Special Chapter [2]

3.7K 406 29
                                    

Aara masuk ke kelas menuju ke tempat duduknya di sebelah tingkap. Dia menongkat dagu termenung selepas melabuhkan punggung di kerusi.

"Woi!"

Terangkat bahunya mendengar jeritan Dirah. Dhia dan Dilah sudah menghamburkan tawa melihat Aara terkejut.

"Kau pahal? Tak reti panggil elok-elok?" Aara mencubit kuat lengan Dirah.

"Auch! Sakitlah sengal!" rungut Dirah sambil menggosok bekas cubitan berbisa Aara itu.

"Hello my friends!" sapa El yang baru sahaja masuk ke kelas 5 Akaun dengan melambaikan tangan kepada semua rakan sekelas. Dia mengambil tempat di sebelah Aara.

"Mana Faris eh? Dah sebulan dia tak datang. Sebelum ni dia macam mengelak je dari kita. Asal eh?" soal El membuatkan mereka berempat turut hairan.

Senyap antara mereka mula memikirkan tentang seorang lelaki bernama Faris Adnan itu.

"Kau ada alamat rumah dia tak?" tanya Aara kepada El. El laju mengangguk. Mereka memandang sesama sendiri sebelum mengangguk tanda setuju untuk singgah ke rumah Faris pulang nanti.

"Assalamualaikum semua! Kembali ke tempat duduk masing-masing."

Pembelajaran bilik darjah telah dimulakan oleh Cikgu Maira.








Kring!

"Terima kasih cikgu!" ucap Aara dan semua rakan kelasnya serentak.

Aara mengemas buku tulis dan buku teks yang berada di atas meja masuk ke dalam beg sekolah merah jambunya.

"El. Kau dengan yang lain pergi kantin dulu. Aku nak singgah tandas sekejap." El mengangguk faham. Dia melangkah keluar dari kelas bersama Dirah dan yang lain.

Tuala kecil berwarna merah jambu dilipat kemas sebelum keluar dari kelas menuju ke tandas perempuan.

Tiba-tiba seseorang menarik dirinya ke arah hujung tangga lalu menghempaskan lembut badannya ke dinding.

Aara mahu melepaskan amarahnya kepada gerangan terhenti apabila melihat wajah senyum senget encik suami.

Aara menjeling tajam Anaqi. Suka sangatlah tu buat dia marah...

Halal dilempa-- em tak jadi.

Dia mencemberutkan muka dan menyandarkan tubuh ke dinding sambil menghela nafas lega. Kalau tak tengok muka tadi, memang dah kena dah kena penampar dari Aara Elina.

Kamu berdosa banget...

"Terkejut ke sayang?" soal Anaqi selepas mendiamkan diri memandang wajah putih kemerahan isterinya. Aara menghiraukan sahaja pertanyaan daripada Anaqi.

Anaqi dengan beraninya mendekatkan diri sehingga kasut mereka bersentuhan. Kedua-dua tangannya diletakkan pada pinggang ramping Aara.

Terkebil-kebil mata Aara memandang anak mata Anaqi seolah-olah menganalisis tindakan Anaqi sebentar tadi.

Gatal!

"Awak ni dah kenapa? Buang teb--" Anaqi pantas menekup mulut isterinya sambil menggelengkan kepalanya. Sebelah tangan lagi satu naik menjentik dahi Aara kuat sebelum kedua-dua tangannya itu diletakkan semula pada pinggang Aara.

Aara mengusap bekas jentikan Anaqi itu. Tanpa dia sedari air matanya setitis telah jatuh serentak dari kedua-dua kelopak mata.

"Sakitlah! Baik awak amik kayu pukul kepala saya terus biar saya ames--" Kata-kata Aara terhenti apabila Anaqi memeluk tubuhnya lama sebelum melepaskan pelukannya itu.

"Sorry okay. Janganlah cakap benda yang merepek lagi. Aku tak suka." Anaqi memberikan ciuman hangat di bekas jentikannya. Tangannya mengesat air mata isterinya yang mengalir sedikit.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang