Misi : Lulus

1.9K 145 34
                                    

Gempa tersenyum sebaris, tidak sangka yang akan jadi begitu.

Gempa : Pfff- jadi inilah yang korang bincangkan?

Gempa hanya berdiri sahaja, tidak melawan sedikit pun.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

FLASH BACK BOYSSSS!

Kembali ke masa para Ejen Muda sedang membincangkan strategi mereka untuk mengalahkan Mentor mereka itu.

Mika : Apa kita nak buat ni? Ejen Boboiboy terlampau kuat untuk kita! Cari matilah kalau aku nak tumbuk raksasa batu dia tu!

Masing masing dah buntu dengan latihan mengejut Gempa itu.

Memang apa yang Gempa mahukan.

Alicia : Kita kena buat strategi cepat. Kalau lama lama macam ni, kita tak akan pergi ke mana mana.

Para Ejen Neuro pun dah tak tahu nak fikirkan apa apa strategi ketika itu.

Moon : Kita mengaku kalah je nak?

Moon yang pertama angkat bendera putih sebab dah tak nak masuk bilik sakit lagi akibat Mentor mereka itu.

Bulat : Ish, tak kan lah nak terus mengaku kalah?

Moon : Habis tu? Kau nak jadi santapan makan siang raksasa batu tu ke?

Bulat : Mestilah tak nak! Tapi, kalau kita mengaku kalah, Mentor lain pulak yang akan memarahi kita sebab tak berjaya lepas satu latihan Ejen Boboiboy lagi! Dah 2 kali kita gagal tau!

Khai : Betul cakap Bulat. Tapi dalam keadaan ni, salah satu pilihan terbesar kita memang hanya mampu menyerah kalah sahaja.

Ali ketika itu juga, tidak tahu mahu berbuat apa.

Strategi, memang bukan keahliannya.

Tiba tiba, dia memandang ke tepi, bila ada seseorang tiba tiba berdiri di sebelahnya.

Ali : Rudy?

Rudy memandang mereka semua dengan pandangan serius.

Rudy : Aku nak korang semua dengan strategi aku.

Moon tiba tiba ketawa mendengar ayat Rudy.

Moon : Hahahahaha! Dengar cakap kau? Kau dengar cakap kitorang sekali pun tak pernah, ada hati nak kitorang dengar kau pulak?

Rudy berdecit. Moon tak salah, tapi keadaan memang dah tak boleh nak basa basi lagi dah.

Rudy : Aku tahu korang tak akan mahu dengar sebab ianya datang dari aku, tapi kali ni, aku paksa korang dengar jugak.

Rudy memandang ke arah Gempa dengan pandangan yang tajam.

Rudy : Aku dah jumpa kelemahan Ejen Gempa.

Semua di sana terbeliak mendengar apa yang Rudy katakan.

Mika : Kelemahan Tuan?! Macam mana?!

Rudy : Shhhh! Sebab tu aku nak korang dengar. Aku perasan yang raksasa batu milik Ejen Gempa mengikut kesemua gerakkan nya. Seperti, dia mengawalnya dengan gerakkan badannya.

Mereka semua menjeling ke arah Gempa sejenak, dan perasan akan hal itu.

Iman : Betul lah apa yang Rudy kata......

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

New Mentor-Boboiboy X Ejen Ali (New EAC)Where stories live. Discover now