Misi : Bertahan hidup(ehek-)

1.3K 127 28
                                    

Mika : MAHLUK APA KEBENDA NI WOIIIIIIIII?!?!?!

Para para Ejen Muda sedang bertarung hidup mencuba untuk mengelak serangan mengejut dari Golem Tanah milik Gempa itu.

Gempa : HAHAHAHAHA! AMACAM?! SEDAP TAK ELAK GIGA KESAYANGAN AKU?!?!

Gempa yang tadinya tenang, tiba tiba menggila.

Senang nak kata, typical mak mak asian lepaskan geram pada anaknya. Ohok-

Dah macam anak ayam bertebaran dah diorang lari sana sini.

Dah lah diorang dekat atas nunnnnn di sana! Kalau bukan sebab tanjakkan tinggi yang dibuat Gempa itu, 20% latihan itu akan menjadi sedikit mudah, kerana ada banyak tempat nak mengelak.

Ali, dah naik pucat hampir jatuh 10 kali lari dari Golem Tanah. Nasib kasut dia ada roket. Kalau tak, dah arwah.

Gempa : KALAU KORANG MEMANG CAKAP JUJUR YANG KORANG NI HEBAT SANGAT, CUBA LAH BERTAHAN DARI KENA TERKAM DENGAN GIGA!!!

Latihan Keseimbangan milik Gempa, adalah latihan mencuba untuk tidak jatuh atau terlengah bila ada musuh yang besar dan kuat di depan macam mereka, macam Tres.

Khai, hm, dah bergayut sebab salah langkah.

Khai : Huhuhuhu, aku nak latihan biasa Ejen Leon balikkkkkkk!!!!

Gempa langsung tidak terkesan dengan celoteh dan rungutan para para Ejen Muda itu. Dia malah makin bertambah seronok.

Alicia di tepi, mencuba mencari titik buta Golem Tanah itu, walaupun dalam keadaan cemas itu.

Alicia : Ish! Macam mana aku nak kesan kalau dah lari macam kena kejar Zombie ni?!?!

Situasi itu memang membuatkan fikiran mereka semua tertekan, memikir cara untuk survive latihan itu.

Itu memang apa yang Gempa nak.

Gempa : Bagus. Jadi makin tertekan. Aku nak tengok korang boleh berfikir ke tidak dalam keadaan ni.

Gempa langsung tidak memberi tahu apa apa arahan lain pasla latihan itu kecuali jangan jatuh ke bawah sahaja.

Gempa memang tidak berlembut.

Masih kena ingat dia masih lagi sebahagian dari Trio Ori, Trio yang sudah ada sejak awal bersama dengan tuan mereka, yang semestinya akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan semua orang yang dia sayang.

Dia mahu tengok, adakah mereka mampu lakukan benda yang sama.

Gempa : Bagus, tunjukkan ke aku lagi. Kesemua KEMAMPUAN KORANG!!!!

Gempa menumbukkan tangannya ke bawah, bersama sama dengan Giga yang dikawalnya. Membuatkan tanah di bawah merska semakin banyak naik ke atas, membuatkan semakin banyak tempat untuk lari.

Tetapi, ianya sudah mulai menjadi semakin tidak stabil.

Ada tanah yang tinggi, dan ada yang rendah. Membuatkan mereka tak nampak sebahagian besar kawasan di hadapan mereka.

Jet : Aduhhhhhb, benda apa pulak ni?!?!

Gempa : Penjahat akan lakukan apa sahaja untuk kelirukan korang, dan ambil kesempatan itu untuk jatuhkan kamu semua.

Mereka melihat Gempa sedang berdiri di atas Golem Tanah yang berdiri di tanah tinggi yang paling menjulang di sana.

Gempa : Jadi, fikirkan aku sebagai penjahat, musuh M.A.T.A, musuh kamu semua. Apa yang korang akan buat untuk kalahkan aku kalau korang berada di keadaan sekarang, di perlawanan sebenar?

Gempa betul betul serius dalam mengajar mereka.

Betul cakapnya. Penjahat akan selalu mengambil peluang yang ada. Tak kira ianya adil ataupun tidak.

New Mentor-Boboiboy X Ejen Ali (New EAC)Where stories live. Discover now