🧸 40| Ending

5.1K 483 45
                                    

Petang sudah bertukar malam, Anaqi meninggalkan mesej menyuruh Aara bersiap untuk makan di luar. Dia memandang jam dinding. Kelibat Anaqi masih lagi tidak kelihatan. Dari petang hingga malam Anaqi hanya menghabiskan masanya di luar sahaja.

9:15pm

Pin ! Pin !

"Ma. Pa. Rara pergi dulu." Mama mengangguk tanda faham. Aara menyalam tangan mama dan papa yang berada di sofa ruang tamu. Rayyan sudah tertidur dalam pangkuan mama.

Aara melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta. Dia melabuhkan punggung sebaik sahaja pintu kereta dibuka. Pintu kereta ditutup semula lalu memandang tajam Anaqi.

Anaqi meneruskan perjalanan menghiraukan tatapan tajam dari isterinya.

"Ish awak pergi mana ha? Busy je harini," kata Aara sedikit sebak.

Anaqi mendiamkan diri sahaja. Air mata Aara jatuh serentak Anaqi pantas menghapusnya. Tergamam Aara dengan tindakan itu. Macam mana suaminya tahu dia menangis?

"Diam. Ikut je okay," pujuk Anaqi lembut.

Setelah 30 minit sampai juga destinasi mereka.

Mata Aara ditutup dengan kain hitam. Anaqi memegang erat tangan isterinya dan dibawa ke satu tempat.

Tiba-tiba Anaqi melepaskan tangannya dengan kasar dan kain hitam dileraikan.

Aara membuka mata memandang sekelilingnya.

Gelap.

Pap! 

Lampu dinyalakan.

"Memenangkan hatiku bukanlah."

Aara memandang ke arah nyanyian tersebut. Anaqi bernyanyi sambil memetik gitar dengan posisi duduk di sebuah kerusi. Lagu bukti - Virgoun.

Satu hal yang mudah
Kau berhasil membuat
Ku tak bisa hidup tanpamu

Aara menekup mulut tidak percaya. Anaqi nyanyi ? Aish cair dengan suara mahal dia tu...

Menjaga cinta itu bukanlah
Satu hal yang mudah
Namun sedetik pun tak pernah kau
Berpaling dariku

Anaqi memberikan senyuman manis sehingga lesung pipit yang tidak pernah Aara ketahui itu muncul.

Terkesima Aara melihat lesung pipit suaminya. Comel macam Rayyan!

Beruntungnya aku
Dimiliki kamu

Kamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Kau jadi harmoni saat kubernyanyi
Tentang terang dan gelapnya hidup ini

Memori pertemuan pertama mereka berdua mula terimbau kembali.

Flashback

"Awak baju warna maroon, tunggu sekejap!" jerit Aara lalu menghampiri figura lelaki itu.

Automatik kaki terhenti ketika mendengar seorang gadis menjerit kepada seseorang yang dimaksudkan dirinya.

"What do you want girl?" jawab figura lelaki dengan begitu dingin dan tajam mata itu memandang anak mata Aara.

Aara terdiam setelah mendengar suara tersebut . Uish suara dia tidak boleh nak dingin lagi ke?  Kata Aara dalam hati.

Pap!

Aara tersentak . Tiba-tiba terasa sakit di bahagian dahinya. Guess what? Yup dahinya dijentik oleh figura lelaki di hadapannya itu.

"Aau! Sakit tahu tak?! " marah Aara dengan suara bergetar perlahan dan mukanya merah padam kerana menahan diri daripada terkeluar air matanya. Maklumlah anak manja mummy kan? hm.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang