"The jelousely wife",
*****Afifah berkerut dahi mendengar pertanyaan Einara. Dia menyentuh perutnya dan menggeleng.
"Saya dengan Dani dah lama tak buat sains bab 4 tu selepas kejadian saya keguguran", jawab Afifah, mendatar.
"Ouh",
"Hubby!", jerit Afifah apabila melihat mata Dani bergerak-gerak menandakan dia sudah sedar.
Dani berkerut dahi menahan kesakitan dikepalanya. Dia mencelikkan matanya kembali sebelum matanya memandang kearah Afifah dengan mata sembabnya,
"Kau siapa?", soal Dani, malas.
Afifah tercenggang sebelum tubir matanya kembali berair. Boleh buta jika menangis terlampau banyak dan berturut-turut. Mohon elakkan.
"A-awak tak ingat saya ke?", soal Afifah, takut.
Dani menoleh ketepi memandang Einara.
"Nara, mana Afifah?", soal Dani, mendatar. Matanya melilar mencari kelibat seseorang.
Einara diam. Dia tidak tahu mahu berkata apa.
"Depan awak", balas Einara, perlahan.
Dani menoleh kearah Afifah yang sudah menangis dihadapannya sebelum dia menggeleng.
"Bini aku tak cengeng", Afifah terus saja memeluk tubuh tegap suaminya. Wajah disembamkan didada Dani sebelum tanggisan dihamburkan didada lelaki itu.
"Sampai hati awak! Awak memang nak lupakan saya ke hah?! Awak jahat! Awak-",
"Shhh.. shhhh, yang kau beria menangis ni kenapa?", potong Dani sambil mengusap belakang badan Afifah. Memujuk,
"Awaklah! Awak buat saya takut! Awak lupakan saya! Awak buat awak buat saya risau! Awak buat saya-",
"Woi! Woi! Memang nak salahkan semuanya dekat aku ke macam mana?", bidas Dani dengan nada yang tidak puas hati.
Afifah mengangguk masih dengan tanggisannya,
"Awak salah! Dan awak lelaki, saya perempuan. Saya kena menang. Dan awak kena kalah", air mata diwajahnya diseka menggunakan baju Dani. Pipi ditekap didada suaminya itu.
"Tapi aku tak nak kalah", balas Dani, tak mengalah.
"Awak ni mengalah jelah", Afifah memejamkan matanya.
"Tak nak. Salah kau sendiri sebab menangis. Aku tak suruh pun", Dani mengusap kepala Afifah yang berada didadanya.
"Tak! Awak buat saya risau! Automatik saya akan menangis! Jadi awak salah", Afifah masih dengan pendiriannya.
"Tak. Aku tak suruh kau risau",
"Awak cedera! Saya risau sebab awak suami saya!",
"Aku cedera sebab nak selamatkan kau, jadi salah kau sendiri", balas Dani, mendatar.
"Alah-alah, nok jugok menang. Ha ambil", Afifah menjeling sebelum perut Dani dicubit geram.
YOU ARE READING
01 | The Hacker Wife (selesai) √
ActionKarya pertama [@Quendarkness][Selesai✔️] [change title from 'Mr. Hacker Miss Mafia' To 'The Hacker Wife'] CERITA PERTAMA QUENDARKNESS ! TERLALU BANYAK KESALAHAN‼️ Dia bagai malaikat maut yang kejam. Tetapi dia juga bagai bidadari syurga. Hacker...