🧸 14| 6 Emerald

4.2K 480 25
                                    

Suasana menjadi sunyi selepas mendengar suara dingin Zafran. Anaqi dan rakan-rakannya memandang tajam kepada Dirah dan kedua-dua rakannya itu.

"Kau betul-betul nak rasa penampar aku ke Dirah?" Semua terdiam mendengar suara Zafran seperti sedaya upaya menahan diri untuk tidak menaikkan tangan kepada anak orang.

"Along..." panggil Aara perlahan lalu menggenggam tangan Zafran perlahan.

Zafran memandang adiknya itu lantas menerima gelengan daripada Aara sebagai tanda menyuruhnya tenang dan tidak mengikut emosinya.

Zafran melepaskan nafas berat. Genggaman juga dileraikan.

"Siapa ajar Dirah buat kerja macam ni? Mana pergi sifat kemanusiaan Dirah yang abang kenal selama ni?" soal Anaqi. Terkilan. Dalam diam Aara mencebik mendengar gelaran abang itu.

"Dirah tak sengajalah," balas Dirah perlahan.

"Tak sengaja? Kawasan melecur Aara besar macam tu Dirah kata tak sengaja?!"Tanpa Anaqi sedari, dia telah meninggikan suaranya ke arah Dirah. Ternaik bahu Aara mendengar suara tinggi Anaqi. Begitu juga yang lain.

Dirah terdiam. Air mata sudah bertakung, tunggu untuk mengalir sahaja.

"Kawal amarah kau Zat , sepupu kesayangan kau tau ni," kata Izzan supaya Anaqi bertenang.

Anaqi hanya meraup wajah kasar terus mengangkat kaki daripada situ. Rakan-rakannya yang lain pun mengikuti Anaqi dari belakang. Zafran sempat meninggalkan pesan kepada adiknya, Aara.

"Balik tunggu along."

Aara memandang Dirah dan kedua-dua rakannya lalu memandang El sambil mengangkat kening.

"Dia orang nak berdiri kat sini berapa lama?" bisik Aara kepada El.

El hanya mengangkat bahu sebagai balasan. Aara dan El menyambung aktiviti mereka yang terhenti tadi iaitu makan.

"Aku benci kau !" kata Dirah tiba-tiba sebelum melangkah pergi. Kedua- dua rakannya hanya mengikut langkah Si Dirah sahaja.

Aara terkebil-kebil melihat pemegian Dirah dan rakan-rakannya.

Salah aku ke guys ?

Aara menyandarkan diri pada kereta alongnya sambil mengerling ke arah jam tangannya.

2:45pm

Aara mula mencangkung. Mana dia orang ni, kaki aku dah lah tak baik lagi, getusnya dalam hati.

3:00pm

Aara bangun menuju ke blok tingkatan 6. Dia melangkah masuk setelah memastikan tiada guru di dalam kelas abangnya.

Pak!

"Boleh tak bagitahu aku dulu yang kau balik lambat harini?!" kata Aara kuat. Matanya memandang alongnya tajam.

Zafran membalas pandangan tajam itu. Dingin. Dia bangun dan menarik adiknya keluar dari kelasnya.

"Boleh tak jaga bahasa Rara bila bercakap dekat along ?" tegur Zafran perlahan.

"Kejap. Jangan pergi mana-mana," pesannya sebelum masuk ke kelas semula.

Tiba-tiba ada lima orang perempuan keluar dari kelas 6 Emerald dan memandangnya sinis.

"Eh perempuan, nama kau Aara kan? Asal Zaf dengan Zemir panggil kau Rara eh? Gedik betul kau eh nak ada panggilan special bagai."

Aara menutup mata bila mendengar suara itu, tak lain tak bukan Alisya dan empat rakannya.

"Weh, kau dengar tak apa aku cakap!" marah Alisya lalu menolak kasar bahu Aara. Nasib baik Aara sempat menyeimbangkan badannya daripada jatuh terlentang.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang