MHMM : Bab 24

3K 368 96
                                    

[Follow, Vote & Komen]

•" Sekarang, aku perlu menutup kes pada malam kejadian supaya tiada yang mengesyaki apa-apa ke aku"•

-Laura Afifah-

♡︎♡︎♡︎♡︎

BUNYI kerusi di tarik itu menyentakkan Afifah yang sedang membasuh kuali. Kepalanya menoleh kebelakang melihat gerangan yang masuk tadi.

Dani memandang kearah makanan yang sudah terhidang di atas meja. Ada nasi goreng dengan milo panas.

Afifah mencapai pinggan sebelum di isi dengan nasi goreng dan telur goreng. Lalu di letakkan di hadapan Dani. Air milo di tuang kedalam cawan sebelum Afifah meletakkan cawan tersebut bersebelahan dengan pinggan Dani.

Mereka berdua menjamu selera tanpa sebarang suara.

Dani menyandarkan badannya dikerusi sambil matanya memandang Afifah yang sedang makan.

"Awak dah ke? Sini lah pinggan tu", suara halus kedengaran di telinga Dani membuatkan Dani tersentak. Tulah! Seronok sangat tenung muka orang.

Dani menghulurkan pinggan dan cawan dan disambut baik oleh Afifah. Dani membuka telefonnya apabila terdapat mesej masuk.

Syamsul Rempit ngeng ngeng

Bruh. Kami dah nak sampai ke rumah kau ni.
8:37 AM

Dani bangun dari duduk dan terus naik ketingkat atas.

Tudung sarung berwarna hitam yang tergantung dibelakang pintu diambil sebelum dia kembali melangkah turun kedapur.

"Fifah..", Afifah yang baru sahaja keluar dari dapur menoleh kearah Dani. Kakinya melangkah kearah lelaki itu.

"Ya?",

"Pakai tudung ni. Kawan aku datang", tudung hitam yang diambilnya tadi dihulur. Afifah mengangguk seraya menyambut huluran dan memakainya.

Ding dong kedatang padamu~

Okey , saya gurau je.

Ding dong.

"Awak pergilah buka pintu tu. Saya nak buat air." Dia kembal memusingkan badannya menuju kedapur. Dani hanya menghantar pemergian isterinya itu sebelum dia melangkah pergi untuk membuka pintu.

&&&&&&

"Bukanlah!",

"Betulah!",

"Bukan!",

"Betul!",

"Bukan!",

"Betul!",

"Buk-",

"Heyder! Tolong diam!", marah Syam yang sejak tadi hanya memerhati perbalahan mulut antara Dani dan Heyder.

Heyder menjeling sebelum dia berpeluk tubuh sambil mata memandang kearah mereka. Dani turut membalas jelingan tersebut sebelum dia mula membuka bicara semula.

01 | The Hacker Wife (selesai) √ Where stories live. Discover now