🧸 12| Rindu

4.6K 508 27
                                    

Sebaik sahaja Zafran dan Zemir keluar, Aara menyuruh El mengunci pintu.

"Weh sebelum kau makan, aku nak bersihkan luka kau kat bibir tu dulu," beritahu El sambil memegang kapas dan botol larutan untuk membersihkan luka.

"Apa yang jadi tadi?" tanya El dengan tangan yang masih lincah membersihkan luka di tepi bibir Aara.

"Dirah serang aku lagi tadi," jawab Aara jujur.

"Oh Dirah-- What! Dirah serang kau?!" jerit El seperti baru bangun dari mimpi.

"Bisinglah kau ni. Pekak telinga aku." Aara menjeling El yang sedang tersengih-sengih memandangnya.

"Kau lambat kenapa ?" tanya Aara hairan.

"Aku beli makanan dulu sebab aku malas nak makan kat kantin ramai orang lah," jawab El lalu memberikan makanan yang dibeli di kantin kepada Aara.

Suasana menjadi sepi tanpa perbualan.

"Err Aara...." panggil El meleret.

"Apa?!" marah Aara . Orang tengah makan sibuk ajak berbual.

"Uish garang." El tersengih memandangnya.

"Harini mak aku tak boleh hantar kau sebab mak aku tak amik harini," kata El perlahan.

"Oh tak pe. Habis tu kau balik nanti siapa yang amik?" tanya Aara kepada El.

"Naik ayah aku. Ayah aku garang sikit. Aku tak berani nak minta izin dia pasal nak tumpangkan kau ni hehe...." Aara hanya mengangguk faham.

KRING!

"Kau nak masuk kelas tak ni?" tanya El. Matanya memandang wajah Aara.

"Tak. Aku pening kepalalah. Lagi satu, malas nak hadap Dirah and the geng tu." Muka menyampah dipamerkan.

El tergelak kecil melihat muka buruk rakannya.

"Iyelah," jawab El pasrah dengan perangai Aara.






"Lengan adik kau okay?" tanya Izzat. Dia memandang Zafran dan Zemir.

"Okaylah. Lengan Rara tu macam terkena air panas. Nak cakap tertumpah tu macam tak sebab kawasan melecurnya boleh tahan besar juga." Zafran mengerut kening seperti memikirkan sesuatu.

"Pipi Rara merah tadi dengan hujung bibir Rara pun berdarah sikit. Macam baru lepas kena tampar," tambah Zemir.

"Dirah tampar Aaralah tu lepastu Aara tolaklah Dirah. Dirah tu je yang over tergedik-gedik dengan si Izzat ni. Menyampah aku," ucap Izzan sempat mengutuk sepupu sendiri.

"Aku rasa pun macam tu. Cukuplah kau orang bertiga dah tuduh Aara bukan-bukan. Takkan dah jadi macam ni still nak butakan mata pekakkan telinga lagi?"

"Atau kau nak tunggu dia dah tak ada kat dunia ni ke? Ala macam kita buat dekat Inara tu."  Zafran, Zemir dan Izzat tersentak apabila Airil menyebut nama Inara.

Inara merupakan adik kepada Airil dan kesayangan kepada mereka berlima tapi disebabkan satu hari itu, Inara difitnah. Hubungan Inara dengan mereka menjadi dingin dan sampailah satu hari di mana Inara terlibat dengan kes langgar lari dan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Pelakunya juga sudah ditanggap. Bila disoal siasat , rupanya disebabkan dendam seseorang dan orang yang sudah ditangkap itu ialah orang yang sama menfitnah Inara.

"Kau orang dengar tak apa aku cakap ni?" tanya Airil apabila melihat tiga rakannya yang diam daripada tadi.

"Dengar," jawab mereka bertiga serentak.

Izzan hanya menyambung buat kerja sekolah.

"No more homework at home...."






ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang