MHMM : Bab 23

3.1K 372 67
                                    

[FOLLOW , VOTE & KOMEN{

•Menyusahkan betul kalau nak kena berpura-pura gembira di hadapan orang yang kita benci•

-Laura Afifah-

MHMM

PAKAIAN dimasukkan kedalam bag. Afifah sudah di benarkan untuk pulang kerumah memandangkan tiada kecederaan yang serius.

"Sini bag kau tu aku bawa", Dani yang baru melangkah masuk kedalam wad VVIP itu bersuara.

"Tak mengapa. Saya boleh angkat", balas Afifah , lembut. Dani tanpa berkata apa terus sahaja mengambil bag tersebut.

"Jom. Aku dah settlekan bayaran", mereka berdua melangkah keluar bersama-sama.

Sepanjang perjalanan mereka untuk menuju ke tingkat bawah , mereka berdua hanya diam tidak bersuara. Dani hanya beriak tenang apabila ada nurse perempuan mahupun pelawat perempuan yang tersenyum kearah dia.

'Pahal pandang suami orang macam tu? Gedik betul', jata Afifah di dalam hati. Dia hanya memandang sahaja kedepan sehingga mereka tiba di lift.

Punat lift di tekan. Sambil menunggu lift tiba, Afifah bernyanyi kecil. Dani di sebelah hanya mengerling sekilas sebelum menggelengkan kepala perlahan.

Ting!

Pintu lift terbuka. Mereka melangkah masuk bersama.

"Afifah..", panggil Dani yang sudah memandang kearah Afifah.

"Ya saya", sahut Afifah yang juga turut memandang kearah Dani.

"Kau lapar tak? Aku lapar lah",

"Saya tak lapar. Tapi kalau awak lapar, jomlah saya teman makan", balas Afifah sambil tersenyum tipis.

"Okeyh", tangan Afifah di genggam Dani. Afifah memandang kearah tangannya sebelum dia memandang kehadapan semula. Jantung? Fuh macam nak terkeluar dah  ni haa.

•••••|Mr.Hacker Miss Mafia|•••••

Bunyi bising kedengaran di telinga mereka berdua. Afifah memandang sekeliling restaurant tersebut. Dengan erat Dani memegang tangan Afifah.

Nightday Restaurant. Kedai yang buka 24Jam yang terletak berdekatan dengan hospital besar Kuala Lumpur.

Mereka berdua mengambil tempat di tepi cermin kaca. Pelayan datang mengambil pesanan.

Setelah selesai memesan makanan dan minuman, Dani membuka telefon miliknya. Instagram di scroll.

Afifah di hadapan Dani hanya diam memandang kearah wajah Dani yang tekun melihat telefon. Sesekali matanya memandang kearah cincin yang tersarung di jari lelaki itu.

"Kau kenapa tengok aku macam tu?", soal Dani. Dari tadi dia perasan yang gadis itu sejak tadi memandang kearahnya.

"Tiada apa", balas Afifah bernada perlahan,

Dani menutup telefon bimbitnya sebelum di letakkan di atas meja. Tangan Afifah yang berada di atas meja di capai sebelum di elus lembut menggunakan ibu jari.

01 | The Hacker Wife (selesai) √ Where stories live. Discover now