riben merah | blazefem!ice

74 15 8
                                    


req by: butterflyx04_

: 'riben merah'






''Haduh, mana pulaklah si Thorn ni.. berjanggut dah aku tunggu, tapi masih belum munculkan diri. Eih semalam dia sendiri beritahu jangan lambat. Ha, tengok sekarang, siapa lambat siapa awal?'' Awal pagi lagi seorang gadis bertudung shawl yang beriris biru azure bertonakan baby blue membebel tidak jelas didalam sebuah kafe. Ramai orang lalu-lalang menganggapnya orang gila yang tersesat di bandar.

Ice, nama gadis itu, mula melabuhkan semula punggungnya sambil-sambil itu menaipkan sesuatu untuk dihantar kepada rakannya melalui aplikasi whatsapp, lebih kepada bebelan sebenarnya.


thorn anak menyebalkan :v

jangan lewat tau

kalau lewat thorn tanak belanja ice

ok

11:30 a.m

p

thorn

oii

hshhshs

oii

asal tak read

thorn

kenapa lambat sangat kau ni

kure kure ke

cepat dho lama aku tggu kau ni

jgn kata ko x datang

siap kau

aku bagi ikan kau mati satgi

puhh

Ice merungut sebal tatkala mesejnya masih belum dibalas oleh Thorn, merangkap sahabatnya yang paling rapat a.k.a menyebalkan. Duh, takkanlah masih tidur kot? Dah siang ni, lebih-lebih lagi dah nak pukul dua belas.

Lupa? Yup, mungkin itulah satu-satunya penyebab Thorn masih tidak kunjung tiba. Dia jenis pelupa sedangkan umurnya masih belum dimamah usia. Mungkinkah dia terkena diabetes--? Eh, bukan ke tu penyakit kencing manis?

''Dah la one tick ja. Haih, berapa senanya umur hang ni Thorn? 16 ke 61 tahun?'' gerutu Ice didalam hati. Tiba-tiba, pintu kafe terbuka tatkala seorang jejaka mula melangkah masuk kedalamnya. Iris jejaka itu berwarna tangerine terang.

Ice yang kedudukannya dihadapan pintu, terkejut beruk. Lalu dengan refleksnya dia memegang riben merah yang tergantung pada langsir, takut-takut boleh terjatuh akibat terkena kejutan yang mendadak itu. Namun, riben merah itu terus terurai dan berserabut apabila jari-jemarinya menarik kuat mende alah tu.

''Astaga nak tercabut dho riben ni!'' jerit Ice terkejut, lantas mula menarik genggamannya dari riben tersebut. Korang tau jelah, kan? Kalau anak-anak riben tu dah menampakkan diri, mesti diorang terus melekat lagi-lagi kat baju.

( korang pernah tarik riben tak?  bukannya yang plastik tu, yang diperbuat dari kain. kalau korang tarik apa jadi? ada bebenang kan dalam riben tu? bebenang tulah yang akan melekat dan payah sikit nak tanggalkan. )

Payah betul Ice hendak tanggalkan kesemua riben-riben tersebut, tetapi orang lalu lalang sekadar menonton sahaja. Tiada niat henda membantu. Tindakan Ice itu menarik perhatian jejaka yang baru saja memasuki kafe, lalu dia tampil untuk membantu.

''Okey, awak tarik riben tu, genggam elok-elok. Saya akan cuba cabutkannya.'' ucap jejaka itu, yang mesra dipanggil Blaze. 

Ice menganggukkan kepala, tanda bersetuju walau merasa kurang selesa. Kenapa mesti lelaki yang bantu tanggalkan riben tu? Yang perempuan lain tu tak nak tolong ke?

Mereka bersama-sama menarik bebenang itu. Oleh kerana riben tersebut diperbuat dari kain, maka makin panjanglah utas bebenang walaupun sedaya upaya mereka menarik.

Tiba-tiba saja jari kelingking Ice terikat akan bebenang yang ditariknya tadi. Dia mula gelabah untuk menanggalkannya.

Jari kelinking Blaze turut sama terikat dengan bebenang halus merah itu. Dia tergamam tatkala terpandangkan jari kelinking gadis dihadapan turut terikat sama.

Iris tangerine dan iris azure mula beradu pandang.


TAMAT

TAMAT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


( macam nilah keadaan jari mereka but jauh okey )


Assalamualaikum semua! Minta maaf buat korang tertunggu lama untuk menunggu update buku ni ^^' saya akan usaha untuk buat request korang tu. Cerita vampire AU dan cerita warewolf tu lama sikit nak buat, sebab panjang ^^' jadi saya buat req yang pendek dan lebih mudah. In sha Allah saya akan buat, okey? QwQ

Dan lagi satu, sebenarnya cerita ni takde kena mengena dengan red string. Ianya hanya riben okey ^w^ bukannya sebuah ilusi yang boleh dilihat. Saya takut ia akan mendatangkan khurafat jika saya buat red string, so kita buat diorang kebetulan terikat riben sama UwU

lol [ boboiboy oneshoots ]Where stories live. Discover now