Prolog-Ragut

4.3K 208 31
                                    

Matahari menynari tegak di atas kepala manusia manusia di Cyberaya itu.

Kelihatan General Rama sedang berjalan seorang diri di jalan Cyberaya yang terkenal dengan kesibukan jalannya yang sentiasa padat itu.

General Rama mengipas dirinya dengan kipas tangan legends yang maknya hadiahkan ke dia masa hari jadi dia dulu. Sebab hari tu panas nak mampos.

General : Erh...... panasnya.......

Dia terus berjalan menerusi jalan yang sibuk itu. Hari Sabtu, of course lah sibuk, hari cuti kan. Semua nak sibuk bercuti.

General : Sibuk jugak eh hari ni. Ingat semua dah bercuti ke luar negeri. Banyak lagi rupanya dalam Cyberaya ni.

Keluh General yang sememangnya tidak suka keadaan yang sesak. Sebab tu kalau nak bagi arahan ke semua hudak budak tu selalu guna hologram je.

??? : TOLONGGGGGGGG!!!!!

Tiba tiba, seseorang menjerit meminta tolong. General Rama Rama melihat ke arah bunyi itu datang. Kelihatan seorang ibu ibu menjerit meminta tolong. Seorang lelaki sedang berlari melarikan diri situ. Nampaknya, ianya adalah kes ragut.

General : *bisik* Kes ragut!

General berlari, tapi secara menghendap ke arah lelaki itu. Syukurlah dia tak lari jauh sangat lagi. Ramai tak perasan akan General akibat tubuh badannya yang pendek :v dan juga keadaan yang kecoh akibat kes ragut itu.

Lelaki Peragut : Akh!

Tiba tiba, lelaki peragut itu terjatuh. Seseorang yang memakai hoodie berwarna biru, menyebabkan mukanya tidak kelihatan, lalu disebelah lelaki itu semasa lelaki itu terjatuh.

General : Ah-

General terpaku sementara. Dia melihat gerakkan lelaki berhoodie itu. Disebabkan pengalaman yang sudah lama di dalam M.A.T.A, General Rama memiliki penglihatan gerakan semua orang yang sangat baik.

Seperti slow mo, General melihat lelaki berhoodie itu, dengan sengaja, tersadungkan lelaki peragut itu. Dan dengan gerakkan yang snagat smooth, lelaki berhoodie itu menyelupkan tangannya ke dalam poket lelaki peragut itu, dimana dia simpan hasil ragutnya, semasa lelaki itu terjatuh. Lelaki berhoodie itu memasukkan hasil ragutan itu ke dalam poketnya.

Tanpa sedar barang ragutnya telah hilang, lelaki peragut itu bangun dan mula melarikan diri sekali lagi sehingga terlepas.

General sekarang hanya terfokus ke arah lelaki yang memakai hoodie itu. General mengikutnya kembali.

Lelaki berhoodie itu berjalan ke arah ibu yang kena ragut tadi, dan mengeluarkan dompet ibu itu dari dalam poket hoodienya.

Lelaki berhoodie : Puan, dompet puan.
Ibu² : Ah! Terima kasih nak! Terima kasih sangat sangat!
Lelaki berhoodie : Tidak mengapa puan. Saya minta diri dulu.

Lelaki berhoodie itu pun berjalan pergi dari situ.

General Rama Rama melihat ke arah lelaki itu, tegang. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. General seperti mengenali lelaki itu.

General : Kenapa...... dia......

General berlalu pergi selepas keadaan di sana sudah mulai normal kembali.












419 perkataan

Prolog : 8/6/2021

Sambung or nah?

Percayalah, ini adalah versi ciplakkan EAC AU Season 1. Author nak buat lagi macam ni. Best pulak baca yang orang lain punya 🤣

New Mentor-Boboiboy X Ejen Ali (New EAC)Where stories live. Discover now