampak aku kat depan? Kau pun buta jugak ke?'' soal lelaki itu, tidak kalah sinisnya. Buatkan api yang membara di hati Yn semakin tercabar!

''Berani kau menjawab balik apa yang aku cakap?!'' tempelaknya, geram.

''Kau juga yang mulakan. Apa? Salah ke? Kut-kut nanti aku yang jadi suami kau, kau pulak yang diharamkan menjawab sesuka hati kau! Baru kau tahu!'' ucap lelaki itu tersengih sinis.

Yn mengerutkan dahi. ''Eh siapa pulak nak dengan lelaki dayus macam kau?! Mesti malangkan siapa jadi isteri kau tu?'' sekali lagi dia membuat nada mengejek.

Lelaki itu tidak mahu melengahkan masa, terus meninggalkan Yn berseorangan disitu. Makin lama makin menjadi-jadi baran gadis itu! Huh!

Yn yang ditinggalkan terus menahan rasa marahnya yang kian meluap-luap. 

'Jagalah engkau, lelaki dino oren!'


------------------


Terpaksalah Yn menambang teksi kerana jarak diantara dirinya dengan tempat yang hendak dituju kira-kira satu kilometer. Sesampainya dia tempat yang dituju...

''Kenapa mama suruh aku pergi ke rumah ni?'' soal Yn pelik, namun meneruskan langkahnya mendekati rumah banglo tiga tingkat itu.

''Assalamualaikum...'' ucapnya.

Kedengaran sahutan salam orang di dalam rumah mewah tersebut.

''Waalaikumusalam... ha, sampai pun kamu. Ha, nilah Yn. Anak dara kitorang.'' ucap mak Yn lalu merangkul kedua bahu Yn. Dia memperkenalkan anak perempuannya itu kepada rakan sekelasnya di sekolah lama dulu.

''Wah, nilah Yn ye? Cantik!'' balas rakan mak Yn, Puan Mara. Dia dengan senang hatinya menyambut huluran tangan Yn dengan pakej senyuman ceria.

''Ha, dah ada semua orang ni. Eloklah kita beritahu si Yn ni ya?'' Kini, ayah Yn pula menyampuk, membuatkan Yn merasa bingung. Dah kenapa dengan semua orang ni?

Tetapi Yn gagahkan diri untuk terus tersenyum. ''Kenapa ni Mak? Kenapa panggil Yn ke sini?'' soalnya lembut.

''Yn... mak nak jodohkan kamu dengan anak Mak cik Mara nilah. Lepas ni anak lelaki dia akan berkumpul juga disini.'' balas mak Yn, tenang saja. Tetapi tidak setenang hati Yn sebaik mendengar kata-kata ibunya itu.

What? Jodoh? Kenapa tiba-tiba je ni?

''Assalamualaikum...''

Kedengaran satu suara yang terasa dikenali oleh Yn, datang dari luar rumah. Si empunya suara mula melangkah masuk ke rumah, membuatkan Yn terus terbeliak biji mata!

Siapa tak terkejut, kalau tu orang yang kau langgar tadi!

Si dia turut mempamerkan raut terkejut menyedari kehadiran Yn, namun dia tetap duduk tenang di sebelah abahnya.

''Kenapa ni Abah?'' soal lelaki itu kepada abahnya, Encik Amato.

''Kami berhasrat nak jodohkan kamu dengan anak perempuan Encik **** dan Puan ****. Ha, tu dia ada kat depan kamu tu.'' Jari Encik Amato menunjuk ke arah Yn yang hanya mampu tergamam.

Lelaki itu turut tergamam juga. ''Eh?''

''Semoga kamu berdua setuju dengan pernikahan yang kami rancang dari dulu lagi. Boleh ya Boboiboy? Yn?'' soal Encik Amato tersenyum manis, tanpa mengetahui detak jantung Yn terus berdetak dengan kadar tidak normal!

Lelaki itu-- yang bernama Boboiboy yang tadinya hanya mampu tergamam, mengoyak sebuah senyuman sinis ke arah Yn. Dengan satu nafas, dia menjawab,

''Boleh je Abah! Lagipun Boboiboy suka sangat kat dia!''

Ah, tidak! Tolonglah sesiapa, sedarkan aku dari mimpi buruk ni! bisik Yn di dalam hati.

''Wah, maksudnya setujulah ni? Baiklah, kita akan buat majlis perkahwinan pada akhir bulan hadapan. Tak payah bertunang, jimat duit.'' ucap mak Yn sambil bertepuk tangan.

Tak ada sesiapa yang menyedari wajah Yn yang terus memucat. Boboiboy yang menyedari akan hal itu, terus tersenyum.

Bukan manis, tapi sinis.

''Emm... Abah, Boboiboy nak ke tandas dulu ye? Korang boraklah dulu.'' ucap Boboiboy sambil memegang perutnya, melakonkan gaya orang sakit perut. 

Encik Amato sekadar menganggukkan kepala. Dengan langkah perlahan, Boboiboy sengaja lalu disebelah Yn yang kekal berdiri bagaikan tugu sejak tadi.

 ''Siapa pulak nak dengan lelaki dayus macam aku, kan?  Mesti malangkan siapa jadi isteri aku tu?'' bisik Boboiboy lalu pergi begitu saja.

Yn pula sudah berubah muka, menjadi sepucat-pucatnya.


TAMAT

lol [ boboiboy oneshoots ]Where stories live. Discover now