Misi : New Mentor

2.7K 180 68
                                    

Beralih ke ejen ejen muda M.A.T.A, kelihatan Ali yang sedang berada di mini market untuk membeli minum petangnya. Dia sedang bersama dengan Uncle Bakar.

Bakar : Hah, dah dapat dah semua benda yang kau nak?
Ali : Dah Uncle!

Bakar : Hah, bagus. Nah duit, pi bayar kat kaunter sana tu.
Ali : Ok Uncle.

Ali pun mengambil duit dari pak ciknya itu dan terus pergi ke kaunter. Ali meletakkan semua benda yang dia nak beli ke atas kaunter, dan pak cik kaunter pun mula mengscan satu pereatu barang.

Pak cik Kaunter : Semuanya RM15.40 dik.

Ali pun terus membayar harga barangannya itu. Setelah mendapat baki dan semua barang dimasukkan ke dalam plastik, Ali pun pergi semula ke arah Uncle Bakar yang berada di pintu kedai.

Mereka berdua pun mula berjalan pulang. Ali terhegeh hegeh, kesusahan mengangkat beg plastik yang bukan main berat itu.

Bakar : Betul ke kamu boleh angkat tu Ali? Kalau tak boleh, bagi Uncle je yang angkat.

Ali : T-tak apa Uncle! Biar Ali je yang bawak! Ali kan dah besar!
Bakar : Heh, macam tulah semangat yang Uncle nak!

Tiba tiba, senyuman Bakar sedikit memudar. Ali pun memandang pelik Pak ciknya itu.

Bakar : Betul ke yang kamu nampak Mama dalam IRIS kamu tu?

Ali : A.........

Ali tidak sedia dengan soalan yang ditujukan ke dia itu. Dia menarik nafas sekejap, dan mula membuka suara.

Ali : Ya. Niki kata, Mama lah yang cipta IRIS. Betul ke?

Bakar : Ya. IRIS tu buatan Mama kamu. Selepas dia pergi, M.A.T.A menglebelkan IRIS sebagai barangan bahaya. Tapi, tak sangka yang kamu boleh kawal IRIS tu. Heh. Kamu memang anak dia.

Bakar mengusap kepala anak buahnya itu.

Ali : Tapi..... data Mama dah hilang. Mama kata, saya terpaksa padamkan data Mama untuk mengawal IRIS secara penuh.

Wajah Ali terus berubah muram bila teringat balik pasal hal tu. Uncle Bakar tersenyum sayu dan mengusap kepala anak buahnya itu.

Bakar : Dah dah, jangan sedih. Uncle pasti Mama pun tak nak tengok kamu sedih sedih monyok monyok macam ni.

Alj : Eheheh.... baik Uncle.

Dalam perjalan mahu balik ke Akedemi, mereka terserempak dengan Alicia.

Alicia : Oh? Yo.

Bakar, Ali : Yo.

Alicia : Jadi, memang dah boleh M.A.T.A lah ni?

Bakar : Entah. Uncle pun tak tahu sebenarnya. Tak apa lah, kita makan dulu sebelum kita ke sana.

Mereka pun berhenti di salah satu kerusi panjang yang berada di jalan itu dan mula isi perut mereka.

Selepas makan, mereka pun berborak sehingga lah senja pun tiba. Mereka pun telah dapat mesej dari M.A.T.A yang kata yang mereka dah boleh pulang.

Alicia : Hah, cepatlah. Kita nak kena balik ni.

Ali : Er..... Alicia kau pergilah dulu. Aku nak pergi tandas sat.

Alicia : Hm, yelah. Tapi jangan lama sangat. General kata suruh kumpul dekat Akedemi.

Ali : Ok!

Ali pun berlari pergi ke mana mana tandas awam yang dia boleh jumpa.

Alicia pun masuk ke dalam Akedemi M.A.T.A itu, dan mula lah chip di sana scan dia dan berikan dia baju ejen. Alicia pergi ke ruang utama Akedemi, tempat dimana General suruh mereka berkumpul. Di sana, ejen mentor ejen ejen muda yang lain selain Ali sudah berkumpul di sana.

New Mentor-Boboiboy X Ejen Ali (New EAC)Where stories live. Discover now