🧸 33| Dirah

3.7K 427 13
                                    

Malam menjelang tiba , Aara masih lagi mengulang kaji sedikit sebanyak untuk peperiksaan pada hari esok. Nota telah diringkaskan, catat yang penting sahaja.

Aara tersenyum teringat kejadian petang tadi.

Flashback

Anaqi berhentikan kereta di perkarangan rumah mama. Aara memandang Anaqi. Lama.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?"

"Ayyan dan mama rindu kau, asyik sebut je nama kau," sampuk Izzan terus keluar dari kereta.

"Nanti aku hantar kau balik rumah maksu okay, jom."

Aara dan Anaqi keluar dari kereta menuju ke pintu rumah.

"Kak Aara!"

Rayyan berlari lalu memeluk Aara kuat. Mama pula tersenyum manis melihat kehadiran Aara.

"Mama sihat?" Aara menyalam tangan dan melagakan pipi kiri dan kanan pada mama.

"Sihat alhamdulillah, jom masuk. Mama ada masak makanan kegemaran Rara." Bersinar mata Aara memandang wajah tua mama yang lagi kelihatan awet muda.

Aara dan mama segera mengatur langkah ke dapur. Aara terkejut melihat tiga lauk kegemarannya terpampang di anak matanya.

Ikan siakap tiga rasa. Ayam paprik. Cendawan butang masak sos lada hitam.

Mama menghulurkan Aara sebuah pinggan pantas diambilnya. Nasi dicedok dan diletakkan di atas pinggan. Begitu juga yang lain.

Aara makan dengan penuh selera. Selesai sahaja Aara makan, dia mengangkat kepala apabila terasa diperhatikan.

Tergelak kecil Anaqi melihat sos lada hitam berada di tepi bibir Aara. Dia mengambil tisu menghulurkan ke arah gadis itu.

"Kenapa?"

"Sos blackpaper tu ada dekat tepi bibir kau," tegur Anaqi.

Fikiran Aara mengeluarkan idea yang bernas lalu dia bersuara.

"Lapkan please." pinta Aara manja dengan mulut sedikit comot membuatkannya kelihatan umur sebaya Rayyan.

"Malas. Kau ada tangankan? Ke dah kena potong?" jawab Anaqi dingin. Wajah Aara mula muram.

Tiba-tiba Anaqi bangun mengambil tisu basah dan sekali lap sahaja sos lada hitam berada di tisu itu. Dia mengangkat pinggannya menuju ke singki dengan beriak selamba.

Ehem!

"Sedapnya, mama masak." puji Aara ikhlas untuk menutup malu. Tergeleng mereka bertiga kecuali Rayyan.

End Flashback

Aara mengerling jam dinding.

11:30pm

Dia mengemas buku dan bersedia untuk lena.








Tok! Tok! Tok!

"Rara bangun mandi, sekarang dah pukul 6!"

Aara yang sedang diulit lena terus tersedar dengan jeritan itu.

"Iya Rara mandi sekarang!" sahutnya mamai. Dia bangun dari perbaringan berjalan ke bilik air.

Setelah 30 minit bersiap, dia keluar dari bilik menuju ke dapur.

"Morning maksuku yang cantik lagi menawan," sapa Aara ceria.

"Eh morning juga paksu," sambungknya apabila baru perasan dengan kelibat paksu, Norman namanya.

Mereka memberikan senyum sahaja sebagai balasan.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang