MHMM : Bab 51

2.3K 344 46
                                    

"You are the best husband,"

*****

Masa yang lapang dihabiskan dengan membuat kerja-kerja dipejabat. Seminggu telah berlalu sejak kejadian dirinya bergaduh dengan isterinya itu. Mereka berdua langsung tidak bertegur sapa. Adalah Afifah cuba berbaik namun dia sebaik-baiknya mengelak dari bertembung dengan gadis itu.

Pagi pergi pejabat. Masa yang sepatutnya pulang pada pukul lima petang sengaja dia lambatkan menjadi pukul 11 malam.  Dan biasanya dia akan sampai kerumah pada pukul 11:40 malam.

Lepas balik dia akan terus ke bilik tamu dan berehat disitu. Seminggu sudah dia tidak tidur sekatil bersama isterinya itu. Tipulah jika dia berasa selesa tidur sendirian. Sudah biasa tidur berdua tiba-tiba tidur sendiri pula. Tapi itulah, ego.

Sarapan? Dia sudah tidak bersarapan dirumah. Biasanya dia akan bersarapan dan makan diluar. Afifah? Wanita itu seakan tidak wujud dirumahnya lagi.

Kesian? Kadang-kadang terbit rasa kesian pada wanita itu kerana sering tidur lambat untuk menunggu dirinya pulang dan makan bersama. Seperti yang saya katakan tadi. Ego.

Perasaan marah dan kecewa masih bersisa dihatinya. Namun masih tidak mampu menutup rasa sayang terhadap Afifah. Mungkin akan tertutup selepas saja dia tahu siapa Afifah sebenarnya? Entahlah tiba-tiba terspoil.

Pen diletakkan diatas meja. Dani bersandar pada kerusi yang didudukinya sambil mata terpejam rapat. Tangan naik mengurut bahunya. Lenguh.

Tiba-tiba dia merasakan ada satu tangan yang mengurut kedua belah bahunya membuatkan dia mencelikkan matanya kembali.

Pandangan kosong dilemparkan pada sang isteri yang sedang tersenyum sambil mengurut bahunya. Tangan kecil itu ditepis.

"Keluar", arahnya, dingin. Pen kembali dicapai.

Senyuman yang terbit dibibir tipis itu perlahan-lahan pudar. Arahan dari suaminya itu seakan-akan tidak menyukai kehadirannya.

"Awak marahkan saya lagi ke?", soal Afifah, perlahan.

Diam. Dani hanya mendiamkan diri tanpa ada rasa mahu membalas soalan isterinya.

"Awak.. saya minta maaf..", ucap Afifah, perlahan dan sayu.

Diam. Dani masih lagi fokus membuat kerja. Minah ni nak apa? Masih tak faham bahasa melayu ke macam mana?

"Awak pandanglah saya.. saya minta maaf.. saya tahu saya salah.. saya-",

"Kau memang tak nak belajar subjek bahasa melayu lagi ke? Nampak macam dah bodoh sangat je sampai tak faham arahan aku", bidas Dani. Dingin dan mendatar.

Afifah terdiam. Entah mengapa kata-kata Dani bagaikan menusuk ke jantungnya. Ouh author, ini genre action romance. Bukan sad romance. Mohon tamatkan drama ini segera.

"Awak.. saya-",

KLAK!

"Kau ni nak aku cakap bahasa apa dulu baru nak dengar?! Aku suruh keluar tu keluar jelah!", tengking Dani sambil tangan sudah mengacukan pistol kedahi Afifah.

Afifah jelas terkejut. Air mata yang penuh ditubir matanya perlahan mengalir.

"Awak mesti terlalu marahkan saya sampai awak rasa nak bunuh saya, kan?", soal Afifah, perlahan. Senyuman hambar terhias.

01 | The Hacker Wife (selesai) √ Where stories live. Discover now