🧸 20| Ugut

3.9K 459 20
                                    

"Aku akan buat kau sengsara seumur hidup Aara Elina, kau memang tak guna!!"

Aara bangun secara mendadak dengan dada merombak kasar. Peluh menitik di dahinya kesat.

"Astaghfirullah al- azim." Terkumat-kamit mulutnya istighfar bagi menenangkan hati . Jam dinding Aara kerling sebentar .

5:59am

Aara melangkah ke tandas untuk mandi dan bersiap sebelum ke sekolah setelah seminggu dua hari cutinya termasuk cuti sakit . Along dan angahnya tidak lagi bersekolah di situ.

Aara sudah siap dengan pakaian sekolah dan tudung dua lapis. Dia duduk di birai katil bagi memudahkannya untuk memakai stokin.

Dia teringat mimpi ngeri tadi di mana tiga susuk tubuh perempuan yang samar-samar menikam perutnya berkali-kali secara serentak.

"Aara Elina!" jerit Riz kuat sambil menyandarkan diri di hadapan pintu yang sudah terbuka oleh Riz sendiri.

Aara tersentak pantas menoleh ke arah pintu lalu mengangkat kening.

"Pahal?" sapa Aara dingin dengan menyilangkan tangan ke dada.

"Handsome tak aku?" tanya Riz. Senyuman manis diukir pada bibir Riz memandang adik kembarnya.

"Dah aku cantik mestilah kau handsome. Dah lah malas aku nak layan perangai tiga suku kau," jawab Aara yakin.

Dia bangun dari birai katil mengambil beg sekolahnya menuju ke arah pintu dan menolak Riz kuat hingga terbelakang langkah Riz hampir sahaja terlentang, Aara menutup pintu perlahan.

Wajah terkejut Riz dengan tindakannya hanya dipandang sekilas sebelum meneruskan langkah ke dapur.

Kesah apa aku haha.

"Morning mummy dadd--" Kata-kata Aara dihentikan apabila tersedar bahawa pemergian mereka kelmarin. Senyuman pahit diukir lalu melabuhkan punggung di meja makan .

Aara menarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Air liur ditelan menahan sebak . Kau boleh Aara, ikhlaskan pemergian mereka, gumamnya sendiri.

Mama yang perasan kelibat Aara terus disapa.

"Morning Rara. Riz mana?" tanya mama, tangannya masih ligat menyediakan sarapan.

"Tak tahu," balas Aara ringkas . Tadi dia ada dengannya lepas tu dia hilang macam tu je tak tahu pergi mana.

Enam susuk tubuh jejaka melangkah masuk dapur, suasana yang sepi tadi sudah menjadi riuh rendah. Irsyad tidur di rumah rakan sekerjanya, kalau cuti baru balik ke sini . Rayyan ? Tidur lagi.

"Aara. Nanti teman Riz--" Laju Aara memotong kata-kata alongnya.

"Tak naklah. Dia dah besarkan ? Daftarlah sendiri," rungut Aara dan menyuapkan roti dalam mulutnya.

"Aara Elina," panggil Zafran tanda amaran dengan memandang Aara tajam. Muka terus dicemberutkan, tanda mood nak makan dah.

"K." jawab Aara ringkas. Pendek. Tapi cukup dingin. Terdiam semua penghuni di situ.

Aara bangun serentak Riz bangun sekali.

"Rara pergi dulu." Izin Aara terus menyalam mama, along dan angahnya . Begitu juga Riz yang diakhiri dengan menyalam tangan papa.

"Pergi dulu ya semua. Riz akan merindui kamu semua. Muah," kata Riz sambil melayangkan ciuman pada semua orang di situ.

"Woi! Cepatlah!" marah Aara kuat memandang Riz yang sibuk terkinja-kinja sedang melayangkan ciuman iyu. Eeuw !

"Sabar my little twin. " Riz mengambil kasut dan menyarung pada kedua-dua kakinya pantas mengikuti langkah Aara dari belakang.

Aara menjelingnya. Suka hati je nak panggil aku little lah Eli lah ish, rungut dalam hati.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang